COVID-19: Simptom, Punca dan Rawatan

Home » Artikel Terbaru » Perubatan » COVID-19: Simptom, Punca dan Rawatan

COVID-19 merupakan penyakit yang menjangkiti saluran pernafasan seseorang. Ia boleh menyebabkan simptom yang sederhana seperti demam, batuk dan selesema sehinggalah simptom yang teruk seperti sesak nafas.

Isi kandungan
1. Pengenalan COVID-19
2. Simptom
3. Punca
4. Ujian pengesahan
5. Cara virus ini merebak
6. Kematian disebabkan penyakit ini
7. Rawatan COVID-19
8. Cara pencegahan
9. Negara yang terlibat
10. Soalan

Penyakit ini sangat mudah merebak sehingga menyebabkan ia diisytiharkan sebagai ‘Pandemic’

Pengenalan


Penyakit ini pertama sekali dijumpai di Wuhan, China dan sekarang telah merebak pada lebih daripada 120 negara termasuk Malaysia.

Virus ini telah dinamakan sebagai “SARS-CoV-2” dan penyakitnya pula dipanggil sebagai “Coronavirus disease 2019″(Nama pendeknya adalah COVID-19)

Pada 30 Januari 2020, WHO telah mengistiharkan wabak ini sebagai ” Public Health Emergency of International Concern” kerana wabak ini sangat mudah merebak.

Simptom COVID-19


Pesakit boleh mempunyai simptom yang sederhana dan tidak memberi kesan kepada pesakit sehinggalah simptom yang teruk dan boleh menyebabkan kematian.

Pesakit yang sudah terdedah dengan virus tersebut akan mempunyai simptom setelah 2 hingga ke 14 hari. Simptom tersebut adalah

Pesakit boleh sahaja mempunyai salah satu simptom ini tanpa mempunyai demam.


Perkhidmatan The Diagnosa:

Anda boleh bertanyakan soalan berkenaan masalah yang anda hadapi. Disamping itu, anda juga boleh membuat temujanji dengan klinik yang berdekatan dengan anda


Punca COVID-19


Coronavirus adalah daripada keluarga virus yang selalu menjangkiti haiwan seperti kelawar, unta, kucing dan ular.

Sebelum ini, coronavirus juga telah menyebabkan wabak seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Kesemua virus ini adalah berasal daripada kelawar.

Pada mulanya, kebanyakan daripada mereka yang dijangkiti penyakit ini mempunyai sejarah pergi ke pasar di Wuhan dimana dalam pasar ini mereka menjual makanan eksotik termasuk kelawar.

Kemudian, virus ini telah menjangkiti orang lain yang tidak pernah pergi ke pasar tersebut.

Ujian Pengesahan


Sampel yang wajib diambil daripada pesakit adalah sampel calitan daripada bahagian tekak. Sampel ini akan dihantar ke makmal khas seperti Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan(MKAK) di Sungai Buloh untuk menjalani Ujian.

Ujian yang selalu dijalankan adalah Real Time Polymerase Chain Reaction(Real Time-PCR) yang bertindak untuk mengesan genetik virus tersebut.

Cara virus ini merebak


Virus ini merebak daripada individu ke individu yang lain dengan cara:

  • Titisan air di dalam udara melalui batuk ataupun bersin daripada pesakit Covid-19
  • Individu yang dekat dengan pesakit ini(Close Contact)

Titisan air ini boleh berterbangan dan masuk ke dalam kawasan mulut dan hidung mereka yang dekat dengan pesakit. Kemudian ia membiak dan menyebabkan individu tersebut mengalami simptom yang dikatakan diatas.

Bolehkah seseorang yang tiada simptom menjangkiti orang lain?

Umum mengetahui bahawa hanya orang yang mempunyai simptom sahaja akan menjangkiti orang lain.

Tetapi individu yang tidak mempunyai simptom ini boleh sahaja menjangkiti orang lain jika barangan individu tersebut telah dicemari dengan virus ini.

Kematian disebabkan COVID-19


Penyakit MERS-CoV dan SARS-CoV mempunyai kadar kematian yang tinggi berbanding COVID-19. MERS-CoV mempunyai kadar kematian lebih kurang 45% dan SARS-CoV pula pada kadar 15%.

Manakala, COVID-19 pula mempunyai kadar kematian sebanyak 2%. Tetapi kadar jangkitan virus ini kepada orang lain adalah lebih tinggi.

Mereka yang berumur serta mempunyai masalah jantung, paru-paru dan kencing manis sebagai contoh mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding orang lain.

Pada 17 Mac 2020, 2 kematian telah diisytiharkan oleh KKM berpunca daripada penyakit ini.

Rawatan


Buat masa sekarang, tiada lagi rawatan antiviral yang spesifik digunakan untuk merawat penyakit ini.

Pesakit yang menghadapi penyakit COVID-19 perlu diberikan rawatan sokongan untuk mengurangkan simptom.

Jika simptom pesakit teruk seperti sesak nafas disebabkan kurang oksigen, rawatan sokongan melalui pemberian oksigen perlu diberikan kepada pesakit.

Sistem imun pesakit sendiri akan bertindak untuk menghasilkan antibodi untuk membunuh virus tersebut dan pesakit akan sembuh dengan sendirinya.

Cara untuk mengelakkan penyakit ini


Pada masa sekarang, tiada lagi vaksin untuk penyakit ini. Cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengelakkan diri daripada terdedah dengan virus.

Walaubagaimanapun, anda juga disyorkan untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan ini. Ia adalah:

  • Elakkan daripada berjumpa dengan orang sakit
  • Elakkan daripada memegang bahagian mata, hidung dan mulut.
  • Duduk dirumah jika anda tidak sihat
  • Tutup mulut menggunakan tisu jika anda batuk atau bersin
  • Pihak CDC daripada WHO hanya menggalakan mereka yang mempunyai simptom sahaja untuk memakai facemask.
  • Sentiasa basuh tangan anda menggunakan sabun selama 20 saat terutamanya apabila pergi ke tandas, sebelum makan dan juga ketika anda batuk atau selesema.
  • Jika tiada sabun, anda digalakan menggunakan hand sanitizer yang mempunyai alkohol sebanyak 60%.

Negara yang sedang mengalami jangkitan COVID yang aktif


Terdapat beberapa negara yang sedang mempunyai jangkitan yang aktif di dalam negara mereka. Negara tersebut adalah:

  • China
  • Korea Selatan
  • Jepun
  • Iran
  • Itali
  • Sepanyol
  • Jerman
  • Perancis
  • Switzerland

Anda perlulah mengelakkan diri daripada melawati mana-mana negara ini kerana anda mempunyai risiko yang tinggi untui dijangkiti penyakit COVID-19.

Apa yang perlu anda buat jika baru balik dari negara-negara ini?

Anda boleh bekerja seperti biasa jika anda tidak mempunyai sebarang simptom. Terdapat beberapa syarikat yang memberikan cuti sebanyak 14 hari ketika mereka baru balik daripada negara tersebut. Tetapi ini bergantung kepada budi bicara tempat kerja anda.

Tetapi jika anda mempunyai simptom dalam masa 14 hari selepas anda sampai ke Malaysia, anda perlulah pergi ke fasiliti kesihatan yang terdekat).

Anda juga perlu beritahu kepada staf di bahagian hadapai fasiliti tersebut bahawa anda mempunyai sejarah pergi ke negara yang terlibat dan mempunyai simptom tersebut.

Rujukan:

  1. Coronavirus Disease 2019(COVID-19). https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html

0 0 vote
Article Rating
Ikut perbincangan ini
Hantar notifikasi jika
guest
7 Comments
Komen Terdahulu
Komen Terbaru Undian Terbanyak
Inline Feedbacks
View all comments
Cecilia Eva Magdalene Litah Flavius
Cecilia Eva Magdalene Litah Flavius
2 Bulan lalu

Hai doc.. Berhubung dengan kenyataan WHO bahawa hanya mereka yang dijangkiti virus Covid-19 sahaja boleh menggunakan facemusk dan bolehkah jika mereka yang tidak dijangkiti virus tersebut menggunakan facemusk untuk menghalang virus menjangkiti mereka? Terutama sekali apabila berada di airport..

Mohd Hariz bin Naim
Mohd Hariz bin Naim
2 Bulan lalu

Ada article dari scientific journal dah published yang mana mereka merawat pesakit covid menggunakan ubat HIV seperti Retrovir dan Interferon. Adakah ubat2 tersebut terdapat di Hospital kerajaan?

Mohd Fadhir Abdul Kadir
Mohd Fadhir Abdul Kadir
2 Bulan lalu

Saya rasa tak sedap badan , rasa macam nak deman suhu badan ranges dari 35.5 hingga 37 ( turun naik yg consistance 36.7) . Rasa macam nak sakit tekak tapi belum lagi . Dah ,masuk hari kedua saya rasa macam ni ( start Mar 21). Hari ni Mar 22 perut saya rasa x sedap , buang ait besar normal .Tiada masaalah pernafasan setakat ini , Saya tinggal di Shah Alam ( U10 ) dan tiada hubungan dgn mana pesakit yang confirm covid 19, tabligh atau pernah ke laur negara dalam masa 2 bulan lepas.

Adakah in simtom convid 19? Ape nasihat doktor .

zurina ismail
zurina ismail
8 Hari lalu

Assalam saya dah 2 hari sakit kepala dan disertai dengan demam.. adakah alami demam biasa disebabkan cuaca panas