Skip to content

Tangan Berpeluh: Punca dan Cara Rawatan

Berpeluh merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang manusia, namun keadaan berpeluh boleh menjadi satu masalah yang serius sekiranya didapati berlebihan terutama pada bahagian tangan dan ia dikenali sebagai hyperhidrosis. Masalah seperti ini boleh menganggu aktiviti harian bagi mereka yang mengalaminya terutama bagi masalah tangan berpeluh.

Bagi golongan kanak-kanak atau remaja, masalah tangan berpeluh boleh menyebabkan pretasi pembelajaran mereka di sekolah akan terganggu.

Istilah Perubatan

Hyperhidrosis: Adalah masalah berpeluh yang berlebihan
Saraf sympathetic: Saraf yang berfungsi menyediakan badan seseorang untuk berada dalam keadaan sedia untuk melawan atau melarikan diri
Prognosis: Adalah sesuatu kesudahan bagi pesakit

Masalah Tangan Berpeluh



Masalah tangan berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.

Masalah ini boleh berlaku seawal peringkat usia kanak-kanak atau remaja. Bahagian anggota badan yang boleh mengalami masalah berpeluh yang banyak adalah seperti tapak tangan, tapak kaki, ketiak dan muka.

Keadaan ini sebenarnya boleh membawa kepada tekanan perasan, perasaan malu untuk bersosial dan gangguan terhadap prestasi kerja. Ia turut menjadi lebih rumit sekiranya masalah tersebut berlaku di bahagian tangan.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Tangan Berpeluh

Masalah berpeluh berlebihan pada keseluruhan bahagian badan (Generalized hyperhydrosis) boleh disebabkan oleh masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Masalah berpeluh juga boleh berpunca daripada masalah-masalah lain seperti:

  • Demam
  • Kanser
  • Lemah jantung
  • Masalah kerisauan (Anxiety problem)
  • Masalah metabolik seperti hipertiroid, hipoglisemia, gout
  • Pengambilan ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan banyak lagi
  • Peminum alkohol yang mengalami ketagihan kronik

Masalah berpeluh di bahagian tapak tangan dan tapak kaki pula boleh berpunca daripada faktor keturunan.



Mereka yang mempunyai masalah berpeluh ini selalunya mengalami simptom ini bermula pada peringkat usia kanak-kanak atau remaja. Namun, jika simptom ini berlaku pada peringkat usia dewasa atau warga emas, pemeriksaan lanjut hendaklah perlu dilakukan untuk mengenalpasti penyakit lain yang mungkin boleh membawa kepada masalah berpeluh tersebut.

Saraf sympathetic merupakan saraf yang berperanan menyediakan badan seseorang supaya berada dalam keadaan bersiap sedia untuk berlawan atau berlari (fight or flight).

Ketika berada dalam keadaan seperti tersebut, denyutan nadi akan semakin bertambah, gula dalam darah juga bertambah dan mental akan menjadi lebih fokus. Namun, pada ketika ini juga, secara tidak lansung ia akan meransang kelenjar peluh untuk mengeluarkan peluh.

Oleh sebab itu, keadaan seseorang yang mengalami masalah berpeluh berlebihan akan menjadi semakin teruk apabila dia berada di dalam keadaan yang takut ataupun ketika hendak berlawan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Kesudahan Masalah Tangan Berpeluh

Adalah amat sukar untuk merawat Hyperhidrosis secara efektif. Namun, masalah ini tidaklah sampai membawa kepada kematian. Bagi peringkat yang lebih teruk, mereka yang mengalami masalah ini akan merasa kehidupan mereka menjadi terganggu.

Berpeluh adalah sesuatu keadaan yang memalukan, boleh mengotorkan pakaian, mengganggu hubungan sosial serta menjadikan komunikasi menjadi lebih sukar. Bagi kes yang teruk, ia mungkin akan membawa kepada masalah untuk menulis, memegang stering kereta atau berjabat tangan dengan orang lain.

Dengan kewujudan cara rawatan yang terbaru dan pelbagai jenis, pesakit berpeluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.



Penyakit lain yang berkaitan

Berikut merupakan beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama iaitu:

  • Kanser
  • Masalah saraf
  • Hipertiroid
  • Hipoglisemia
  • Pheuocrhomocytoma
  • Peminum alkohol kronik

Ujian Pemeriksaan

Jika masalah berpeluh itu berlaku pada keseluruhan badan, penyiasatan untuk mengetahui punca tersebut perlu dilakukan. Ujian makmal sepert dibawah boleh dilakukan:

  • Bacaan hormon tiroid
  • Bacaan gula
  • Bacaan asid urik
  • Mantoux test dan x-ray dada untuk mengesan TB

Simptom-simptom lain yang merujuk kepada kanser pun perlu diperiksa daripada pesakit

Rawatan Tangan Berpeluh

Terdapat beberapa langkah rawatan bagi masalah berpeluh iaitu:

1. Ubat sapuan

Ubat sapuan yang selalu digunakan untuk merawat masalah ini adalah ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride hexahydrate. Ubat ini perlu disapu pada kawasan yang mempunyai masalah tersebut ketika sebelum tidur.

Sapuan tersebut hendaklah dibilas setelah bangun daripada tidur untuk mengelakkan berlaku iritasi (kerengsaan).

2. Iontophoresis



Rawatan ini menggunakan air yang mempunyai arus elektrik yang rendah. Ia diberikan pada keseluruhan kulit yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Rawatan ini memerlukan masa selama 30 minit pada setiap hari.

Oleh sebab itu, kebanyakkan pesakit tidak akan memilih rawatan seperti ini kerana ia akan mengambil masa yang lama.

3. Suntikan botox

Suntikan botox mengandungi bahan yang dinamakan sebagai toksin botulinum. Bahan ini berfungsi sebagai perencat kepada kalenjar peluh dalam menghasilkan peluh. Rawatan ini terbukti dalam mengurangkan masalah peluh berlebihan.

4. Pembedahan

Oleh kerana masalah berpeluh ini adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan fungsi saraf sympathetic, pesakit boleh mendapatkan rawatan pembedahan untuk membuang sebahagian saraf tersebut. Rawatan ini dikenali sebagai sympathectomy.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Adar R, Kurchin A, Zweig A, Mozes M. Palmar hyperhidrosis and its surgical treatment: a report of 100 cases. Ann Surg. 1977 Jul. 186(1):34-41.
  2. Altman RS, Schwartz RA. Emotionally induced hyperhidrosis. Cutis. 2002 May. 69(5):336-8.
  3. Streker M, Reuther T, Verst S, Kerscher M. [Axillary hyperhidrosis–efficacy and tolerability of an aluminium chloride antiperspirant. Prospective evaluation on 20 patients with idiopathic axillary hyperhidrosis]. Hautarzt. 2010 Feb. 61(2):139-44.
  4. Klaber M, Catterall M. Treating hyperhidrosis. Anticholinergic drugs were not mentioned. BMJ. 2000 Sep 16. 321(7262):703
  5. Naumann M. Evidence-based medicine: botulinum toxin in focal hyperhidrosis. J Neurol. 2001 Apr. 248 Suppl 1:31-3.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − sixteen =