Skip to content

Tanda tanda Darah Tinggi dan Komplikasinya

Salah satu tanda tanda darah tinggi adalah sakit kepala. Ramai daripada mereka yang mengalami sakit kepala mesti risau mempunyai tekanan darah tinggi kerana memang betul tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sakit kepala.

Tetapi perlu diketahui bahawa majoriti daripada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi ini selalunya tidak mempunyai apa-apa simptom. Bahkan, terdapat seglintir daripada mereka hanya mengetahui mereka mempunyai pesakit tersebut setelah mengalami komplikasi seperti serangan sakit jantung dan angin ahmar

Apakah maksud tekanan darah tinggi?

Dalam perubatan, tekanan darah tinggi bermaksud bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dan perlu mempunyai 2 bacaan yang diambil pada waktu berbeza.



Sebab itu jika di klinik, doktor akan suruh pesakit memeriksa tekanan darah secara berkala setiap hari selama seminggu atau dua minggu. Jika majoriti daripada bacaan tekanan darah itu melebihi 140/90mmHg, maka pesakit disahkan mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Bacaan tekanan darah tinggi perlulah diambil pada waktu pesakit sihat. Ini kerana bila pesakit sedang tidak sihat seperti demam ataupun mengalami apa-apa kesakitan pada badan, ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Apakah tanda tanda darah tinggi?

Kebanyakan pesakit darah tinggi tidak mempunyai apa-apa simptom sehinggalah tekanan darah pesakit terlalu tinggi ataupun pesakit telah mempunyai komplikasi daripada penyakit tersebut.

Beberapa simptom dan tanda tanda darah tinggi yang berlaku apabila bacaan tekanan darah menjadi terlalu tinggi adalah:

Kesemua simptom ini berlaku ketika mana tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan menyebabkan pelbagai komplikasi kepada pesakit.



Disebabkan kebanyakkan pesakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai apa-apa simptom, anda dinasihatkan untuk mengambil bacaan tekanan darah secara berkala. Sekali dalam setahun pun sudah cukup sebenarnya.

Ini penting supaya penyakit tekanan darah tinggi itu dapat dikesan awal dan rawatan dapat diberikan sebelum komplikasi berlaku kepada tubuh anda

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit?

Pesakit darah tinggi selalunya akan mempunyai komplikasi ini jika bacaan tekanan darahnya masih tidak terkawal. Komplikasi tersebut adalah

Apakah cara untuk mengurangkan bacaan tekanan darah tinggi?

Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan bacaan tekanan darah adalah:

  • Hadkan pengambilan garam dalam makanan
  • Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi. Makanan seperti ini akan menyumbang kepada pertambahan berat badan.
  • Melakukan senaman sebanyak 3 kali seminggu. Pesakit perlulah bersenam lebih daripada 30 minit dalam satu-satu sesi
  • Belajar untuk menenangkan diri

Kebanyakan pesakit yang obese dan mempunyai tekanan darah tinggi, boleh mengurangkan bacaan tekanan darahnya dengan mengurangkan berat badan. Oleh itu, dinasihatkan pesakit ini untuk mengurangkan berat badan mereka.

Bacaan sepenuhnya mengenai tekanan darah tinggi ada disini

Periksa Simptom anda Di Sini

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 5 =