Skip to content

Kulit Mengelupas: Punca, Simptom dan Rawatan

Terdapat banyak gejala kesihatan pada kulit. Walau bagaimanapun, kulit mengelupas boleh menjadi gejala yang paling membingungkan dan suatu perkara yang tidak selesa.

Kadang-kadang, kita melihat kulit mengelupas secara tiba-tiba. Sama ada disebabkan oleh kepanasan sinar matahari, rawatan wajah, atau sebab lain.

Mengapa ini berlaku, dan adakah kulit mengelupas berbahaya untuk kesihatan?

Mengapa masalah ini berlaku?



Disebabkan kulit berfungsi sebagai pelindung badan, kulit mesti mempunyai cara tindakan untuk menyembuhkan dirinya ketika ia cedera. Proses ini pada dasarnya adalah pertumbuhan semula sel kulit mati, untuk diganti dengan sel kulit yang lebih sihat. 

Walau bagaimanapun, sel-sel di lapisan kulit yang paling atas memang akan terus diperbaharui secara berterusan walaupun tiada faktor yang merosakkannya

Bagaimanakah proses kulit diperbaiki?

Kulit anda terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan teratas yang dapat anda lihat disebut epidermis. Epidermis terdiri daripada sel yang terbuat dari keratin. 

Apabila keratin mencapai lapisan atas epidermis, keratin akan bertambah tua dan perlahan-lahan “layu” kerana terdedah kepada cuaca dan persekitaran luar. Akhirnya, sel-sel kulit terlepas dari epidermis dan mengelupas, menimbulkan sel-sel kulit baru yang tumbuh di bawahnya.

Lebih kurang satu bulan diperlukan untuk sel kulit baru menggantikan sel kulit mati sepenuhnya. Maksudnya, kulit yang anda miliki sebulan yang lalu akan sama sekali berbeza dengan kulit anda pada masa ini.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Berapa Banyak Kulit Yang Mengelupas Setiap Tahun?



Sekiranya anda tertanya-tanya berapa banyak sel kulit yang mengelupas, bersiaplah untuk terkejut. 

Pakar menganggarkan bahawa 16 peratus berat badan anda berasal dari kulit. Dalam tempoh 24 jam, anda kehilangan hampir satu juta sel kulit. 
Dalam setahun, jumlah kulit mati yang mengelupas dari badan anda boleh mencapai 4 kilogram.

Kulit ini mengelupas dalam bentuk serpihan tersangat halus, yang merupakan komponen utama dari debu rumah yang biasanya anda lihat di permukaan meja hingga ke tingkap.

Sebaliknya, pengelupasan kulit juga dapat menunjukkan kerengsaan kulit kerana kesan sampingan ubat, penyakit atau keadaan kulit yang mungkin anda alami – dari kulit kering, psoriasis, alahan, jangkitan bakteria, kulat, barah dan rawatannya, hingga penyakit genetik yang jarang berlaku. 

Kulit mengelupas juga merupakan tanda kerosakan yang biasanya disebabkan oleh sinar matahari atau produk penjagaan wajah yang bersifat mengeringkan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca atau Penyebab Kulit Mengelupas

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini berlaku

1. Kulit kering



Kulit kering boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini dipengaruhi oleh persekitaran seperti kelembapan, sabun yang keras dan mandi dengan air panas. 

Faktor-faktor ini dapat dengan mudah menghilangkan kelembapan semula jadi kulit dan menyebabkan penghalang kulit menjadi rosak.
Untuk mengatasi masalah ini, cadangkan penggunaan pelembap berasaskan krim pada kulit kering (seperti tangan atau muka) dan gunakan pelembab ini setiap kali anda mencuci bahagian badan.

2. Cahaya matahari

Kesan berjemur atau beraktiviti di luar rumah tanpa krim perlindungan, boleh menyebabkan kulit cedera dan melecur.

Sekiranya tangan anda terdedah lama dibawah sinaran matahari, kulit di bahagian tangan anda mungkin kelihatan merah dan terasa sakit atau panas ketika disentuh.

Beberapa hari kemudian, lapisan atas kulit yang rosak di bahagian belakang tangan anda mungkin akan mula mengelupas.

Rawat kecederaan kulit disebabkan sinaran matahari ini dengan krim pelembap dan juga tekan dengan benda sejuk. Untuk kes ringan, beri tekanan pada kulit dengan menggunakan Aloevera(lidah buaya) yang sejuk supaya dapat mengurangkan rasa tidak selesa. 

Tetapi jika kulit terbakar dengan lebih teruk, langkah pertama yang boleh anda cuba adalah dengan mengambil ubat penghilang rasa sakit (OTC) seperti paracetamol atau ibuprofen (Advil) dalam masa 24 jam setelah terbakar. Pergi juga berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.



3. Ekzema

Apabila kulit mengelupas dan terasa gatal, sangat kering, merah, dan meradang, ia boleh disebabkan oleh ekzema. Ekzema adalah keadaan kronik di mana terdapat alahan pada kulit yang menyebabkan keradangan yang kronik.

Ekzema mudah dikelirukan dengan kulit kering biasa kerana kulit memberikan penampilan yang serupa dan cenderung kerap berlaku pada musim sejuk. Tetapi ekzema biasanya mempunyai pencetus tertentu (seperti alergen) dan kemungkinan memerlukan rawatan lebih lanjut.

Seperti kulit kering, pelembap adalah langkah pencegahan yang sangat penting ketika anda menghidap ekzema. Tetapi, pesakit ekzema juga harus memastikan agar kulit mereka tetap bersih, menghindari kerengsaan (seperti sabun pembersih dan pewangi yang kuat), dan menghindari alergen. 

4. Psoriasis

Psoriasis merupakan keadaan di mana tubuh kita mulai menyerang sel-sel kulitnya sendiri, dan menyebabkan pembaharuan kulit menjadi sangat cepat. 

Bentuk psoriasis yang paling biasa muncul sebagai tompok merah, kering dan gatal pada kulit yang disebut plak.

Rawatan yang tepat bergantung pada jenis dan tahap psorisis tersebut. Ahli dermatologi boleh mengesyorkan penggunaan ubat topikal, terapi cahaya, atau kombinasi pilihan rawatan lainnya. 



5. Penggunaan Bahan Kimia

Bahan kimia, seperti pewangi yang terdapat dalam sabun, syampu, dan pelembap, boleh merengsakan kulit di tangan anda. Bahan kimia tersebut boleh mengakibatkan kulit menjadi kering dan mengelupas.

Kulit anda juga boleh mengalami kerengsaan disebabkan bahan antibakteria dan bahan pengawet dalam produk tertentu.

Untuk menghentikan kerengsaan, anda mesti mengelakkan penggunaan produk tersebut. Berhenti menggunakan produk atau kombinasi produk tertentu sehingga kerengsaan hilang dan tidak kembali lagi. 

6. Mencuci Tangan Berlebihan

Mencuci tangan adalah amalan yang baik, tetapi mencucinya dengan berlebihan boleh menyebabkan kulit rengsa dan mengelupas. 

Berikut adalah cara mencuci tangan yang salah:

  1. Mencuci tangan terlalu kerap
  2. Menggunakan air yang terlalu panas
  3. Menggunakan sabun yang berbuih

Untuk mengelakkan kerengsaan akibat mencuci tangan yang berlebihan, cukup elakkan amalan diatas atau gunakan sambut yang mempunyao pelembab seperti Cetaphil dan Sebamed. Anda juga boleh melembapkan tangan selepas mencuci dengan krim pelembap tanpa wangian. 



Rawatan Kulit Menggelupas

Walau apa pun puncanya, tidak ada yang menyukai penampilan kulit mengelupas yang terasa kasar, sehingga membuat anda tidak selesa. 

Walaupun anda tidak dapat menghentikan prosesnya setelah kulit sudah terkelupas, anda dapat memperbaiki kulit mengelupas dengan beberapa ubat dirumah anda untuk mendapatkan kulit yang lembut, berseri dan halus.

1. Tekan dengan Air Sejuk

Basahkan kain bersih dengan air sejuk hingga basah semua. Picit kain supaya air tidak menitis. Letakkan kain di atas kawasan kulit yang mengelupas.

Elakkan menggosok dengan kuat. Biarkan kain pada kulit selama lima hingga 10 minit untuk menyejukkan kulit. Selepas itu, bilas kain dengan air sejuk dan tekan lagi jika diperlukan.

2. Sapukan Losyen Pelembap

Gunakan losyen untuk melembapkan kulit, terutama di tempat yang mengelupas. Sapukan juga krim pelindung matahari untuk menjaga kelembapan kulit dan terlindung dari cahaya matahari.

Tetapi elakkan menggunakan pelembap wangian, dan pilih produk yang mengandungi bahan yang tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit seperti aloevera dan vitamin E.



3. Jangan Menggaru Kulit

Menggaru boleh memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan jangkitan. Gunakan gunting kecil untuk memotong kulit yang mati dan elakkan ditarik secara paksa. 

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan anda berjumpa dengan doktor:

  1. Sakit di kawasan kulit tersebut
  2. Kawasan kulit tersebut kemerah-merahan
  3. Mempunyai nanah
  4. Mengalami demam

Periksa Simptom anda Di Sini

Sumber Rujukan:

  1. Skin Peeling – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 3 =