Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menyebabkan najis menjadi lebih lembut, besar dan mudah untuk dibuang. Perkara ini akan membuatkan najis lebih mudah untuk digerakkan dan dikeluarkan daripada badan.

Anda juga tidak perlu meneran dengan kuatnya untuk mengeluarkan najis tersebut dan dapat mengelakkan buasir daripada berlaku.

Elakkan pertambahan sayur yang sangat banyak secara tiba-tiba kerana ia juga boleh menyebabkan masalah angin(anda akan selalu buang angin/kentu). Tambahkan sayur dalam diet anda sedikit demi sedikit

1/7