5. Diagnosa-diagnosa yang lain

Terdapat beberapa diagnosa yang lain yang menunjukkan simptom yang sama. Ianya adalah:

  • Hydrocele: angin pasang yang berair. Dimana dalam kantung tersebut mempunyai air dan tidak mempunyai usus. Ia selalu berlaku pada bayi yang baru lahir
  • Acute orchitis(Keradangan testis)
  • Kanser testis
  • Testicular torsion

6. Penyiasatan

Untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah angin pasang selalunya tidak memerlukan pegambilan sampel darah ataupun pengimejan.

Cukup dengan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit dan mengetahui ciri-ciri benjolan tersebut, kita boleh mengesahkan bahawa seseorang itu mempunyai masalah angin pasang.

Ciri-ciri benjolan yang disebabkan angin pasang adalah:

  • Ia membesar apabila seseorang itu meneran, batuk ataupun dalam keadaan berdiri.
  • Benjolan itu boleh disurutkan samada kita menolak sendiri benjolan tersebut ataupun ia surut sendiri apabila seseorang itu berada dalam keadaan baring
  • Apabila diperiksa menggunakan stethoscope, terdapat bunyi usus.

Siasatan lain perlu dibuat jika pesakit mempunyai faktor risiko seperti:

  • Batuk yang kronik: boleh buat x-ray, spirometry, periksa kahak
  • Ascites: Air di dalam bahagian abdomen selalunya disebabkan kegagalan buah pinggang ataupun hati. Oleh itu, pengambilan sampel darah untuk mengetahui fungsi hati dan buah pinggang perlu dibuat
  • Kanser dubur: Pesakit yang disyaki mempunya kanser dubur, perlulah menjalani prosedur scope dimana satu kamera dimasukkan ke dalam dubur untuk melihat keadaan dalam dubur dan usus besar.

7. Rawatan

Rawatan hernia terbahagi kepada dua iaitu rawatan konservatif ataupun pembedahan

Rawatan konservatif

Rawatan konservatif bermaksud kita tidak melakukan apa-apa prosedur ataupun pembedahan untuk benar-benar menyembuhkan masalah tersebut. Rawatan kita lebih kepada memerhati hernia tersebut adakah ia semakin besar ataupun mendatangkan simptom-simptom seperti usus tersumbat(obstructed hernia) ataupun usus terperangkap di dalam kantung(incacerated hernia)

Terdapat juga satu alat yang berbentuk seperti kekuda. Ia seperti tali pinggang tetapi diikat pada peha yang berdekatan dengan angin pasang tersebut. Ia berfungsi untuk menahan usus dan kandungan dalam abdomen daripada terkeluar.

Akan tetapi jika benjolan hernia semakin besar ataupun terlalu sakit dibahagiant tersebut, pesakit perlulah dibawah berjumpa dengan doktor
Pembedahan

Beberapa indikasi untuk melakukan pembedahan bagi pesakit angin pasang adalah:

  • Benjolan angin pasang yang besar dan mempunyai risiko untuk terpusing menyebabkan pangkal usus tersebut tercekik.
  • Benjolan angin pasang yang tidak boleh disurutkan.
  • Benjolan yang berasa sakit
  • Angin pasang pada kanak-kanak

Pembedahan ini boleh dilakukan secara membuka terus bahagian abdomen ataupun melakukan pembedahan secara laparoskop. Iaitu kamera dimasukkan ke dalam abdomen melalui lubang yang kecil dan pembedahan dilakukan tanpa melibatkan pembukaan abdomen secara besar.

Dalam pembedahan angin pasang, usus akan dikeluarkan dan dimasukkan balik ke dalam abdomen. Manakala dinding otot yang telah terbuka akan dibaiki semula ataupun diletakkan satu jaringan supaya usus tidak boleh keluar daripada abdomen tersebut.

Terdapat beberapa kes dimana angin pasang berlaku semula selepas beberapa ;tahun pembedahan tetapi ianya sangat jarang berlaku.

 

Rujukan:

  1. Manthey DE. Abdominal hernia reduction. Clinical Procedures in Emergency Medicine. 2003.
  2. Brandt ML. Pediatric hernias. Surg Clin North Am. 2008 Feb. 88(1):27-43, vii-viii.
  3. Katz DA. Evaluation and management of inguinal and umbilical hernias. Pediatr Ann. 2001 Dec. 30(12):729-35.
  4. Levine BJ, Nabha S, Bouzoukis JK. Chronic inguinal hernia. J Emerg Med. 1999 May-Jun. 17(3):515-6.
  5. Matthews RD, Neumayer L. Inguinal hernia in the 21st century: an evidence-based review. Curr Probl Surg. 2008 Apr. 45(4):261-312.
  6. Bobrow RS. The hernia. J Am Board Fam Pract. 1999 Jan-Feb. 12(1):95-6
  7. Wants GE. Abdominal wall hernias. Schwartz SI, Shires GT, Spencer FC, eds. Principles of Surgery. 6th ed. 1994.
  8. Mensching JJ, Musielewicz AJ. Abdominal wall hernias. Emerg Med Clin North Am. 1996 Nov. 14(4):739-56