Bersenam

Senaman dapat merembeskan hormon endorphine yang boleh mengurangkan rasa stress dan menyebabkan seseorang itu lebih rasa gembira. Malah ia juga boleh mengurangkan rasa sakit pada badan. Dengan senaman, seseorang itu boleh mengurangkan rasa stress yang menjadi salah satu punca kepada migrain.

Tetapi perlu diingatkan bahawa senaman yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu letih dan lesu. Keletihan yang berlebihan boleh menyebabkan migrain menyerang.

4/6