Mandi gunakan pancutan air berbanding berendam

Bagi kaum wanita, adalah lebih baik mandi menggunakan ‘shower’ iaitu menggunakan pancutan air berbanding berendam di dalam air untuk membersihkan badan. Ini kerana ia akan memudahkan lagi kuman masuk ke dalam kawasan kemaluan melalui air.

Malah mandi dengan cara berendam di dalam air juga akan membunuh organisma semula jadi di kawasan kemaluan yang berfungsi untuk melindungi kawasan tersebut daripada bakteria jahat. Ini akan menyebabkan bakteria lain boleh masuk ke dalam saluran air kencing dan menyebabkan jangkitan kuman pada tempat tersebut.

Tetapi untuk mandi sekali sekala, tidak menjadi masalah.

2/5