Bersihkan kemaluan daripada bahagian hadapan ke bahagian belakang

Bakteria yang menyebabkan jangkitan kuman pada saluran air kencing (kencing Kotor) adalah berada pada kawasan tempat buang air besar iaitu dibahagian belakang. Membersihkan kawasan tersebut dengan cara yang tidak betul akan menyebabkan anda lebih mudah menghadapi kencing kotor.

Cara yang betul untuk membasuh kawasan tersebut adalah dengan membasuh bahagian hadapan terlebih dahulu dan airnya ditolak terus kebahagian belakang. Jika ingin menggunakan tisu untuk mengeringkan kawasan tersebut juga sama. Ia perlu di lap pada bahagian tersebut membawa ke bahagian belakang untuk mengelakkan bakteria daripada tempat buang air besar memasuki saluran air kencing.

1/5