Skip to content

Ruam Lampin: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah rawatan dan punca kepada masala ruam lampin? Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Jenis Ruam Lampin
  3. Punca Ruam Lampin
  4. Golongan berisiko
  5. Tanda Tanda Ruam lampin
  6. Mengenal pasti ruam
  7. Rawatan
  8. Penjagaan di rumah
  9. Pencegahan

Pengenalan


Ruam lampin sebenarnya adalah sejenis iritasi pada kulit. Ia kerap berlaku dalam kalangan bayi, dan bukanlah sesuatu keadaan yang asing. Ia dialami oleh sehingga 35% kanak kanak berusia kurang 2 tahun.

Ia juga dikenali sebagai dermatitis dan menyebabkan rasa tidak selesa seperti gatal, pedih dan kemerahan di kawasan kulit yang mengenai lampin dan bergesel dengannya.

Jenis jenis ruam lampin




Artikel ini akan membincangkan mengenai ruam lampin yang biasa ditemui iaitu dermatitis, yang akan sembuh dengan rawatan ringkas seperti kerap menukar lampin.

Namun, terdapat juga masalah lain yang terjadi disebabkan penyakit kulit jenis dimana ia mungkin dicetuskan oleh pemakaian lampin.

Ruam ini boleh menjadi sebahagian daripada psoriasis, sifilis dan kudis api (impetigo).

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca ruam lampin


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini. Ia selalunya melibatkan penggunaan lampin bayi. Punca-punca tersebut adalah:

  • Bayi memakai lampin yang telah kotor untuk masa yang terlalu lama.
  • Cirit birit juga boleh menyebabkan ruam seperti ini.
  • Apabila bayi mula diberi makanan pejal, mereka juga boleh mengalami ruam ini.
  • Bayi yang mengambil antibiotik juga boleh mengalami ruam ini disebabkan kesan sampingan antibiotik tersebut.
  • Bayi yang menyusu badan sepenuhnya juga boleh mengalami cirit birit kerana makanan yang dimakan oleh ibunya.

Lampin bayi secara purata akan kotor setiap 3 hingga 4 jam, jadi itulah waktu sebetulnya untuk menukar lampin. Najis manusia yang memang semulajadinya berasid, menjadi satu keadaan yang digemari oleh bakteria dan yis untuk membiak. Semua elemen ini akan menyebabkan iritasi pada kulit dan menimbulkan ruam ini.



Kadangkala, masalah ini juga boleh terjadi kerana lampin yang terlalu ketat ataupun tidak bersaiz betul menyebabkan geseran kulit dengan lampin. Bahan kimia dari sabun atau krim yang digunakan pada kulit bayi juga boleh menyebabkan iritasi, termasuk lampin sendiri.

Periksa Simptom anda Di Sini

Golongan berisiko


Sebanyak seorang bayi dari setiap 3 bayi akan mengalami ruam. Bayi yang menyusu badan mempunyai risiko badan yang lebih rendah kerana kandungan diet yang kurang berasid dan kandungan antibodi yang tinggi. Secara amnya, Setiap bayi dan kanak kanak yang memakai lampin berisiko mendapat masalah ini. Kebiasaannya, ruam ini tidak akan berlaku sehinggalah bayi berusia 3 minggu

Tanda tanda ruam lampin


Ruam ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan teriritasi. Kulit juga menjadi hangat apabila disentuh. Ibubapa dan pengasuh bayi perlu menelefon doktor sekiranya ruam yang kemerahan berlaku lebih 48 jam ataupun diiringi oleh bau air kencing yang busuk, kerana ini mungkin tanda dehidrasi.

Antara simptom lain yang perlu diberi perhatian ialah apabila ruam menjadi berair ataupun timbul benjolan berisi air. Jika bayi mula demam, segera bawa bayi berjumpa doktor.

Mengenal pasti ruam lampin


Ruam lampin merupakan sesuatu yang kerap dialami. Kebanyakan ibubapa ataupun pengasuh pasti pernah menguruskan bayi yang mengalami ruam lampin. Namun begitu, tidak salah untuk menghubungi doktor bagi mendapatkan pendapat pakar dan mendapatkan preskripsi ubat jika perlu.

Ruam lampin yang disebabkan oleh jangkitan yis boleh terjadi sekiranya bayi mengambil antibiotik. Ruam lampin jenis ini tidak akan sembuh menggunakan ubat sapu dari klinik

Apabila bertemu doktor, bincangkan mengenai jenis lampin, losyen, sabun dan barangan bayi yang lain yang mungkin tidak sesuai dengan bayi anda mencetuskan ruam lampin.



Rawatan ruam lampin


Hasil daripada kajian yang dijalankan pakar pada 2012 mendapati krim yang mengandungi bahan beasaskan tumbuhan seperti aloe vera dan calendula dapat merawata masalah inin. Calendula berfungsi melawan jangkitan kuman dan inflamasi, dua punca utama terjadinya ruam lampin. Aloe vera pula mempunyai sifat menghidrasi dan menyejukkan pada kulit.

Krim dan ubat sapu topikal biasanya digunakan untuk merawat masalah ini. Antaranya ialah:

  • Hydrocortisone atau krim steroid bagi melegakan bengkak
  • Anti fungal ataupun antibiotic bagi melawan jangkitan, doktor juga mungkin akan memberikan antibiotik secara oral
  • Zinc oxide

Penjagaan di rumah


Sebenarnya, ruam ini datang dan pergi dan ia senang dirawat menggunakan ubat yang dibeli dari farmasi dan penjagaan kebersihan kulit di rumah. Penawar terbaik sebenarnya adalah pencegahan, iaitu menukar lampin dengan kerap.

  • Pastikan anda memakaikan bayi anda dengan lampin bersaiz sesuai dan tidak ketat. Lampin sepatutnya membenarkan pengaliran udara ke kawasan yang sensitif. Apabila bayi tidur, lazimkan membiarkan mereka tidak memakai lampin.
  • Elakkan menggunakan terlalu banyak sabun ataupun tisu basah mengandungi alkohol ataupun bahan wangian. Mereka boleh menyebabkan kulit kering, yang boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin serius.
  • Elakkan juga penggunaan bedak talkum kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa jika masuk kedalam hidung bayi.
  • Cepat-cepat menukar lampin jika bayi anda membuang air kencing atau buang air besar

Pencegahan


Ruam lampin kebiasaannya akan menyebabkan bayi rasa tidak selesa dan kerap merengek dan menangis. Ia biasanya boleh dielakkan menggunakan tips tips berikut:

  • Basuh kawasan punggung bayi setiap kali menukar lampin dan keringkan menggunakan tuala kering dan lembut.  Elakkan menggunakan tisu basah yang mengandungi alkohol ataupun bahan pewangi.
  • Pastikan lampin tidak terlalu ketat. Lazimkan bayi anda tidak memakai lamoin jika tidak perlu.
  • Pastikan anda sentiasa mempunyai krim zinc oxide. Ia sangat berguna bagi meredakan kesan keradangan pada punggung bayi.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Diaper Rash – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + ten =