Skip to content

Penyakit Kaki, Tangan & Mulut(HFMD): Punca & Rawatan

Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) adalah penyakit yang selalu menjangkiti kanak-kanak. Ulser di dalam mulut pesakit boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak makan ataupun minum

Bahkan perkara ini akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu kekurangan air disebabkan pesakit terlalu sakit ketika ingin makan ataupun minum.

Selain daripada mengganggu permakanan kanak-kanak tersebut, virus ini juga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian jantung hingga menyebabkan jantung seseorang pesakit tersebut boleh berhenti secara tiba-tiba.

Istilah perubatan



Penyakit Kaki, tangan dan mulut juga dikenali sebagai HFMD yang bermaksud Hand, foot, mouth disease.
Patofisiologi: Bermaksud bagaimana sesuatu penyakit itu berlaku
Prognosis: Bagamainakah kesudahan kepada sesuatu penyakit
Masa Inkubasi: Adalah jarak masa daripada mula terdedah dengan kuman tersebut sehinggalah simptom pertama muncul

Apakah penyakit Kaki, Tangan dan Mulut?

Penyakit ini adalah disebabkan jangkitan virus. Namanya diberi seperti ini sesuai dengan simptom dimana akan terdapat ruam pada bahagian tangan, kaki dan juga mulut. Selain daripada itu, wajib ada ulser di dalam mulut. Barulah pesakit akan disahkan mengalami penyakit kaki tangan dan mulu

Punca kepada masalah ini adalah virus yang dinamakan sebagai Coxsackie Virus dan juga Enterovirus

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan tanda tanda penyakit kaki, tangan dan mulut.

Sebelum pesakit mempunyai ruam, pesakit selalunya akan ada simptom demam virus yang lain seperti

Kemudian, ulser akan mula timbul dalam mulut diikuti dengan ruam pada bahagian tangan, kaki dan di sekeliling mulut. Daripada sinilah, pesakit akan kurang makan dan minum kerana mengalami sakit di bahagian mulut



Pesakit yang mengalami jangkitan virus jenis enterovirus juga akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami simptom muntah dan cirit-birit.

Punca Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut

Virus yang menyebabkan penyakit ini adalah virus Coxsackie dan enterovirus. Kedua-dua virus ini menjangkiti orang lain dengan cara sentuhan kepada cecair yang keluar daripada badan pesakit sama ada ketika pesakit itu batuk, bersin dan sebagainya.

Virus ini akan memasuki lapisan mukosa(lapisan saluran pernafasan dan juga saluran pencernaan). Di bahagian mulut dan usus ini pula, virus akan masuk ke dalam bahagian kelanjar limfa iaitu kalenjar yang berfungsi untuk menapis bahan asing seperti virus dan juga bakteria.

Dari situ virus ini akan memasuki darah dan merebak ke bahagian badan yang lain terutamanya bahagian kaki, tandan dan mulut. Disitulah virus ini akan menghasilkan ruam yang berair dan bersedia menjangkiti orang lain.

Pada hari yang ke 5 hingga ke 7, badan sudah mampu menghasilkan antibodi yang cukup untuk membunuh virus tersebut dan simptom akan semakin kurang selepas itu.

Selalunya pesakit akan menimbulkan simptom hanya selepas 3 hingga ke 6 hari selepas terdedah dengan virus tersebut.

Apakah penyakit ini mudah sembuh?

Kebanyakan daripada kanak-kanak yang mengalami masalah ini boleh sembuh tanpa memerlukan rawatan ataupun kemasukan ke dalam hospital

Penyakit ini lebih teruk selalunya jika menjangkiti kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Berlainan dengan penyakit chicken pox, orang dewasa akan lebih teruk kena berbanding kanak-kanak.



Seseorang itu boleh kena penyakit ini sebanyak 2 kali dalam hidup kerana ia penyakit ini disebabkan 2 virus yang berbeza.

Terdapat juga kes yang berkahir dengan kematian. Ini lebih mudah berlaku jika terdapat wabak besar yang sedang berlaku di dalam masyarakat. Selalunya pesakit yang meninggal dunia ini adalah disebabkan jangkitan enterovirus berbanding dengan Coxsackie virus.

Apakah yang anda perlu buat untuk mengelakkan ia daripada merebak?

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu buat untuk mengelakkan penyakit ini daripada merebak kepada orang lain:

  • Membersihkan atau mengelap mainan di rumah anda dengan menggunakan pembunuh kuman(disinfectant)
  • Elakkan kanak-kanak tersebut daripada bermain dengan kanak-kanak yang lain.
  • Elakkan daripada memecahkan ruam penyakit tersebut
  • Tidak berkongsi peralatan mandi, gosok gigi dengan kanak-kanak yang lain
  • Membuang sisa tahi pesakit dengan cermat kerana terdapat virus di dalam najis tersebut

Apakah komplikasi yang boleh dihadapi oleh kanak-kanak tersebut?

Terdapat beberapa komplikasi yang merisaukan para doktor jika seseorang kanak-kanak menghadapi masalah ini. Ia adalah:

  • Dehidrasi: Bermaksud kekurangan air dalam badan. Ia disebabkan kanak-kanak tersebut tidak mahu meminum air kerana sakit yang teruk di dalam mulut.
  • Meningoencephalitis: Kerandangan pada bahagian selaput otak dan juga otak disebabkan jangkitan kuman di kawasan tersebut.
  • Myocarditis: Radang pada otot jantung kerana virus telah menjangkiti kawasan tersebut
  • Buta: Virus ini boleh menjangkiti bahagian Macula iaitu bahagian mata yang mempunyai reseptor cahaya yang paling banyak. Bahagian ini boleh rosak disebabkan jangkitan virus tersebut tetapi ia sangat jarang berlaku.

Ibubapa perlulah melihat keadaan anak-anak mereka yang sedang sakit. Jika keadaan pesakit bertambah teruk seperti nampak letih sangat, anda perlulah membawa anak anda untuk diperiksa di klinik atau di hospital

Apakah penyakit lain yang mempunyai simptom yang sama?

Terdapat beberapa penyakit yang boleh menunjukkan simptom yang sama seperti:

Rawatan untuk penyakit kaki, tangan dan mulut.

Kebanyakan daripada penyakit yang disebabkan virus boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan ubat anti-viral(ubat untuk bunuh virus). Seperti penyakit kaki, tangan dan mulut ini, majoritinya akan sembuh sendirinya tanpa memerlukan rawatan.

Rawatan yang diberikan di hospital ataupun klinik adalah lebih kepada rawatan sokongan, memberikan keselesaan kepada pesakit ataupun membantu pesakit agar pesakit tidak mengalami dehidrasi.



Beberapa perkara yang perlu dibuat untuk menghadapi pesakit ini adalah:

  1. Beri makanan yang sejuk: Berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit ketika makan atau minum. Contoh makanan yang sejuk adalah aiskrim
  2. Beri makanan yang tidak pedas: Untuk mengelakkan rasa sakit ketika makan
  3. Minum air dengan kuantiti yang banyak: Kanak-kanak lebih mudah menghadapi dehidrasi. Cuba beri air sejuk supaya kanak-kanak tersebut tidak mengalami sakit yang teruk di bahagian mulut
  4. Beri ubat parcetamol: Jika pesakit mengadu sakit mulut yang teruk, ubat PCM boleh diberikan untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.
  5. Spray kurangkan sakit pada ulser: Terdapat spray yang dijual di farmasi bertujuan untuk mengurangkan sakit pada ulser dalam mulut
  6. Jika pesakit mempunyai simptom yang lebih teruk, ibubapa perlulah membawa anak mereka ke  Klinik ataupun hospital

Demam Lain yang boleh Menyebabkan Ruam

1.Demam Chicken Pox
2.Demam Penyakit HFMD
3.Demam Penyakit Kawasaki
4.Demam Campak

Rujukan:

  1. Wolff K, Johnson RA, Suurmond D. Viral infections of skin and mucosa. Fitzpatrick’s Color Atlas & Synopsis of Clinical Dermatology. 5th ed. New York, NY: McGraw-Hill; 2005. 790-92.
  2. Wang SM, Lei HY, Liu CC. Cytokine immunopathogenesis of enterovirus 71 brain stem encephalitis. Clin Dev Immunol. 2012. 2012:876241
  3. Nassef C, Ziemer C, Morrell DS. Hand-foot-and-mouth disease: a new look at a classic viral rash. Curr Opin Pediatr. 2015 Aug. 27 (4):486-91.
  4. Marks M. Viral and presumably viral syndromes. Pediatric Infectious Diseases for the Practitioner. 1985. 494-6.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three − three =