Skip to content

Disleksia: Punca, Simptom dan Rawatan

Disleksia merupakan gangguan dalam proses pembelajaran yang selalu dijumpai, dimana gangguan ini mempunyai gejala kesulitan dalam menulis, membaca atau mengeja.

Disleksia adalah masalah pembelajaran yang paling selalu berlaku dikalangan kanak-kanak. Pesakit disleksia akan mengalami kesukaran untuk mengenal pasti perkataan yang diucapkan dan mengubahnya menjadi huruf atau ayat.

Disleksia bukan sahaja dialami oleh kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga boleh mengalami gangguan ini. Walaupun individu yang mengalami disleksia mengalami kesukaran untuk belajar, penyakit ini tidak mempengaruhi tahap kecerdasan seseorang.

Punca atau Penyebab Disleksia



Doktor pakar dan penyelidik belum mengetahui apakah punca sebenar disleksia. Walau bagaimanapun, punca disleksia dipercayai merupakan salah satu kesan daripada cara kerja otak yang berbeza daripada orang yang biasa..

Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kelainan gen yang mempengaruhi prestasi otak dalam membaca dan bersuara. Sejumlah faktor yang dianggap mencetuskan kelainan gen ini adalah:

  1. Jangkitan semasa hamil atau
  2. Pendedahan kepada nikotin, alkohol, dan ubat semasa kehamilan.
  3. Kelahiran pramatang atau kelahiran dengan berat badan yang rendah

Simptom dan Tanda Disleksia

Disleksia boleh menyebabkan gejala yang berbeza-beza, bergantung pada usia dan keparahan yang dialami oleh pesakit. Gejala-gejala ini boleh berlaku pada pada semua peringkat umur, tetapi umumnya muncul pada usia kanak-kanak (1-2 tahun).

Pada kanak-kanak, sedikit susah untuk dikenalpasti. Tetapi setelah anak mencapai usia sekolah, tanda tersebut akan semakin jelas, terutamanya ketika anak mula belajar membaca. Simptom yang muncul adalah seperti:

1. Kesukaran belajar membaca



Walaupun tahap kecerdasannya normal, anak-kanak disleksia kelihatan lebih lambat dan berusaha keras untuk belajar membaca. Ketika membaca, mereka sering mengurang dan menambah bunyi pada sesuatu perkataan.

2. Mula bercakap lambat

Mempunyai kemampuan untuk bercakap dengan sangat lambat, oleh itu kanak-kanak disleksia memerlukan lebih banyak masa untuk belajar bercakap. Penghidapnya sering keliru dan terbalik dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.

3. Perkembangan motor yang lambat

Perkembangan motor yang lebih lambat berbanding kanak-kanak seusianya. Contohnya: merangkak, berjalan, atau bercakap lebih lama daripada kanak-kanak seusianya.

4. Koordinasi Pergerakan yang lemah

Mereka lambat sedikit dalam memperbaiki koordinasi pergerakan. Sebagai contoh, sukar untuk menyelaraskan mata dengan pergerakan tangan. Keadaan ini dapat diperhatikan ketika mereka menangkap bola. Mereka tidak mampu menangkap bola dengan cekap

5. Mudah sakit



Kesukaran menumpukan perhatian dan cenderung mudah sakit. Mereka juga cenderung lebih mudah menghadapi alahan, demam, ekzema, atau asma.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian untuk mengesahkan Masalah Pembelajaran ini

Doktor boleh mengesyaki seseorang pesakit itu menderita disleksia jika terdapat sejumlah simptom yang telah dijelaskan sebelumnya. Tetapi yang pasti, doktor akan melihat beberapa faktor, seperti dibawah terlebih dahulu:

1. Sejarah kesihatan keluarga

Doktor akan bertanya sama ada ahli keluarga lain mempunyai sejarah ketidakupayaan belajar seperti ini ataupun tidak.

2. Keadaan di rumah

Doktor juga akan bertanya mengenai keadaan keluarga, termasuk sesiapa yang tinggal di rumah, dan juga sama ada terdapat masalah dalam keluarga.

Ini kerana keadaan rumah yang tidak bagus juga akan mengganggu sedikit sebanyak proses pembelajaran bagi seorang kanak-kanak.



3. Mengisi soal selidik

Doktor akan memberikan sejumlah soalan untuk diisi oleh ahli keluarga dan guru di sekolah.

Soal selidik ini penting untuk mengesan kelainan yang berlaku ketika mana pesakit berada di sekolah mahupun dirumah.

4. Pemeriksaan saraf

Ujian fungsi saraf dilakukan untuk memeriksa sama ada disleksia berkaitan dengan gangguan otak, mata, dan saraf pendengaran. Ujian fungsi saraf ini lebih kepada ujian fizikal yang boleh dilakukan dengan cara melihat fungsi mata dan juga fungsi pendengaran sama ada normal atuapun tidak.

5. Ujian psikologi

Ujian psikologi dijalankan untuk memahami keadaan mental anak disamping untuk memeriksa masalah-masalah lain seperti kemurungan pada kanak-kanak dan sebagainya.

6. Ujian akademik



Pesakit akan menjalani ujian akademik yang dianalisa oleh Doktor pakar bagi melihat tahap pengetahuan kanak-kanak tersebut

Rawatan Disleksia

Walaupun disleksia diklasifikasikan sebagai penyakit yang tidak dapat disembuhkan, pengesanan dan rawatan sejak usia kecil terbukti berkesan dalam meningkatkan kemampuan pesakit disleksia untuk membaca.

Salah satu kaedah yang paling berkesan dalam meningkatkan pembelajaran pesakit disleksia adalah fonik. Kaedah fonik memberi tumpuan kepada peningkatan keupayaan untuk mengenal pasti dan memproses bunyi. Dalam kaedah fonik, penderita akan diajar perkara berikut:

  • Mengenali bunyi kata yang terdengar mirip, seperti ‘pasar’ dan ‘pagar’.
  • Mengeja dan menulis, mulai dari kata sederhana hingga ayat yang rumit.
  • Memahami huruf dan susunan huruf yang membentuk bunyi tersebut.
  • Membaca ayat dengan tepat, serta memahami makna yang dibaca.
  • Menyusun ayat dan memahami kosakata baru.

Guna membantu proses rawatan anak, orang tua dapat melakukan sejumlah hal berikut:

1. Membaca dengan kuat di hadapan anak

Langkah ini akan lebih berkesan jika dilakukan pada kanak-kanak berumur 6 bulan atau lebih muda. Sekiranya kanak-kanak itu sudah cukup tua, ajaklah kanak-kanak itu untuk membaca cerita bersama setelah bermain dengan mereka.

2. Galakkan anak untuk berani membaca

Baca selalu dengan anak-anak untuk menghilangkan ketakutan anak untuk membaca. Dengan bacaan rutin, kemampuan membaca kanak-kanak akan meningkat.



3. Bekerja sama dengan cikgu di sekolah.

Bincangkan keadaan anak dengan cikgu di sekolah anak anda, kemudian bincangkan cara yang paling sesuai untuk membantu anak itu berjaya dalam pelajaran. Berkomunikasi secara berkala dengan cikgu tersebut supaya anda mengetahui perkembangan anak di sekolah.

3. Bercakap dengan anak mengenai keadaannya.

Beri kemahaman kepada anak anda bahawa keadaan yang mereka alami dapat diperbaiki, sehingga anak menjadi bersemangat untuk belajar.

4. Hadkan menonton televisyen.

Hadkan masa anak anda menonton televisyen, dan sediakan lebih banyak masa untuk belajar membaca. Pilih tema membaca yang menarik bagi anak, atau pilih tempat yang menyeronokkan untuk belajar sehingga mereka berminat membaca.

5. Sertailah kumpulan penghidap disleksia.

Sertailah kumpulan ibubapa yang mempunyai anak disleksia. Pengalaman ibu bapa lain yang mempunyai anak dengan disleksia boleh menjadi maklumat berharga untuk anda mendidik anak anda.



Kanak-kanak dengan disleksia yang tidak dirawat dengan segera, akan sangat sukar untuk membaca. Keupayaannya untuk memahami pelajaran di sekolah juga akan ketinggalan.

Oleh itu, jika anak menunjukkan gejala disleksia, segera temui doktor. Rawatan akan lebih berkesan sekiranya dilakukan lebih awal.

Periksa Simptom anda Di Sini

Sumber Rujukan

  1. Dyslexia: Symptom and treatment. Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × four =