Ambil suplemen minyak ikan

Minyak ikan yang mengandungi lemak omega 3 yang tinggi dikatakan boleh mengelakkan pembentukan batu kerana ia mengurangkan pengkumuhan kalsium melalui buah pinggang malah meningkatkan kandungan citrate di dalam air kencing. Kedua-dua perkara ini akan mengelakkan daripada terjadinya batu karang

Manakala pengambilan lemak haiwan dan juga minyak yang mengandungi omega 6 yang tinggi dikatakan meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit tersebut.

Ikan yang mengandungi lemak omega 3 yang tinggi dan bagus untuk mengelakkan pembentukan batu karang adalah ikan salmon, tuna, mackerel dan juga sardin.

Tetapi bagi yang mempunyai gout, makanan yang berasaskan makanan laut perlu dielakkan untuk mengelakkan serangan gout.

6/6