Skip to content

10 Khasiat Kulit Kayu Manis Kepada Kesihatan

Apakah khasiat kulit kayu manis kepada kesihatan badan?Menjadi kebiasaan untuk masyarakat di Malaysia, menggunakan kayu manis sebagai bahan masakan. Namun dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan manfaat dan khasiat kulit kayu manis dalam aspek kesihatan.

Pengenalan

Bahan rempah kayu manis ini berasal dari Sri Lanka, dan sudah digunakan sejak zaman Mesir kuno lagi. Sehingga kini, kulit kayu manis masih popular dalam kalangan masyarakat dunia untuk digunakan dalam masakan atau pelbagai tujuan yang lain. Ia boleh didapati dalam bentuk kayu kering, serbuk, juga sering digunakan sebagai minyak pati serta makanan tambahan.

Kayu manis adalah rempah ratus yang berasal daripada sejenis pokok Cinnammomum verum. Selepas bahagian dalam kulit kayu ini diambil, ia akan dikeringkan sehingga terjadinya bentuk batang bergulung seperti yang biasa dilihat di dapur. Penggunaannya di dalam masakan sebagai penambah perasa adalah sangat luas. Kebiasaannya, serbuk kayu manis ditabur di atas roti, direbus bersama ayam, dibuat sebagai sup ataupun dicampur di dalam kopi.



Menariknya, kayu manis ini mempunyai bau, rasa dan warnanya yang tersendiri. Ciri-ciri ini dikatakan terhasil disebabkan oleh bahagian minyak pada pokok ini yang mengandungi komponen cinnamaldehyde, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Tahukah anda, sebenarnya terdapat dua jenis kayu manis iaitu cassia dan ceylon. Ceylon dikatakan lebih asli, manakala cassia paling banyak digunakan pada hari ini dan boleh ditemui dengan mudah di pasar raya. kedua-duanya mempunyai khasiat yang berbeza. Menurut kajian, pelbagai manfaat kesihatan boleh diperoleh daripada kayu manis ini selagi kompaun aktif dan sifat antioksidannya masih wujud.

Kandungan Berkhasiat dalam Kayu Manis

Paling utama, kayu manis mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. Pelbagai jenis komponen kimia seperti catechin, glutathione, flavonoid, polifenol, cinnamaldehyde dan cinnamic acid menyumbang kepada sifat antioksidan yang baik ini. Ianya sama dengan kandungan antioksidan yang ditemui di dalam makanan berkhasiat lain seperti beri dan coklat gelap.

Ia mengandungi sebatian yang baik untuk kesihatan termasuk cinnamaldehyde, merupakan minyak pati semulajadi yangbersifat antimikrobial dan antidiabetes. Pengambilannya walaupun hanya ssesudu kecil memberi 1001 manfaat terhadap kesihatan kita. Bukan sahaja baik pada kadar gula dalam darah, sistem penghadaman, imuniti dan lain-lain. Tetapi, pengambilan pada kadar yang betul juga mampu mengurangkan risiko serangan jantung, diabetes serta kanser.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Nutrisi

Untuk pengetahuan anda, kulit kayu manis membekalkan pelbagai nutrien penting seperti serat, magnesium serta beberapa lagi vitamin dan mineral yang lain. Satu sudu kayu manis dianggarkan mempunyai kandungan nutrisi seperti berikut:



Makronutrien

  • Kalori: 19.1kcal
  • Karbohidrat: 6.2g
  • Protein: 0.3g
  • Lemak: 0.1g
  • Serat: 4.1g

Mikronutrien

  • Vitamin A: 22.9IU
  • Vitamin B3: 0.1mg
  • Asid Folik: 0.5mcg
  • Vitamin C: 0.3mg
  • Vitamin E: 0.2mg
  • Vitamin K: 2.4mcg
  • Kalsium: 7.77mg
  • Zat Besi: 0.6mg
  • Magnesium: 4.7
  • Fosforus: 5.0mg
  • Kalium: 33.4mg
  • Natrium: 0.8mg
  • Natrium: 1.4mg

Khasiat Kulit Kayu Manis untuk Kesihatan

1. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Satu sudu kayu manis mengandungi pelbagai nutrisi berkhasiat. Dilaporkan setengah sudu teh serbuk kayu manis sehari menunjukkan kesan positif kepada paras glukosa dalam darah. Hal ini kerana sifat anti-diabetesnya membantu memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin [1,2]. Hormon ini sangat penting untuk kestabilan gula dalam darah.

Menurut kajian, mendedahkan bahawa 60 pesakit kencing manis yang mengambil enam gram kayu manis setiap hari di antara 40 hari hingga empat bulan, mempunyai tahap gula, trigliserida dan jumlah kolesterol yang rendah [1].

Dengan menggunakan kayu manis dalam makanan, kita dapat mengurangkan penggunaan gula dalam diet seharian. Kayu manis boleh merencatkan kenaikan gula dalam aliran darah secara mendadak. Oleh itu, ekstrak kayu manis boleh mengawal paras gula untuk pesakit diabetes jenis 2 yang memasukkannya sebagai salah satu rutin diet.

Artikel Berkaitan: Punca Kencing Manis dan Rawatan

2. Melancarkan Peredaran Darah



Melalui pelbagai kajian terhadap haiwan, kayu manis memiliki kriteria yang baik untuk melancarkan pengaliran darah [3]. Ia menurunkan risiko penyempitan pembuluh darah serta meningkatkan aliran darah pada arteri koronari, yang membekalkan oksigen dan nutrien untuk organ jantung.

Kayu manis juga meningkatkan pusingan darah dan meningkatkan kemampuan tisu badan untuk memulihkan dirinya selepas mengalami kerosakan. Hal ini baik untuk mencegah serangan jantung, sakit jantung dan strok.

Kajian yang diterbitkan di jurnal Ceylon Medical Journal pada tahun 2016, melaporkan bahawa subjek kajian yang mengambil teh diisi serbuk kayu manis (100 gram/300 ml) selama 10 hari berturut-turut merekodkan bacaan tekanan oksidatif dalam darah yang rendah [4].

Jika kita bandingkan pengambilan teh kosong tanpa serbuk kayu manis, kajian ini mebuktikan manfaat kayu manis untuk mengawal kualiti darah dan plasma darah khususnya.

3. Mengurangkan Kesan Penuaan

Pelbagai kajian yang dilaksanakan terhadap kayu manis, mendedahkan bahawa kompaun aktif di dalam rempah ini mengandungi antioksidan yang tinggi. Umum mengetahui tentang keberkesanan aktiviti antioksidan untuk menentang radikal bebas. Oleh itu, kayu manis sangat baik untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas ini. Kebiasaannya, pendedahan terhadap radikal bebas boleh mengakibatkan kemunculan garis- garis halus, pigmentasi dan kulit kusam.

Selain itu, penyelidikan pada tahun 2012 juga menyokong sifat anti-penuaan kayu manis, yang mana kajian menunjukkan kayu manis dapat meningkatkan pembentukan kolagen [5]. Hal ini seterusnya akan meningkatkan hidrasi dan sifat elastik kulit, sekaligus mencegah penuaan. Jadi, minum air rebusan kayu manis juga boleh melawan penuaan kulit. Selain mencegah tanda-tanda penuaan, kayu manis juga dapat menjadikan kulit lebih sihat dan segar.

4. Mencegah daripada Penyakit Kardiovaskular



Kayu manis ini sebenarnya adalah sumber yang sangat kaya dengan serat dan mangan. Selain itu, ianya juga sangat tinggi dengan kandungan kalsium. Kombinasi antara kalsium dan serat di dalam rempah ratus ini boleh membantu dalam pelbagai penyakit termasuk keadaan yang melibatkan kardiovaskular.

Kayu manis mengurangkan risiko-risiko kepada penyakit jantung seperti kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, dan tekanan darah tinggi. Sebatian di dalam kayu manis membantu mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan. Boleh menurunkan paras kolesteros ‘jahat’, lalu meningkatkan kolesterol ‘baik’. Oleh kerana kayu manis dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, maka sekaligus mengurangkan masalah jantung atau strok.

Sebuah tinjaun terhadap sejumlah besar kajian- kajian terhadap kayu manis menyimpulkan bahawa dos kayu manis sebnayak 120 mg sehari dapat memberikan efek positif kepada kesihatan kardiovaskular. Tinjaun ini juga menyokong bahawa kayu manis manis boleh meningkatkan kolesterol ‘baik’[6].

Artikel Berkaitan: Serangan Sakit Jantung dan Angin Ahmar

5. Bersifat antibakteria

Kayu manis juga tergolong di dalam makanan yang bersifat antimikrobial. Manurut kajian, ia mempunyai kebolehan untuk membantutkan pertumbuhan bakteria seperti fungus atau yis yang sangat berbahaya. Dalam satu ujian makmal, mereka mendapati bahawa pertumbuhan yis berjaya dihentikan hanya dengan menggunakan ekstrak kulit kayu manis. Sedangkan, yis mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi terhadap ubat antikulat seperti flukonazol.

Tambahan pula, kehadiran Cinnamaldehyde bahan aktif utama dalam kayu manis ini boleh mencegah daripada pelbagai masalah jangkitan. Kajian membuktikan pati minyak kayu manis boleh mencegah beberapa jenis bakteria, termasuklah Listeria dan Salmonella [7,8].

6. Menyokong penurunan berat badan



Amalan diet bersama kayu manis dipercayai boleh membantu penurunan lemak badan atau pengurangan lingkar pinggang. Hal ini kerana kemampuannya meningkatkan metabolisma tubuh badan, mengawal paras gula darah dan meningkatkan fungsi insulin. Ketiga-tiga kriteria ini sering dikaitkan dengan penurunan berat badan.

Sebuah penelitian menemukan bahawa kayu manis mengandung zat yang disebut dengan Cinnamaldehyde. Sekali lagi, zat ini sangat berguna untuk membantu pembakaran lemak di dalam badan [9].

Menggunakan kayu manis dalam makanan dapat mengurangkan penggunaan gula dalam pemakanan seharian. Efek anti-diabetes yang dimilikinya turut menghalang gula dilepaskan ke dalam aliran darah secara mendadak. Seterusnya, nafsu makan juga dapat diuruskan dengan baik.

Artikel Berkaitan: 9 Cara Menurunkan Berat Badan dengan Berkesan

7. Baik untuk kesihatan Otak

Manfaat kayu manis yang berikutnya tertumpu kepada penjagaan fungsi otak. Kandungan zat antioksidan di dalam kayu manis akan mengaktifkan protein pelindung saraf yang melindungi sel-sel otak dari aktiviti mutasi dan kerosakan akibat stres oksidatif.

Menurut kajian terhadap haiwan, kayu manis membantu melindungi neuron, meningkat penghasilan neurotransmitter dan fungsi motor seseorang individu [10]. Kesannya, penyakit neurodegeneratif yang melibatkan hilangnya struktur atau fungsi sel-sel otak secara progresif boleh dicegah. Secara umumnya, penyakit neurodegeneratif ialah Alzheimer dan Parkinson. Melalui kajian yang sama, haiwan yang menerima ekstrak kulit kayu manis menunjukkan penurunan ciri-ciri Alzheimer dan berlaku peningkatan kemampuan berfikir.

Bagaimanapun, kesan positif ini masih perlu dibuktikan melalui kajian terhadap manusia.



8. Mengurangkan Jerawat di bahagian Muka

Muka berjerawat dan berparut boleh merendahkan keyakinan diri. Dalam kaedah kecantikan tradisional, kayu manis boleh berfungsi sebagai masker jerawat. Kayu manis telah terbukti memiliki antioksidan yang tinggi, salah satunya polifenol. Polifenol ini membentuk perlindungan terhadap tubuh dari kerosakan oksidatif. Hal ini biasa terjadi akibat radikal bebas dari sinar UV matahari dan pencemaran udara yang menyebabkan kesan penuaan serta jerawat meradang.

Kayu manis juga telah terbukti memiliki sifat antimikrobial dan antiparasit untuk melawan bakteria penyebab jerawat. Selain itu, memiliki sifat penyembuh luka yang boleh berguna untuk mencegah terjadi luka bekas jerawat.

Saranan penggunaan kayu manis sebagai masker jerawat adalah dengan mencampurkan tiga sudu makan madu dengan satu sudu makan serbuk kayu manis. Oleskan pada wajah yang berjerawat dan diamkan sehingga mengering. Kemudian, bilas wajah hingga bersih.

Artikel Berkaitan: Punca Jerawat dan Rawatan

9. Mencegah Kanser

Kanser merupakan sebuah keadaan di mana sel-sel membiak secara tidak terkawal dan tidak normal dalam seseorang individu.  Sel kanser boleh berkembang apabila mekanisma badan tidak lagi dapat berfungsi dengan baik. Banyak kajian telah mengakui kesan anti- kanser yang terkandung dalam kayu manis. Hal ini berkait rapat dengan ciri- ciri antioksidan yang terdapat pada rempah ini.

Satu kajian pada tahun 2003 mendapati bahawa cinnamaldehyde dalam kayu manis boleh menggalakkan kematian sel- sel kanser leukemia [11].



Sebuah kajian pada tikus yang menghidap kanser usus besar,diungkapkan bahawa kayu manis melindungi pertumbuhan kanser secara lebih berterusan. Penemuan ini didukung oleh percubaan menggunakan tabung uji, yang menunjukkan bahwa kayu manis mengaktifkan respon antioksidan pelindung dalam sel usus manusia. Kajian lain turut mendapati bahawa cinnamaldehyde boleh merencatkan pertumbuhan banyak sel- sel kanser dalam badan manusia [12].

10. Memerangi virus HIV

Selain bersifat antibakteria, kayu manis juga boleh bertindak melawan virus seperti virus HIV. Virus ini boleh memudaratkan sistem pertahanan badan, malah membawa kepada AIDS sekiranya tidak dirawat. Kajian dengan ekstrak tumbuhan perubatan India mendapati kayu manis boleh membantu melindungi daripada jangkitan HIV.

Dalam kajian makmal pada 2016, saintis mendapati bahawa ekstrak kayu manis mempunyai ciri-ciri anti-HIV [13]. Namun begitu, ia tidak bermaksud makanan yang mengandungi kayu manis boleh merawat atau mencegah HIV. Ekstrak kayu manis bolehlah dijadikan sebahagian daripada terapi jangkitan virus HIV.

Kesimpulan

Konklusinya, kayu manis adalah rempah yang lazat yang dapat meningkatkan rasa walaupun hidangan paling mudah. Namun setelah memahami pelbagai manfaat kayu manis untuk kesihatan, adalah disarankan untuk kita memanfaatkan rempah ini bukan sahaja di dapur tetapi juga sebagai salah satu menu harian. Selain memakannya sebagai batang kayu keseluruhan, boleh juga digunakan dalam bentuk teh atau perasa untuk menikmati rasa yang lebih baik.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat LatokKhasiat Rumpai Laut
Khasiat SaffronKhasiat Manjakani
Khasiat HalbaKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat TemulawakKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Teh HijauKhasiat Bunga Telang
Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Beras Perang
Khasiat TempeKhasiat Jintan Manis
Khasiat Lada HitamKhasiat Kopi
Khasiat Cuka EpalKhasiat Minyak Ikan
Khasiat Kacang KudaKhasiat Buah Pelaga

Rujukan

  1. Khan, A., Safdar, M., Ali Khan, M. M., Khattak, K. N., & Anderson, R. A. (2003). Cinnamon improves glucose and lipids of people with type 2 diabetes. Diabetes care26(12), 3215–3218.
  2. Crawford , P Effectiveness of cinnamon for lowering hemoglobin A1C in patients with type 2 diabetes: A randomized, controlled trial. J Am Board Fam Med. 2009;22:507–12
  3. Badalzadeh, R., Shaghaghi, M., Mohammadi, M., Dehghan, G., & Mohammadi, Z. (2014). The effect of cinnamon extract and long-term aerobic training on heart function, biochemical alterations and lipid profile following exhaustive exercise in male rats. Advanced pharmaceutical bulletin4(Suppl 2), 515–520.
  4. Ranasinghe, P. and Galappaththy, P., 2016. Health benefits of Ceylon cinnamon (Cinnamomum zeylanicum): a summary of the current evidence. Ceylon Medical Journal, 61(1), pp.1–5.
  5. Takasao, N., Tsuji-Naito, K., Ishikura, S., Tamura, A., & Akagawa, M. (2012). Cinnamon extract promotes type I collagen biosynthesis via activation of IGF-I signaling in human dermal fibroblasts. Journal of agricultural and food chemistry60(5), 1193–1200
  6. Allen, R. W., Schwartzman, E., Baker, W. L., Coleman, C. I., & Phung, O. J. (2013). Cinnamon use in type 2 diabetes: an updated systematic review and meta-analysis. Annals of family medicine11(5), 452–459.
  7. Singh, H. B., Srivastava, M., Singh, A. B., & Srivastava, A. K. (1995). Cinnamon bark oil, a potent fungitoxicant against fungi causing respiratory tract mycoses. Allergy50(12), 995–999.
  8. Ooi, L. S., Li, Y., Kam, S. L., Wang, H., Wong, E. Y., & Ooi, V. E. (2006). Antimicrobial activities of cinnamon oil and cinnamaldehyde from the Chinese medicinal herb Cinnamomum cassia Blume. The American journal of Chinese medicine34(3), 511–522.
  9. Jiang, J., Emont, M. P., Jun, H., Qiao, X., Liao, J., Kim, D. I., & Wu, J. (2017). Cinnamaldehyde induces fat cell-autonomous thermogenesis and metabolic reprogramming. Metabolism: clinical and experimental77, 58–64.
  10. Khasnavis, S., & Pahan, K. (2014). Cinnamon treatment upregulates neuroprotective proteins Parkin and DJ-1 and protects dopaminergic neurons in a mouse model of Parkinson’s disease. Journal of neuroimmune pharmacology : the official journal of the Society on NeuroImmune Pharmacology9(4), 569–581.
  11. Ka, H., Park, H. J., Jung, H. J., Choi, J. W., Cho, K. S., Ha, J., & Lee, K. T. (2003). Cinnamaldehyde induces apoptosis by ROS-mediated mitochondrial permeability transition in human promyelocytic leukemia HL-60 cellsCancer letters196(2), 143–152.
  12. Lee, C. W., Hong, D. H., Han, S. B., Park, S. H., Kim, H. K., Kwon, B. M., & Kim, H. M. (1999). Inhibition of human tumor growth by 2′-hydroxy- and 2′-benzoyloxycinnamaldehydes. Planta medica65(3), 263–266.
  13. Connell, B. J., Chang, S. Y., Prakash, E., Yousfi, R., Mohan, V., Posch, W., Wilflingseder, D., Moog, C., Kodama, E. N., Clayette, P., & Lortat-Jacob, H. (2016). A Cinnamon-Derived Procyanidin Compound Displays Anti-HIV-1 Activity by Blocking Heparan Sulfate- and Co-Receptor- Binding Sites on gp120 and Reverses T Cell Exhaustion via Impeding Tim-3 and PD-1 Upregulation. PloS one11(10), e0165386.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 2 =