Skip to content

Bayi Pramatang: Punca, Rawatan dan Komplikasi

Kelahiran bayi pramatang adalah kelahiran yang terjadi sebelum usia kandungan 37 minggu. Secara purata, kehamilan terjadi selama 38 hingga 40 minggu.

Minggu terakhir di usia kandungan adalah antara tempoh paling penting dalam tumbesaran bayi dalam kandungan bagi menyempurnakan penghasilan organ-organ penting seperti paru-paru dan otak. Oleh sebab itu, bayi yang lahir pramatang mempunyai beberapa masalah kesihatan dan memerlukan rawatan lanjut serta perlu berada di hospital dengan lebih lama. Mereka juga mempunyai masalah kesihatan jangka panjang, seperti kesukaran belajar dan kurang keupayaan fizikal.

Kelahiran bayi pramatang juga merupakan antara punca utama masalah tumbesaran dan kesihatan saraf dalam kalangan kanak kanak.

Punca Kelahiran Bayi Pramatang



Punca sebenarnya masih belum dikenal pasti. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko ibu hamil melahirkan bayi ini. Antaranya ialah:

  • Ibu hamil dengan kencing manis (gestational diabetes mellitus)
  • Ibu hamil dengan masalah jantung
  • Ibu hamil dengan masalah buah pinggang
  • Ibu hamil dengan masalah tekanan darah tinggi (pregnancy induced hypertension, pre eclampsia)

Terdapat juga faktor lain ketika kehamilan yang menyumbang kepada kelahiran bayi pramatang. Antaranya ialah:

  • Kurang nutrisi ketika kehamilan
  • Merokok, mengambil bahan terlarang dan meminum alkohol ketika kehamilan
  • Jangkitan ketika kehamilan seperti jangkitan kencing kotor dan air ketuban
  • Sejarah kelahiran pramatang
  • Rahim yang tidak normal seperti mempunyai fibroid
  • Usia kehamilan yang terlalu muda atau terlalu tua

Masalah kesihatan dalam bayi pramatang

Semakin awal usia kelahiran bayi ini, semakin banyak masalah kesihatan yang akan dialami. Berikut merupakan antara tanda-tanda yang dialami bayi pramatang apabila lahir:

  • Kesukaran bernafas
  • Kurang berat
  • Kurang peratusan lemak dalam badan
  • Kesukaran mengawal suhu badan
  • Kurang aktif
  • Masalah pergerakan dan koordinasi
  • Kesukaran minum susu
  • Kulit yang pucat atau kekuningan

Bayi pramatang juga dilahirkan dengan masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa seperti:

  • Pendarahan dalam otak
  • Pendarahan dalam paru paru
  • Kurang gula dalam darah
  • Jangkitan kuman dalam darah
  • Jangkitan paru paru
  • Patent ductus arteriosus, iaitu lubang dalam salur darah jantung tidak tertutup
  • Kurang darah merah
  • Neonatal respiratory distress syndrome iaitu masalah pernafasan kerana paru-paru yang belum sempurna

Masalah di atas dapat diatasi melalui rawatan kritikal bagi bayi. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan jangka lama.



Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pemeriksaan Bagi Bayi pramatang

Doktor perlu melakukan beberapa ujian ke atas bayi pramatang sejurus lahir bagi menyiasat komplikasi yang mungkin dialami.

  • Ujian X ray bagi melihat perkembangan jantung dan paru paru
  • Ujian darah bagi melihat paras gula, kalsium, bilirubin dalam darah
  • Ujian gas darah bagi menentukan paras oksigen dalam darah

Rawatan bagi bayi pramatang

Sebelum kelahiran bayi pramatang, doktor akan memberikan beberapa jenis ubatan kepada ibu bagi melambatkan proses kelahiran. Ia bergantung kepada punca kelahiran pramatang yang dialami oleh ibu.

  • Doktor juga akan memberikan ubat steroid iaitu Dexamethasone sebelum kelahiran pramatang bagi membantu perkembangan paru paru bayi.
  • Tekanan darah tinggi – ubat darah tinggi seperti Labetolol
  • Jangkitan air kencing atau air ketuban – antibiotik seperti Cephalaxine

Setelah dilahirkan, bayi ini akan dimasukkan ke unit rawatan rapi bayi iaitu NICU bagi menerima rawatan intensif dan pemantauan rapi.

Bayi pramatang juga akan diletakkan didalam inkubator bagi menyokong kematangan organ organ penting dan mengawal suhu badan bayi. Bayi akan dipantau secara rapat dari segi degupan jantung, pernafasan dan paras oksigen. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum bayi mampu hidup dengan sendiri.

Bayi pramatang sukar untuk makan melalui mulut kerana koordinasi mereka belum matang. Oleh itu, bayi diberi makan melalui nutrien yang disalurkan melalui tiub yang masuk ke dalam perut melalui hidung atau mulut.

Mereka juga perlu diberikan bantuan oksigen jika paru paru masih belum matang. Antara alat yang digunakan ialah:

  • Ventilator iaitu mesin yang mengepam udara masuk dan keluar dari paru paru
  • Mesin CPAP iaitu mesin yang menggunakan tekanan udara bagi mengekalkan bukaan saluran pernafasan
  • Oxygen hood iaitu sejenis alatan yang dimuatkan ke kepala bayi yang menyalurkan oksigen

Apabila bayi sudah boleh bernafas tanpa bantuan oksigen, mencapai berat yang diperlukan dan dapat mengawal suhu badan sendiri, dan bayi muka menyusu, bayi akan dibenarkan pulang kerumah.



Kehidupan selepas kelahiran pramatang

Mereka mungkin mengalami masalah tumbesaran, kesihatan dan saraf  yang berlarutan sehingga mereka kanak kanak.  Antaranya ialah:

  • Masalah pendengaran
  • Masalah penglihatan
  • Masalah pembelajaran
  • Kurang upaya fizikal
  • Tumbesaran terbantut dan koordinasi lemah

Ibubapa bayi ini perlu peka terhadap tumbesaran motor dan kognitif anak anak. Ini termasuk keupayaan mereka untuk berjalan, duduk, berinteraksi dengan orang sekeliling dan juga bercakap.

Ketika bayi pramatang membesar, mereka akan dipantau rapat oleh pihak doktor untuk melihat sama ada pesakit ini mempunyai komplikasi ataupun tidak.

Pencegahan kelahiran bayi pramatang

Pastikan ibu hamil mendapatkan temujanji berkala dengan doktor dari awal sehingga hujung kehamilan.

Amalkan diet yang sihat dan suplemen seperti Asid Folik dan kalsium.

Berhenti merokok, mengambil dadah dan juga minum arak sewaktu kehamilan. Mereka boleh menyebabkan kecacatan pada bayi anda.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Mayo Clinic Staff. (2014, November 27). Premature birth
  2. Premature babies. (2013, October) – marchofdimes
  3. Preterm birth. (2015, December 4) – CDC
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + 17 =