Skip to content

Cakera Intervertebra (Intervertebral disc)

Intervertebral disc ataupun cakera intervertebra adalah struktur yang wujud di antara tulang belakang yang bertindak seperti penyerap hentakkan dan juga membenarkan sedikit pergerakkan. Ia bertindak seperti kusyen supaya hentakkan yang disebabkan lompatan ataupun pergerakkan badan dapat diserap dan mengelakkan daripada kecederaan tulang belakang.

Struktur Cakera Intervertebra

Ia mengandungi lapisan luar yang diselaputi oleh sejenis tisu fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus Fibrosus’ dan ia mengelilingibahagian dalam yang bersifat seperti gel iaitu ‘Nucleus Polposus’.

Annulus fibrosus mengandungi beberapa lapisan fiber dan mampu menahan tekanan yang tinggi. Manakala, nucleus polposus pula berfungsi untuk menyama-ratakan tekanan yang dihadapi oleh tulang belakang. Oleh itu, ia mampu menyerap hentakkan dan mengelakkan daripada kedua-dua tulang belakang berlanggar antara satu sama lain.



Disamping itu, Cakera intervertebra juga terlibat dalam memberikan ketinggian pada seseorang. Jika air di dalam cakera intervertebra semakin kurang, maka ketinggian pun akan semakin kurang sebagai contoh dalam orang tua.

Kepentingan klinikal

Herniasi cakera(herniation)

Herniasi cakera ataupun yang selalu dipanggil sebagai ‘slipped disc‘ selalu berlaku apabila ketidak seimbangan tekanan yang dikenakan pada tulang belakang menyebabkan bahagian ‘annulus fibrosus’ terkoyak dan mengeluarkan bahagian dalam iaitu nucleus polposus.

Ia selalu dikaitkan dengan postur badan yang tidak baik berserta cara angkat barang yang salah. Ini menyebabkan tekanan pada cakera tulang belakang menjadi tidak sekata dan mengoyakkan annulus fibrosus. Nucleus polposus pula terkeluar daripadanya dan menghimpit saraf dibahagian tulang belakang. Inilah yang menyebabkan simptom slip disc seperti sakit bahagian belakang dan juga kebas pada bahagian kaki

Degenerasi cakera(degeneration)



Apabila umur semakin tua iaitu 40tahun ke atas, 25% daripada mereka menunjukkan degenerasi pada satu tingkat ataupun lebih tingkatan tulang belakang. Degenerasi adalah adalah proses penuaan pada sesuatu tisu sebagai contoh dalam hal ini, proses penuaan pada cakera intervertebra yang menyebabkan beberapa perkara iaitu:

  • Kurangnya air dalam Nucleus Polposus
  • Tumbuhnya tulang ‘osteophyte’ pada sisi tulang belakang menunjukkan wujudkan geseran diantara tulang belakang
  • Apabila kurangnya air dalam nucleus polposus, maka kesegahan cakera intervertebra berkurangan dan menyebabkan ketinggian seseorang itu semakin kurang apabila semakin tua.

Bukan setakat itu sahaja, jika tulang ‘osteophyte’ yang tumbuh itu menekan kawasan saraf tulang belakang, ia akan menjadi salah satu punca yang boleh menyebabkan rasa kebas dan sakit pada bahagian tulang belakang hingga ke bahagian kaki.

Degenerasi ini akan menyebabkan tulang belakang menjadi keras dan susah untuk bergerak. Ia juga akan menyebabkan ketinggian seseorang semakin berkurangan.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − 14 =