Ambil air yang secukupnya untuk badan

Pengambilan air yang mencukupi boleh membantu dalam melembutkan najis. Individu yang kurang minum air pula akan menyebabkan badan menyerap lebih banyak air daripada najis di dalam usus. Ini akan membuatkan najis menjadi keras dan susah untuk dikeluarkan daripada badan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ambil air sebanyak 5-6 gelas sehari bergantung kepada berat badan dan juga kerja yang anda lakukan pada hari tersebut. Jika anda berkerja dibawah cahaya matahari yang terik, anda perlulah lebih pengambilan air pada hari tersebut

2/7