Skip to content

Najis Hijau: Punca dan bagaimana ia berlaku?

Setelah anda buang air besar anda mendapati mangkuk tandas itu dipenuhi dengan najis hijau. Sudah tentu pada ketika itu anda akan terkejut.

Ia mungkin disebabkan makanan yang anda makan. Tetapi ia juga boleh disebabkan perkara lain seperti:

  • Penyakit yang berkaitan dengan perubatan
  • Pengambilan antibiotik
  • Jangkitan bakteria

Kenapa najis selalunya berwarna Coklat?

Warna najis selalunya berwarna coklat adalah disebabkan salah satu proses penguraian sel darah merah yang menghasilkan kompaun bilirubin.



Proses ini berlaku di dalam hati dan bilirubin ini akan dirembeskan ke dalam saluran usus dan warna kompoun yang berwarna coklat kekuningan inilah yang akan mewarnakan najis kita.

Selain daripada itu, hati kita juga akan merembeskan jus hempedu yang berwarna hijau. Jika pergerakan usus terlalu laju sebagai contoh dalam pesakit yang mengalami cirit birit, ia boleh menghasilkan najis yang berwarna hijau.

khasiat buah pelaga

Punca Najis Hijau

Masalah ini selalunya berlaku pada kanak-kanak dan juga bayi. Tetapi ia juga boleh berlaku pada orang dewasa. Berikut adalah beberapa punca yang boleh menyebabkan najis seseorang itu berwarna hijau. Ia adalah:

1. Makanan yang kita makan

Punca utama yang selalunya menyebabkan najis menjadi hijau adalah disebabkan makanan yang kita ambil. Beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan najis kita berwarna hijau adalah

  • Kubis kerinting (Kale)
  • Bayam
  • Brokoli
  • Blueberries

Sayur-sayuran hijau gelap selalunya mempunyai komponen kloofil yang banyak. Perkara ini juga merupakan salah satu punca kepada najis berwarna hijau

Makanan yang mempunyai perwarna berwarna hijau juga boleh menyebabkan najis anda berwarna hijau

2. Pigment hempedu

Jus hempedu merupakan salah satu komponen yang dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Jus hempedu ini berfungsi untuk meningkatkan kebolehan badan untuk menguraikan lemak dalam makanan supaya ia lebih mudah untuk diserap dalam badan.

Akan tetapi jika pergerakan usus anda terlalu laju sebagai contoh disebabkan cirit birit, ia boleh menyebabkan hempedu itu tidak sempat untuk dicernakan menyebabkan najis yang terhasil adalah berwarna hijau.

3. Penggunaan antibiotik

Jika anda baru sahaja selesai menggunakan antibiotik, antibiotik itu mungkin akan membunuh sebahagian besar bakteria baik di dalam usus. Ia mungkin menyebabkan bakteria tersebut tidak dapat menguraikan kompaun di dalam jus hempedu menyebabkan tahi masih berwarna hijau

4. Prosedur perubatan

Masalah ini juga boleh berlaku apabila melakukan sesuatu prosedur perubatan seperti melakukan pemindahan sumsum tulang. Setelah prosedur itu dilakukan pesakit mungkin akan mengalami cirit-birit yang menyebabkan tahi menjadi hijau

5. Jangkitan kuman

Jangkitan kuman yang menyebabkan seseorang itu mengalami cirit birit boleh menyebabkan masalah ini berlaku

Periksa Simptom anda Di Sini

Adakah najis hijau petanda kepada kanser usus?

Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu risau apabila anda menghadapi perkara ini kerana ia bukan petanda kepada kanser usus.

Selalunya pesakit yang mengalami kanser usus akan mengalami simptom berak berdarah.

Najis hijau pada bayi



Masalah ini yang berlaku pada bayi juga mempunyai punca yang sama iaitu selalunya disebabkan cirit-birit. Seperti yang diberitahu di atas bahawa jus hempedu yang dihasilkan berwarna hijau. Selalunya ia akan diuraikan hingga menyebabkan kompaun yang terhasil adalah berwarna kuning.

Tetapi apabila pergerakan usus terlampau laju disebabkan cirit-birit, pesakit mungkin akan menghasilkan bahan buangan yang berwarna hijau

Rujukan:

  1. Carter, A. (2015, October 8). Why the black Whopper turns your poop green. USA Today.
  2. Mayo Clinic Staff. (2015, September 19). Green stool: Definition.
  3. Picco, M. F, (2016, October 6). Stool color: When to worry. – Mayolcinic
  4. Wisconsin’s public health sleuths take to the lake. (2014, January 2). – CDC
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + two =