Skip to content

Sumbing: Punca, Tanda dan Rawatan

Sumbing membawa maksud bibir bahagian atas yang terbelah sejak  lahir. Sumbing juga boleh melibatkan lelangit dimana lelangit dalam mulut tidak bercantum. Sumbing berlaku ketika bayi sedang membesar di dalam kandungan dan ia disebabkan bahagian muka yang tidak bercantum dengan sempurna.

Sumbing merupakan salah satu kecacatan yang selalu berlaku ketika bayi lahir. Bayi yang mengalami masalah ini selalunya tidak mempunyai penyakit lain. Hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai masalah sumbing berserta masalah yang lain seperti jantung berlubang, ketidakmatangan paru-paru dan lain-lain lagi masalah yang berkaitan dengan bayi.

Simptom dan Tanda

Masalah ini boleh berlaku pada bahagian bibir sahaja, pada bahagian lelangit sahaja ataupun kombinasi kedua-dua bahagian tersebut.



Beberapa masalah yang dihadapi oleh bayi yang mengalami masalah ini adalah:

  • Sukar untuk menyusu
  • Sukar untuk menelan
  • Bercakap dengan nada Sengau
  • Selalu mendapat jangkita di bahagian telinga
sumbing

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca sumbing

Sumbing berlaku apabila tisu dibahagian muka bayi dan mulut tidak bercantum dengan sempurna. Selalunya tisu yang membentuk bibir dan lelangit bercantum pada bulan 2-3 kandungan. Tetapi bayi yang mengalami masalah ini, pencantuman tisu tersebut langsung tidak berlaku menyebabkan terdapat bukaan pada bibir bahagian atas.

Pengkaji percaya punca kepada sumbing ini adalah disebabkan interaksi diantara bahan genetik dan juga faktor persekitaran. Bagi kebanyakan bayi, tidak terdapat punca yang dikenalpasti kenapa masalah ini berlaku.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian untuk anaknya menjadi sumbing. Faktor tersebut adalah:

  • Sejarah keluarga: Ibubapa yang mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah ini berisiko untuk mendapat anak yang mengalami masalah yang sama.
  • Terdedah kepada bahan toksin: Pendedahan kepada asap rokok, pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko untuk mengalami masalah ini.
  • Mempunyai penyakit kencing manis
  • Berlebihan berat badan ketika hamil


ARTIKEL BERKAITAN: KENCING MANIS

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin dihadapi oleh bayi yang mengalami masalah ini. Ia adalah:

  • Kesukaran untuk menyusu: Sumbing yang melibatkan bibir sahaja tanpa melibatkan lelangit selalunya tidak menyebabkan kesukaran untuk menyusu secara langsung daripada ibunya. Tetapi masalah yang melibatkan lelangit akan menyebabkan kanak-kanak tersebut susah untuk menyusu
  • Jangkitan telinga dan pekak: Bayi yang dilahirkan dengan masalah ini lebih mudah untuk mengalami jangkitan telinga dan berakhir dengan masalah pekak.
  • Masalah gigi: Jika sumbing itu melibatkan gusi, ia juga akan menyebabkan masalah pertumbuhan pada gigi.
  • Kesukaran untuk bercakap seperti biasa: Disebabkan lelangit digunakan untuk membentuk bunyi ketika bercakap, masalah ini akan menyebabkan pembentukan perkataan sukar dan pesakit akan menjadi sengau bila bercakap.

Penyiasatan

Kebanyakan kes sumbing dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan. Ia tidak memerlukan ujian lain untuk mengesan perkara ini.

Ultrasound sebelum lahir

Ultrasound ketika hamil boleh digunakan untuk mengesan perkara ini. Tetapi kebanyakkan sumbing hanya dikesan ketika mana bayi dilahirkan.

Rawatan Sumbing

Rawatan untuk masalah ini adalah lebih menjurus supaya bayi tersebut boleh menyusu, bercakap dan mempunyai pendengaran yang normal.

Rawatan selalunya melibatkan kerjasama daripada pelbagai disiplin sebagai contoh

  • Pakar kanak-kanak
  • Pakar pembadahan plastik
  • Pakar telinga, tekak dan hidung(ENT)
  • Pakar bedah bahagian mulut
  • Jururawat
  • Pakar terapi Jurucakap

Pembedahan



Pembedahan yang melibatkan pembetulan struktur bibir dan lelangit. Selalunya pembedahan dibuat secara berperingkat iaitu:

  • Pembedahan untuk membetulkan struktur bibir: Dilakukan ketika umur 3 hingga 6 bulan
  • Pembedahan untuk membetulkan struktur lelangit; dilakukan ketika umur 12 bulan ataupun lebih awal lagi

Rawatan yang melibatkan komplikasi sumbing

Ada beberapa jenis rawatan yang digunakan untuk mengatasi komplikasi yang dihadapi oleh bayi ini. Contohnya adalah;

  • Penggunaan puting botol khas untuk memudahkan bayi ini menyusu
  • Terapi percakapan untuk membantu percakap mereka
  • Rawatan untuk jangkitan telinga yang dihadapi oleh pesakit
  • Rawatan pendengaran(hearing assisted device) bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Wilkins-Haug L. Etiology, prenatal diagnosis, obstetrical management, and recurrence of cleft lip and/or palate.
  2. Crockett DJ, et al. Cleft lip and palate. Facial Plastic Surgery Clinics of North America. 2014;22:573.
  3. Cleft lip and palate repair: Correcting abnormal development. American Society of Plastic Surgeons.
  4. Campbell A, et al. Cleft lip and palate surgery: An update of clinical outcomes for primary repair. Oral and Maxillofacial Surgery Clinics of North America. 2010;22:43.
  5. Facts about cleft lip and cleft palate. Centers for Disease Control and Prevention.
  6. Cleft lip and cleft palate. American Speech-Language-Hearing Association.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × one =