Skip to content

Iberet folic-500: Fungsi, Kesan Sampingan dan Dos

Ubat Iberet merupakan salah satu suplemen yang selalu diberikan kepada wanita hamil terutamanya mereka yang sedang mengalami masalah kekurangan darah merah.

Jika dibandingkan dengan obimin dan Zincofer, Iberet mempunyai jumlah elemen zat besi yang sederhana iaitu 100mg dalam satu tablet. Zincofer mengandungi 115mg dan Obimin pula mengandungi 30mg.

Jadi, apabila seseorang wanita hamil itu mengalami sel darah merah, pesakit akan diberi obimin terlebih dahulu jika bacaan Haemoglobin nya(Hb) tidak terlalu rendah. Jika Hb nya masih tidak naik, kita akan tukar kepada Iberet. Dan jika bacaannya masih sama, barulah kita akan berikan ubat Zincofer.



Walaupun terdapat zat besi di dalam diet yang kita ambil, tetapi wanita hamil masih memerlukan suplemen supaya Hb dapat bertambah ke bacaan yang normal sebelum proses kelahiran.

Bacaan Hb yang rendah mendedahkan risiko seseorang ibu itu kepada pendarahan yang teruk ketika melahirkan anak. Bahkan ia juga boleh menyebabkan pembesaran anak terbantuk ketika di dalam kandungan.

Dapatkan Suplemen Iberet disini

Fungsi dan kegunaan ubat Iberet

Ubat ini dijual dengan jenama Iberet-folic 500 dan ia mempunyai nutrien untuk menambahkan sel darah merah ibu serta nutrien untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.

Bagi wanita hamil yang tidak mempunyai masalah kurang darah merah, mereka boleh mengambil suplemen obimin bagi kandungan tersebut.

Suplemen Iberet ini digunakan hanya bagi mereka yang mengalami kekurangan darah merah.

1. Ferum Sulfate controlled release



Di dalam suplemen ini terdapat sebanyak 525mg Ferrous sulfate iaitu bersamaan 100mg elemen zat besi. Berbanding dengan Zincofer, terdapat 115mg elemen zat besi di dalamnya.

Oleh itu, Iberet adalah ubat kedua selepas Zincofer yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.

Fungsi zat besi yang tinggi ini adalah untuk merangsangkan dan juga memberi bahan penting bagi penghasilan sel darah merah. Ini penting supaya bacaan hemoglobin pesakit dapat menjadi normal sebelum kelahiran.

2. Vitamin B complex

Gabungan Vitamin B ini adalah penting untuk metabolisma sel dalam badan. Ia akan membenarkan tumbesaran yang cukup untuk baik supaya dia tidak dilahirkan dengan berat badan yang kurang.

3. Vitamin C

Pengambilan vitamin ini penting untuk menggantukan tisu yang rosak di dalam badan. Bahkan ia juga penting bagi penyerapan zat besi di dalam saluran pencernaan.

Kekurangan vitamin C dalam makanan, menyebabkan penyerapan zat besi terganggu

4. Asid folik

Asid folik juga penting untuk penghasilan darah merah. Kekurangan asid folik menyebabkan bilangan sel darah merah berkurangan.

Bahkan jika dibiarkan berterusan ketika hamil, anak juga boleh mendapat komplikasi spina bifida dimana hujung tulang belakang terbuka dan anak pula selalunya terencat.



Kesan sampingan Iberet

Jika ingin dibandingkan dengan obimin, selalunya Iberet lebih banyak menyebabkan kesan sampingan.

Pesakit selalunya akan mempunyai simptom ini:

Jika simptom-simptom tersebut wujud dan ianya teruk, sila pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor selalunya akan menukarkan jenis ubat yang anda abil ketika itu.

Mereka yang mengalami masalah selembit pula akan diberikan ubat pelembut najis agar mudah membuang air besar.

Seperti suplemen tambahan zat besi yang lain, ia akan menyebabkan najis berwarna hitam kerana zat besi yang berada di dalam ubat yang di ambil.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Dos dan Kandungan Suplemen ini

Terdapat beberapa bahan yang berada di dalam tablet Iberet ini. Ia adalah:

  • Ferum Sulfate Controlled release 525mg(bersaman 100mg elemen zat besi)
  • Vitamin C – 500mg
  • Vitamin B1 – 6mg
  • Vitamin B2 – 6mg
  • Vitamin B3 – 30mg
  • Vitamin B6 – 5mg
  • Asid folik – 800mcg
  • Calcium Pantothemate – 10mg

Dos: Pengambilan Iberet ini adalah 1 tablet dalam sehari.

Ia hanya akan di preskripsi oleh doktor jika anda mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Jika bacaan sel darah merah masih tidak meningkat juga, suplemen ini mungkin akan ditukar kepada suplemen Zincofer yang mempunyai elemen zat besi yang lebih banyak.



Jika sel darah masih rendah, selalu doktor akan membuat ujian darah bagi mengenal pasti punca kepada masalah tersebut kerana ia boleh disebabkan punca yang lain seperti talasemia.

Dapatkan Suplemen Iberet disini

Rujukan

  1. American College of Obstetricians and Gynecologists: Your
  2. Pregnancy and Childbirth: CDC: “Facts about Birth Defects” “Iron and Iron Deficiency.”
  3. Month to Month, “Nutrition During Pregnancy.”
  4. California Department of Public Health: “Folic Acid Vitamins.”
Advertisements

1 thought on “Iberet folic-500: Fungsi, Kesan Sampingan dan Dos”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + 12 =