Skip to content

Sopak(Vitiligo): Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Sopak merupakan salah satu penyakit yang selalu menjadi perhatian masyarakat. Ada yang mengatakan ia boleh menjangkiti orang lain. Ini menyebabkan sesetengah masyarakat risau apabila berhubungan dengan mereka yang menghadapi masalah ini.

Perlu diketahui bahawa sopak adalah masalah pada pesakit itu sendiri dimana sel melanocyte yang menghasilkan pigmen melanin mempunyai masalah. Ini menyebabkan kawasan kulit yang bermasalah bertukar menjadi cerah dan sopak pun berlaku.

Masalah Sopak

Sopak dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai vitiligo adalah masalah yang disebabkan oleh gangguan pada penghasilan pigmen di kulit. Warna kulit yang gelap adalah disebabkan penghasilan pigmen yang dipanggil sebagai melanin. Ianya dihasilkan oleh sel pada kulit iaitu sel melanocyte.



Tahap kecerahan kulit seseorang bergantung kepada genetiknya. Jika ia dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kulit yang kurang cerah, bermaksud sel melanocyte pada kulitnya akan menghasilkan melanin yang lebih banyak dan menyebabkan kulit menjadi gelap.

Tetapi di dalam penyakit sopak, fungsi melanocyte dalam menghasilkan melanin terganggu. Kawasan kulit yang tidak boleh menghasilkan melanin akan menjadi putih dan bertompok. Masalah inilah yang dipanggil sebagai sopak.

0.5-2% penduduk dunia telah menghidapi penyakit vitiligo dan purata umur yang mula mempunyai masalah ini adalah pada umur 20 tahun. Walaupun sopak lebih jelas kelihatan pada pesakit berkulit gelap, tetapi ia boleh berlaku pada semua bangsa.

Bagaimana Sopak berlaku?

Sopak mempunyai kaitan dengan masalah genetik dan juga bukan genetik. Walaupun beberapa teori telah dicadangkan, tetapi ia masih belum membuktikan punca sebenar masalah vitiligo.

Tetapi ramai saintis bersetuju bahawa ia adalah berpunca daripada kematian sel melanocyte yang sepatutnya menghasilkan melanin iaitu pigmen kulit. Kematian sel tersebut juga berlaku secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurangnya bilangan sel melanocyte pada kulit.



Tetapi apakah yang menyebabkan kematian kepada sel melanocyte itu masih lagi tidak dijumpai.

Beberapa teori yang dikemukakan menjadi penyebab kepada masalah tersebut adalah:

  • Hipotesis Autoimun: Dalam teori ini, ia menyatakan bahawa sel pertahanan badan melawan sel badan sendiri. Dalam masalah vitiligo, sel pertahanan badan akan cuba memusnahkan sel melanocyte. Beberapa masalah autoimun yang lain seperti Hashimoto thyroiditis, Penyakit graves, psoriasis dan beberapa lagi mempunyai kaitan yang kuat dengan masalah sopak.
  • Hipotesis Saraf: Dalam hipotesis ini, ia menyatakan bahawa bahan kimia yang dirembeskan oleh sarah memusnahkan sel melanocyte ataupun merencat penghasilan melanin
  • Mekanisma bahan oksida-antioksida: Dalam hipotesis ini, ia menyatakan bahawa bahan yang terhasil ketika mana penghasilan kompaun melanin menyebabkan kemusnahan sel melanocyte itu sendiri

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom sopak

Sopak dikesan hanya dengan melakukan pemeriksaan fizikal. Karakter kulit yang mengalami masalah tersebut adalah:

  • Tompok putih pada kulit
  • Selalunya ia mempunyai sempadan yang jelas diantara warna putih dan warna kulit yang gelap
  • Berbentuk bulat, lonjong ataupun lurus
  • Ia akan semakin membesar dengan masa

Untuk tambahan, ia juga boleh berlaku pada bahagian yang selalu berlaku trauma terutamanya pada bahagian tulang yang menonjol pada kulit sebagai contoh pada siku dan lutut.

Periksa Simptom anda Di Sini

Diagnosa-diagnosa lain

Beberapa diagnosa lain yang boleh mempunyai simptom yang sama adalah:

  • Sindrom Alezzandrini
  • Cutaneous melanoma
  • Scleroderma
  • Tinea Versicolor(Panau)
  • Kegagalan kalenjar adrenal

Penyiasatan

Walaupun diagnosa sopak boleh dibuat hanya dengan menggunakan pemeriksaan fizikal tanpa memerlukan pengambilan sampel darah dan sebagainya, diagnosis lain juga perlu difikirkan kerana ia boleh menyebabkan masalah kekurangan pigmen kulit yang lain.

Disebabkan wujudnya kaitan antara masalah autoimun dan juga masalah endokrin yang lain terhadap penyakit sopak, beberapa penyiasatan perlu dibuat jika wujud simptom-simptom yang berkaitan dengan masalah autoimun ataupun endokrin.



Dalam beberapa keadaan biopsi kulit boleh dibuat untuk mengesahkan seseorang itu mengalami sopak ataupun tidak. Biopsi kulit bermaksud pengambilan sampel kulit pada bahagian sopak dan akan diperiksa dibawah mikroskop. Sampel kulit yang mengalami sopak selalunya akan menunjukkan ketiadaan sel melanocyte.

Rawatan

Pelbagai rawatan yang boleh dilakukan untuk masalah sopak ini yang terdiri daripada penggunaan ubat, terapi photo, terapi laser dan terapi pembedahan. Tetapi perlu tahu bahawa, mereka yang mempunyai kulit yang cerah tidak memerlukan apa-apa rawatan kerana selalunya ia tidak meninggalkan kesan yang jelas.

Untuk mereka yang berkulit cerah, adalah dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada selalu terdedah dengan cahaya matahari supaya kulit di sekeliling sopak tidak menjadi semakin gelap hingga menyebabkan sopak kelihatan lebih jelas.

Tiada satu pun rawatan sopak yang boleh dikatakan sesuai untuk semua pesakit. Ini bermaksud ada pesakit yang mempunyai keberkesanan yang bagus bila menggunakan satu jenis rawatan berbanding dengan rawatan yang lain.

Terapi foto

Terapi foto selalunya menyebabkan pigmentasi semula pada kawasan kulit yang mengalami sopak. Ini menyebabkan warna kulit berubah kepada keadaan asal. Terapi foto perlu dilakukan pada masa yang lama supaya keberkesanannya dapat dilihat.

Pesakit juga perlu tahu bahawa penggunaan terapi foto akan menyebabkan kulit disekeliling sopak juga menjadi gelap dan menyebabkan masalah sopak tersebut kelihatan lebih jelas. Ini akan menyebabkan pesakit merasa tidak selesa pada perubahan kulit mereka.

Gelombang terapi foto yang selalu digunakan adalah Ultraviolet jenis B. Ia selamat digunakan pada kanak-kanak, wanita mengandung dan wanita yang sedang menyusukan anak.



Kesan sampingan yang mungkin dihadapi apabila membuat rawatan ini adalah:

Terapi laser

Dalam terapi ini, mesin tersebut akan menghasilkan gelombang monokromatic untuk merawat tompok vitiligo dan ia terbukti berkesan, selamat dan boleh diterima oleh pesakit yang menggunakannya. Akan tetapi rawatan jenis ini adalah mahal.

Selalunya rawatan ini akan disertakan dengan penggunaan krim tacrolimus dan juga krim steroid.

Penggunaan krim topikal

1. Steroid

Penggunaan krim steroid adalah ubat yang selalunya digunakan untuk penyakit ini. Tetapi keberkesanannya adalah sederhana dan selalunya akan dikombinasikan dengan rawatan yang lain.

2. Perencat calcineurin



Bahan yang merencat sel pertahanan badan juga boleh digunakan bagi merawat penyakit sopak sebagai contoh Tacrolimus iaitu sejenis perencat calcineurin.

Kajian menunjukkan penggunaan gelombang ultraviolet B berserta Tacrolimus lebih mendatangkan kesan yang bagus

3. Pembedahan

Pembedahan merupakan cara terakhir untuk merawat masalah sopak. Akan tetapi disebabkan rawatan pembedahan yang mengambil masa, hanya beberapa keadaan sahaja yang membolehkan pembedahan di buat. Ianya adalah:

  • Sopak bersegmen: Ini bermaksud sopak tersebut mempunyai segmen warna yang berlainan. Sebagai contoh vitiligo yang betul-betul putih diikuti dengan kulit yang sederhana putih dan kulit yang mempunyai kecerahan yang normal bagi pesakit
  • Sopak yang berlaku pada kawasan yang kecil sahaja
  • Saiz sopak yang tidak membesar lebih daripada 2 tahun

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Ortonne J. Vitiligo and other disorders of Hypopigmentation. Bolognia J, Jorizzo J, Rapini R, eds. Dermatology. 2nd. Spain: Elsevier; 2008. Vol 1: 65.
  2. McKee P, Calonje E, Granter S, eds. Disorders of Pigmentation. Pathology of the Skin with Clinical Correlations. 3rd ed. China: Elsevier Mosby; 2005. Vol 2: 993-7.
  3. Yang Y, Lin X, Fu W, Luo X, Kang K. An approach to the correlation between vitiligo and autoimmune thyroiditis in Chinese children. Clin Exp Dermatol. 2009 Oct 23.
  4. Rashtak S, Pittelkow MR. Skin involvement in systemic autoimmune diseases. Curr Dir Autoimmun. 2008. 10:344-58
  5. Ohguchi R, Kato H, Furuhashi T, Nakamura M, Nishida E, Watanabe S, et al. Risk factors and treatment responses in patients with vitiligo in Japan-A retrospective large-scale study. Kaohsiung J Med Sci. 2015 May. 31 (5):260-4.
  6. gambar featured image:
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 10 =