Skip to content

Renjatan Elektrik: Punca, Simptom Dan Rawatan

Renjatan elektrik berlaku apabila arus elektrik melalui badan kita. Ia boleh menyebabkan lecuran pada tisu luaran dan dalaman dan boleh menyebabkan kerosakan organ.

Jika anda atau orang di sekeliling anda terkena renjatan elektrik, anda perlu segera mendapatkan rawatan daripada doktor kerana kecederaan dalaman yang dialami kerana renjatan elektrik sukar dikenal pasti dengan mata kasar.

Punca Renjatan Elektrik

Terdapat beberapa perkara yang boleh mencetuskan renjatan elektrik, ini termasuklah perkara perkara berikut:

  • Kilat
  • Mesin elektrik
  • Senjata elektrik seperti Tasers
  • Barangan elektrik dalam rumah seperti seterika dan pembakar roti
  • Tempat pencucuh elektrik seperti plug


Kebanyakan masalah ini berlaku di rumah dan berpunca dari barangan elektrik dalam rumah, kecederaanya adalah kurang serius. Namun begitu, ia juga berpotensi mengancam nyawa sekiranya kanak kanak yang mengalami renjatan tersebut apabila mereka bermain dengan wayar elektrik ataupun plug elektrik.

Selain daripada punca renjatan ini, terdapat juga faktor faktor lain yang menentukan tahap kecederaan daripada renjatan elektrik. Ini termasuklah perkara perkara berikut:

  • Voltan kuasa elektrik
  • Tempoh waktu terdedah atau bersentuhan dengan punca kuasa elektrik
  • Tahap kesihatan seperti umur, penyakit lain
  • Laluan arus elektrik dalam badan
  • Jenis arus elektrik – arus jenis ulang alik (AC) lebih berbahaya dari arus jenis terus (DC) kerana ia menyebabkan kekejangan otot

Kebanyakan peralatan elektrik di rumah dan juga sistem pendawaian di rumah menggunakan arus jenis terus (DC). Arus ulang alik (AC) menyebabkan kekejangan otot yang menyebabkan otot tangan dan kaki menggenggam sumber punca elektrik dan menyebabkan tempoh mangsa bersentuhan dengan punca kuasa elektrik menjadi lebih lama. Manakala arus terus (DC) pula menyebabkan kekejangan otot secara menyeluruh yang akan menyebabkan mangsa tercampak, menjadikan tempoh mangsa terdedah dengan punca kuasa elektrik lebih singkat.

Periksa Simptom anda Di Sini

Simptom dan Tanda Renjatan Elektrik

Terdapat beberapa simptom ketiaka seseorang itu telah mengalami renjatan elektrik

  • Tidak sedarkan diri
  • Otot kejang
  • Rasa kebas
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit kepala
  • Gangguan penglihatan dan pendengaran
  • Luka melecur
  • Sawan
  • Degupan jantung tidak sekata


Renjatan elektrik boleh menyebabkan compartment syndrome. Ia terjadi apabila kerosakan pada otot menyebabkan anggota seperti tangan dan kaki menjadi bengkak. Bengkak ini boleh meningkatkan tekanan dalam otot dan menekan saluran darah dan saraf menyebabkan kesakitan yang teramat serta kerosakan anggota.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Perkara yang perlu dilakukan setelah terkena renjatan elektrik

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan setelah mengalami masalah ini.

  • Lepaskan dan jauhkan diri dari punca kuasa elektrik
  • Segera hubungi 911 ataupun minta bantuan orang berdekatan
  • Kurangkan pergerakan kecuali bagi menjauhkan diri dari punca kuasa elektrik
  • Pastikan anda berjumpa dengan doktor walaupun anda berasa sihat kerana kecederaan organ dalaman sukar dikenal pasti oleh mata kasar.
  • Jika terdapat luka melecur, tutup kawasan luka tersebut dengan kain yang bersih. Elakkan menggunakan kain bandage yang melekat kerana ia akan melekat pada kawasan luka melecur.

Jika anda berhadapan dengan mangsa renjatan elektrik, terdapat beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian bagi mengelakkan anda tercedera. Perkara tersebut ialah:

  • Jangan sentuh mangsa sekiranya mereka masih memegang atau terdedah dengan punca kuasa elektrik.
  • Jangan alihkan mangsa kecuali bagi tujuan mengalihkan mereka jauh dari punca kuasa elektrik
  • Tutup punca kuasa elektrik tersebut jika boleh. Jika tidak boleh, alihkan punca kuasa elektrik daripada mangsa menggunakan bahan bukan pengalir arus. Gunakan barangan seperti kayu dan getah. Pastikan anda tidak menggunakan barangan yang basah ataupun diperbuat dari besi
  • Jarakkan diri anda dari mangsa dan kawasan elektrik sekurang kurangnya 20 meter
  • Segera hubungi 911 sekiranya mangsa mengalami kesukaran bernafas, tidak sedarkan diri dan sawan.
  • Periksa nadi dan pernafasan mangsa. Sekiranya perlu, lakukan bantuan CPR kepada mangsa sambil menunggu bantuan tiba

Rawatan

Bergantung kepada tahap kecederaan anda, doktor akan memberikan rawatan yang berikut:

  • Rawatan luka melecur termasuk menyapu antibiotic dan membalut luka
  • Ubat tahan sakit
  • Suntikan tetanus jika perlu

Jika anda mengalami komplikasi dari renjatan elektrik, anda mungkin dimasukkan ke hospital dan dipantau dengan lebih rapi.

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku kepada mangsa. Ia adalah:

  • Kerosakan otot yang dipanggil sebagai rhabdomyolysis
  • Masalah degupan jantung tidak sekata seperti ventricular fibrillation
  • Kegagalan buah pinggang selalunya disebabkan myoglobin yang keluar daripada otot yang tercedera
  • Katarak mata

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Bernius M, et al. (n.d.). Electrocution and electrical injuries. – Emergency Medicine
  2. Electric shock injuries in children. (2016). – Healthy Children
  3. Mayo Clinic Staff. (2018). Electrical shock: First aid.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 5 =