Skip to content

Ruam Bayi: Punca, Simptom dan Rawatan

Ianya suatu yang normal apabila terdapat ruam bayi yang baru sahaja berusia beberapa hari. Ini disebabkan kulitnya yang masih sensitif ingin membiasakan diri dengan kawasan yang baru. Kebanyakan daripada ruam tersebut akan pergi dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Tetapi jika bayi mempunyai ruam, seperti tidak sihat dan ibubapa risaukan perkara tersebut, ibubapa boleh membawa anak pergi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan untuk anak tersebut.

Terutamanya jika anak anda mempunyai simptom meningitis (Jangkitan selaput otak) iaitu

  • Berterusan menangis
  • Demam yang tinggi
  • Leher yang keras


Pembacaan ini adalah lebih untuk memberikan idea yang lebih kepada ibubapa berkenaan dengan ruam bayi dan bukan digunakan untuk mendiagnosa keadaan bayi.

Jerawat pada bayi

Ada sesetengah bayi yang mempunyai jerawat terutamanya dibahagian pipi, hidung dan juga dahinya. Selalunya ia menjadi sedikit teruk sebelum ia benar-benar hilang.

Membasuh muka anak anda dengan air biasa dan juga menggunakan sedikit pelembab muka bayi dapat membantu kulit bayi.

Elakkan penggunaan ubat jerawat yang digunakan oleh orang dewasa. Kerana ia boleh menyebabkan ruam pada bayi tersebut menjadi lebih teruk

Seborrhoeic Dermatitis

Ini adalah keadaan dimana terdapat lebihan kulit mati yang berwarna kuning dan berminyak tumbuh di atas kepala bayi. Kadang-kadang ia juga akan pergi ke bahagian muka, telinga dan juga leher.



Masalah ini selalunya tidak mendatangkan rasa gatal dan tidak mengganggu bayi anda. Jika anak anda mula menggaru, ia mungkin disebabkan ekzema.

Masalah ini selalunya berlaku apabila bayi telah berumur 2-3 bulan. Selalunya ia akan baik dengan sendirinya setelah beberapa minggu ataupun bulan.

Rawatannya adalah:

  • Memandikan bayi dengan menggunakan shampoo bayi diikuti dengan memberus kepala bayi dengan menggunakan berus yang lembut
  • Gunakan minyak zaitun pada kepala bayi waktu malam. Pada waktu pagi pula, bersihkan kepala bayi tersebut dengan menggunakan shampoo

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ekzema

Ini adalah keadaan dimana pesakit akan mengalami kulit yang kering, kemerah-merahan, gatal dan menggerutu. Ekzema yang berlaku pada bayi yang kurang daripada 6 bulan selalunya disebabkan alahan pada susu lembu.

Ekzema tersebut selalunya berlaku dibahagian muka, kepala dan juga badan. Bayi akan rasa gatal dan tidak selesa.

Ketika bayi membesar, ekzema tersebut akan lebih mudah berlaku pada kawasan pelipat badan iaitu pada kawasan siku dan juga lutut.

Rawatan kepada masalah ini selalunya menggunakan krim pelembab. Jika terlalu teruk, krim steroid mungkin akan digunakan juga.

ARTIKEL BERKAITAN: ECZEMA



Erythema Toxicum

Ini adalah ruam yang selalu berlaku pada bayi yang baru lahir. Selalunya ia akan baik dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan

Penyakit kaki tangan dan mulut (Penyakit HFMD)

Penyakit HFMD adalah salah satu jangkitan virus yang selalu berlaku pada kanak-kanak. Kawasan ruam tersebut selalunya berlaku pada bahagian tapak tangan dan juga kaki. Dalam mulut pula, akan terdapat ulser yang banyak.

Kanak-kanak tersebut juga selalunya akan mengalami demam dan kurang makan disebabkan ulser di dalam mulut.

Rawatan selalunya lebih kepada rawatan sokongan. Jika pesakit kurang makan disebabkan ulser, ubat spray untuk kurangkan sakit boleh diambil oleh pesakit. Selalunya Jangkitan ini akan baik dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.

Ruam Alahan

Terdapat orang awam yang menamakan ruam ini sebagai sopak garam. Ruam ini selalunya berwarna merah, gatal dan ianya naik sedikit seperti selepas digigit nyamuk.

Ia berlaku selalunya disebabkan kanak-kanak terdedah kepada bahan menyebabkan pesakit tersebut mengalami simptom alahan.

Punca yang selalu menyebabkan perkara ini berlaku adalah jenis susu yang diberikan terutamanya susu formula.

Ibubapa boleh cuba untuk menukar susu yang diberikan kepada bayi dengan menggunakan susu soya.



Jika bayi tersebut mengalami ruam alahan ketika mana dia menyusu ibu sepenuhnya, faktor lain yang menyebabkan alahan perlu dikenali pasti seperti bulu kuling, karpet, habuk dan beberapa perkara lagi

Periksa Simptom anda Di Sini

Kudis Api

Kudis api merupakan jangkitan bakteria yang mudah merebak dibahagian kulit. Pesakit akan mengalami kulit yang melepuh terutamanya dibahagian muka. Kulit yang terlibat juga akan berwarna kekuningan.

Jika bayi anda menghadapi perkara ini, antibiotik dalam bentuk krim akan diberikan kepada anda untuk membunuh kuman pada kawasan tersebut.

Ruam lampin

Ruam lampin berlaku dikawasan sekitar lampin disebabkan iritasi yang berlaku. Ini selalunya disebabkan pendedahan yang lama pada air kencing ataupun najis bayi. Mudah kata lama tak tukar pampers bayi boleh menyebabkan masalah ruam bayi berlaku

Ia juga boleh disebabkan bayi mengalami cirit-birit yang teruk.

Rawatan yang selalu diberikan adalah dengan menggunakan krim penghalang seperti zink oksida.

Kurap

Kurap seperti masalah ‘Ringworm’ boleh berlaku pada bayi. Selalunya bayi akan mempunyai ruam yang berwarna merah cerah seperti bentuk cincin.



Masalah ini disebabkan jangkitan kulat yang berlaku pada kulit. Rawatan yang selalu diberikan adalah krim anti-fungal(kulat).

Ruam panas

Ruam panas selalunya berlaku disebabkan panas dan juga berpeluh. Sebagai contoh jika bayi tersebut menggunakan pakaian yang tebal ketika hari yang panas.

Ibubapa diminta untuk menggunakan pakaian yang sesuai untuk bayi supaya bayi tidak terlalu panas terutamanya ketika berada diluar rumah untuk mengelakkan ruam pada bayi

Demam Campak(Measles)

Demam campak jarang berlaku pada bayi kurang daripada 9 bulan ke bawah. Ia berlaku disebabkan jangkitan virus measles. Selalunya pesakit akan mempunyai demam yang tinggi berserta ruam.

Pesakit selalunya akan mengalami komplikasi selepas daripada demam tersebut disebabkan sistem imun yang terganggu selepas daripada itu.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. “The skin,” Darmstadt, G. and Sidbury, R. Nelson Textbook of Pediatrics, 17th edition. Behrman, R., Kliegman, R., and Jenson, H. (eds.), Saunders, 2004. 
  2. Your Newborn’s Skin and Rashes. Webmd.com. 
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − ten =