Pergi buang air ketika memerlukan

Rezeki jangan ditolak. Begitu juga dengan buang air. Ketika datangnya rasa buang air, anda dinasihati untuk terus membuang air kerana menahan kencing boleh meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan kuman. Ia akan memberi masa untuk bakteria membiak di dalam pundi kencing hingga menyebabkan simptom kencing kotor.

Anda juga dinasihati untuk membuang air selepas sahaja melakukan hubungan seks dengan pasangan. Ia bertujuan untuk membuang bakteria yang mungkin termasuk ke dalam saluran air kencing ketika melakukan hubungan seks.

3/5