Jenis-jenis batu karang

Terdapat beberapa jenis batu karang. Tetapi kami hanya akan membincangkan 4 jenis batu karang yang selalu berlaku sahaja.

1. Batu karang kalsium

Batu jenis ini merangkumi 75% batu karang yang selalu terbentuk. Kajian awal menyatakan diet yang rendah protein dan makanan yang kurang garam adalah bagus untuk pesakit yang mempunyai jenis batu karang kalsium kerana ia boleh mengelakkan batu tersebut daripada terbentuk.

Walaupun batu tersebut terbentuk daripada kalsium, tetapi kajian menunjukkan pengambilan kalsium melalui diet boleh mengelakkan terjadinya batu karang jenis ini. Kerana ia boleh bergabung dengan kompaun oxalate di dalam makanan yang menjadi punca kepada batu karang. Apabila dua kompaun ini bergabung, ia tidak boleh diserap dan akan dikeluarkan melalui usus.

Tetapi pengambilan supplement kalsium yang berlebihan pula menunjukkan adanya risiko untuk mengalami penyakit batu karang.

Beberapa penyakit yang menyebabkan jenis batu seperti ini

  • Hyperparathyroidism – penyakit yang melibatkan hormone parathyroid tinggi
  • Peningkatan serapan kalsium daripada usus
  • Hypocitraturia – Kurangnya kompaun citrate dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang
  • Hypomagnesuria – Kurangnya kompaun magnesium dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang

2. Batu Struvite ( Magnesium ammonium phosphate)

Batu struvite merangkumi 15% batu karang yang selalu terjadi. Ia selalunya mempunyai kaitan dengan jangkitan kuman di bahagian saluran air kencing. bakteria yang selalu menyebabkan kehadiran batu ini adalah Proteus, Pseudomonas dan spesies Klebsiella.

Kesemua bakteria tersebut mampu menguraikan urea yang banyak dalam air kencing menjadi ammonia. Ammonia ini akan bergabung dengan magnesium dan phosphate untuk membentuk batu karang.

Disebabkan batu ini terbentuk dengan kehadiran bakteria, pesakit selalunya akan mengadu simptom air kencing kotor seperti sakit ketika membuang air kencing dan rasa tidak puas selepas membuang air kencing

3. Batu asid urik

Batu asid urik selalunya berlaku dalam 6%. Ia mempunyai kaitan dengan pH air kencing yang kurang daripada 5.5, mengambil diet yang tinggi kandungan purine(Seperti organ dalaman, ikan bilis, makanan laut dan beberapa jenis makanan lagi) ataupun pesakit yang mempunyai kanser.

Gout juga merupakan salah penyakit yang mempunyai kaitan dengan batu karang jenis asid urik. Kerana dalam pesakit gout, darah mereka mempunyai kandungan asik urik yang tinggi dan ia menyebabkan asid urik itu terkumpul di dalam saluran air kencing dan membentuk batu.

4.Batu cystine

Ia melibat 2% penyebab kepada batu karang. Ia melibatkan masalah metabolik dalam badan hingga menyebabkan penyerapan cystine di dalam buah pinggang tidak berlaku secara efektif. Hasilnya kepekatan cystine dibuah pinggang menjadi tinggi hingga menyebabkan terbentuknya kristal yang akan menjadi batu karang.

 

Komplikasi

Komplikasi serius disebabkan batu karang adalah:

  1. Pembentukan nanah pada buang pinggang
  2. Jangkitan teruk yang merosakkan buah pinggang
  3. Kebocoran saluran ureter
  4. Jangkitan kuman di dalam darah
  5. Kegagalan buah pinggang disebabkan sumbatan yang kronik

Penyiasatan

Apabila seseorang itu mengalami simptom seperti penyakit batu karang, ada beberapa cara yang perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran batu karang tersebut.

1. Pemeriksaan air kencing seperti Urine full examination and micorscopic examination(UFEME)

Selalunya pemeriksaan air kencing jenis ini boleh melihat kehadiran sel darah merah, sel darah putih, kuman di dalamnya, kehadiran kompaun ketone, bilirubin dan beberapa perkara lagi yang boleh diperiksa

Bagi pesakit yang di suspek mempunyai batu karang, perkara pertama yang perlu diperiksa adalah air kencing pesakit itu sendiri. Kebanyakkan pesakit yang mempunyai penyakit batu karang ini akan mempunyai sel darah merah di dalam air kencingnya. Walaupun ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar, pemeriksaan seperti UFEME ini mampu mengesan kehadiran darah tersebut

Kadang- kadang, wujud juga kehadiran sel darah putih di dalam air kencing tersebut. Ia mungkin disebabkan iritasi yang berlaku pada dinding saluran air kencing. Ia juga mungkin disebabkan batu itu menjadi perumah kepada kuman dan menyebabkan sel darah putih keluar untuk melawan kuman di batu karang tersebut.

pH air kencing juga boleh diukur dan daripada pH tersebut kita boleh menentukan batu karang jenis apa yang seseorang itu ada. Sebagai contoh jika pH kurang daripada 5, selalunya seseorang itu mempunyai batu karang jenis asid urik. Manakala, jika pH melebihi 7, dia mungkin mempunyai batu karang jenis Struvite

2. X-ray

Majoriti daripada batu karang boleh dikesan dengan melakukan x ray bahagian abdomen untuk melihat kehadiran batu karang sama ada di buah pinggan, saluran ureter mahupun pundi kencing(Kidney ureter bladder x ray).
Tetapi wujud sebanyak 15% batu karang yang tidak boleh dilihat daripada X-ray ini.

Ia terdiri daripada batu karang jenis asid urik dan cystine. Untuk jenis batu karang ini, ia boleh dilihat dengan menggunakan mesin ultrasound ataupun pengimbas CT(CT scan

3. Pengimbas Ultrasound

Ultrasound boleh digunakan untuk mengesan kehadiran batu karang. Bahkan ia mampu mengesan kehadiran batu karang jenis asid urik dan cystine iaitu batu karang yang tidak boleh dikesan melalui X ray.

Jika pemeriksaan ultrasound tidak mengesan batu karang, ia bukan bermaksud seseorang itu 100% tidak mempunyai batu karang. Ini kerana keupayaan ultrasound adalah terhad dimana ia tidak boleh mengesan batu karang yang saiznya kurang daripada 5mm.

Selain daripada itu, ultrasound juga boleh memeriksa struktur buah pinggang samada bermasalah ataupun tidak. Bagi pesakit yang mempunyai sumbatan yang kronik, selalunya buah pinggang akan menunjukkan saiz yang besar.

Selain daripada itu kita juga mempunyai mesin yang lain untuk mengesan kehadiran batu karang seperti pengimbas CT(CT-scan). Tetapi cukuplah kita tahu bahawa untuk memastikan seseorang itu mempunyai batu karang ataupun tidak, ia perlu dimulakan dengan pemeriksaan air kencing dan juga pengimejan seperti x-ray ataupun ultrasound.

Rawatan

Rawatan bergantung kepada keadaan pesakit yang datang. Jika ia diserang sakit yang teruk disebabkan batu karang tersebut, maka rawatan yang diperlukan adalah lain

Selalunya pesakit akan mengadu sakit yang melampau sehingga mana pesakit hanya mampu berbaring di atas katil sahaja. Rawatan untuk pesakit seperti ini adalah:

1. Penggunaan ubat

1.1. Ubat tahan sakit

Ubat yang selalu diberikan ketika di jabatan kecemasan adalah jenis ‘non steroidal anti-inflammatory drugs’ iaitu diclofenac. Menurut kajian, nSAIDS juga telah terbukti menyebabkan saluran ureter relaks dan ia mengurangkan kesakitan pesakit tersebut.

Jika pesakit masih sakit, selalunya doktor di jabatan kecemasan akan memberi ubat yang lebih kuat seperti morphine dan sebagainya. Pesakit juga mungkin akan dimasukkan ke dalam hospital untuk merawat sakit tersebut.

Jika rasa sakit hilang, pesakit boleh balik dan mungkin akan diberikan rujukan kepada jabatan pembedahan untuk rawatan yang seterusnya di klinik pakar mereka.

1.2 Ubat tahan muntah

Selain daripada itu, Ubat tahan muntah juga akan diberikan jika pesakit mengalami simptom muntah-muntah.
Ubat antibiotik

1.3 Ubat antibiotik

Ubat seperti antibiotik pula akan diberikan jika pesakit mempunyai simptom seperti kencing kotor ataupun jika pemeriksaan air kencing menunjukkan pesakit mempunyai jangkitan kuman pada tempat air kencing.

1.4 Ubat untuk melarutkan batu karang

Batu karang jenis asid urik dan juga cystine mudah dilarutkan dengan penggunaan ubat yang boleh mengalkalikan air kencing. Ubat yang sesuai untuk kes ini adalah penggunaan potassium citrate. Walaupun seseorang itu mempunyai batu sebesar 1cm, ia masih boleh dilarutkan dengan menggunakan ubat ini.

Tetapi pH air kencing perlulah dikawal supaya tidak melebihi 7.5. Ini kerana ia pula boleh menyebabkan pembentukan batu jenis kalsium pula.

2. Rawatan yang melibatkan prosedur pembedahan

  1. Pemasangan saluran untuk membuatkan saluran ureter tidak tersumbat(Stent placement)
  2. Percutaneous Nephrostomy– Pemasangan tiub daripada belakang badan terus ke bahagian buah pinggang untuk mengalirkan air kencing. Ia mungkin dilakukan jika pesakit penggunaan stent tidak sesuai terutamanya pesakit yang mempunyai batu yang sudah dijangkiti dengan kuman.
  3. Extracorporeal Shockwave lithotripsy(ESWL) – adalah sejenis prosedur yang tidak memerlukan pembedahan. Dimana ia menggunakan gelombang bunyi yang berkuasa tinggi untuk memecahkan batu tersebut.
  4. Ada beberapa procedur lain yang boleh dibuat untuk merawat penyakit batu karang ini seperti pembedahan untuk mengeluarkan batu tersebut. Tetapi ia jarang dilakukan kerana telah wujudnya kaedah ESWL yang mampu memecahkan batu tanpa melakukan pembedahan

Setiap prosedur mempunyai keperluan tersendiri. Perbincangan dengan pakar pembedahan perlu dibuat untuk menentukan prosedur mana yang perlu dibuat

 

Rujukan

  1. Pearle MS, Calhoun EA, Curhan GC. Urologic diseases in America project: urolithiasis. J Urol. 2005 Mar. 173(3):848-57
  2. Borghi L, Schianchi T, Meschi T, Guerra A, Allegri F, Maggiore U, et al. Comparison of two diets for the prevention of recurrent stones in idiopathic hypercalciuria. N Engl J Med. 2002 Jan 10. 346(2):77-84
  3. Worcester EM, Coe FL. Nephrolithiasis. Prim Care. 2008 Jun. 35(2):369-91, vii.
  4. Middleton WD, Dodds WJ, Lawson TL, Foley WD. Renal calculi: sensitivity for detection with US. Radiology. 1988 Apr.167(1):239-44
  5. Zeynep Gul and Manoj Mongacorresponding author. Medical and Dietary Therapy for Kidney Stone Prevention Korean Urol. 2014 Dec; 55(12): 775–779.Published online 2014 Nov 28. doi: 10.4111/kju.2014.55.12.77