Minum air banyak

Salah satu penyebab kepada pembentukkan batu karang adalah kencing yang pekat disebabkan kurangnya minum air. Apabila kencing pekat, kompaun di dalam air kencing boleh mendekati satu sama lain dan membentuk batu.

Minuman seperti kopi, teh dan jus buah masih dibolehkan untuk mereka yang mempunyai masalah batu karang. Tetapi minuman yang mengandungitomato, anggur dan kranberi perlu dielakkan. Ini kerana tomato mempunyai unsur natrium yang tinggi. Ini akan menyebabkan lebih banyak kalsium yang disingkirkan ke dalam air kencing menyebabkan batu jenis kalsium mudah terbentuk.

Manakala buah anggur dan kranberi pula mempunyai kandungan kompaun oxalate yang tinggi. Kompaun oxalate merupakan salah satu kompaun yang menjadi penyebab kepada terhasilnya batu

Minuman air berkarbonat juga merupakan salah satu penyebab kepada batu karang terutamanya minuman cola. Kerana kebanyakkan air cola mengandungi asik fosforik yang merupakan punca kepada pembentukan Batu Karang

1/6