Ambil makanan yang mengandungi kalsium

Ramai yang menganggap pengambilan kalsium akan menyebabkan terhasilnya batu karang kerana majoriti batu yang terhasil mengandungi kalsium. Tetapi kajian menunjukkan mereka yang mengambil kalsium yang rendah di dalam dietnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi masalah batu karang berbanding yang mengambil kalsium.

Ini disebabkan diet yang kurang kalsium akan menyebabkan kompaun oxalate lebih senang diserap di dalam usus. Kompaun oxalate yang tinggi ini kemudiannya akan disingkir melalui buah pinggang dan disitulah batu akan terbentuk disebabkan kehadiran kompaun oxalate ini. Kehadiran kalsium di dalam diet permakanan pula akan menyebabkan dua kompaun ini bergabung dan tidak diserap oleh usus.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah lebih digalakkan berbanding pengambilan supplement. Ini kerana kajian menunjukkan pengambilan suplemen kalsium mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit batu karang berbanding mereka yang mengambil kalsium daripada sumber makanan sahaja.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti makanan yang berasaskan tenusu seperti susu dan keju. Selain daripada itu, susu soya, tofu, sardine dan almond juga mempunyai kandungan kalsium yang sesuai untuk kita.

3/6