Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama. Ianya adalah:

Penyiasatan

Terdapat beberapa cara penyiasatan yang digunakan untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai jangkitan paru-paru berserta mengetahui punca bakteria yang menyebabkan penyakit tersebut.

Kultur dan sensitiviti pada kahak dan darah pesakit

Kedua-dua sampel iaitu kahak dan darah pesakit merupakan sampel yang boleh diambil untuk mengetahui punca bakteria yang menyebabkan jangkitan paru-paru tersebut terutamanya sampel kahak.

Selalunya sampel ini akan diambil dan diperam untuk melihat pertumbuhan bakteria daripada sampel tersebut. Jika ada, bakteria tersebut akan dibiakkan lagi. Dari situ, jenis bakteria akan dilihat dan sensitivitinya pada beberapa jenis antibiotik akan diketahui.

Jika jenis antibiotik yang berkesan untuk membunuh bakteria tersebut sudah diketahui, selalunya doktor akan tukar antibiotik supaya sama dengan jenis antibiotik yang digunakan untuk membunuh bakteria daripada ujian tersebut.

Ujian darah yang lain

Terdapat ujian darah yang lain untuk mengetahui pesakit mempunyai jangkitan kuman atupun tidak. Ianya adalah

Full blood count: Ujian ini akan melihat jumlah darah secara keseluruhan untuk sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Pesakit yang mempunyai jangkitan paru-paru selalunya akan mempunyai jumlah sel darah putih yang tinggi

C-reactive protein: Pesakit yang mempunyai jangkitan kuman yang akut akan mempunyai bacaan c-reactive protein yang tinggi.

X-ray dada

Di dalam x-ray dada yang normal, selalunya paru-paru akan kelihatan gelap. Ini menunjukkan ia dipenuhi dengan udara. Tetapi bila berlakunya jangkitan kuman pada kawasan tersebut, ia akan menyebabkan warna dalam x-ray di bahagian paru-paru yang terlibat menjadi sedikit putih.

Ini menunjukkan kehadiran air yang terkumpul di dalam struktur alveoli disebabkan keradangan pada kawasan tersebut.

10. Rawatan Jangkitan Paru-paru

Rawatan yang selalunya diberikan kepada pesakit ada 2 perkara iaitu rawatan antibiotik dan juga rawatan sokongan

10. 1 Rawatan sokongan

Rawatan sokongan adalah rawatan yang diberikan kepada pesakit sementara menunggu pesakit baik daripada jangkitan kuman tersebut dengan bantuan antibiotik. Beberapa jenis rawatan sokongan adalah:

  • Pemberian oksigen: Pemberian oksigen adalah penting supaya kandungan oksigen dalam badan pesakit adalah normal dan akan menyebabkan pesakit menjadi selesa
  • Pemberian air melalui salur darah: Pesakit yang bernafas laju boleh menyebabkan air tersedak masuk ke dalam paru-paru ketika pesakit meminum air. Disebabkan perkara itu, ada beberapa pesakit yang dipuasakan untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku dan ia digantikan dengan air yang diberi melalui salur darah

10.2 Rawatan antibiotik

Bagi pesakit yang mempunyai jangkitan kuman pada paru-paru yang tidak teruk, pesakit boleh dirawat dirumah dan juga meneruskan pengambilan antibiotik.

Antibiotik yang selalunya diberikan kepada pesakit adalah ‘amoxycillin’ iaitu sejenis antibiotik dalam kumpulan beta-lactam. Bagi kanak-kanak yang tidak suka rasanya dan susah untuk mengambil antibiotik jenis itu, selalunya doktor akan menukarkan kepada antibiotik ‘augmentin’ iaitu gabungan amoxycillin dan juga asid klavulanik kerana rasanya yang manis

Jika pesakit masih lagi demam dan tidak baik lepas 3 hari, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan semula.

Pesakit yang dimasukkan ke dalam wad hospital adalah pesakit yang mempunyai indikasi sahaja seperti keadaan pesakit yang teruk, jauh daripada hospital, tiada kenderaan dan beberapa sebab yang lain.

Pesakit yang teruk selalunya akan diberikan antibiotik terus ke dalam salur darah. Jenis antibiotik pula bergantung kepada hospital. Lain hospital, lain penggunaan antibiotiknya bergantung kepada jenis bakteria yang selalu menyerang mereka yang berada di dalam kawasan tersebut

 

Rujukan:

  1. Musher DM, Thorner AR. Community-acquired pneumonia. N Engl J Med. 2014 Oct 23. 371 (17):1619-28
  2. Cunha BA. Swine Influenza (H1N1) Pneumonia: Clinical Considerations. Infect Dis Clin N Am. 2010. 24:203-228.
  3. Huijskens EG, Koopmans M, Palmen FM, van Erkel AJ, Mulder PG, Rossen JW. The value of signs and symptoms in differentiating between bacterial, viral and mixed aetiology in patients with community-acquired pneumonia. J Med Microbiol. 2014 Mar. 63 (Pt 3):441-52.
  4. Mandell LA, Wunderink RG, Anzueto A, Bartlett JG, Campbell GD, Dean NC, et al. Infectious Diseases Society of America/American Thoracic Society consensus guidelines on the management of community-acquired pneumonia in adults. Clin Infect Dis. 2007 Mar 1. 44 Suppl 2:S27-72.
  5. Postma DF, van Werkhoven CH, van Elden LJ, Thijsen SF, Hoepelman AI, Kluytmans JA, et al. Antibiotic treatment strategies for community-acquired pneumonia in adults. N Engl J Med. 2015 Apr 2. 372 (14):1312-23.
  6. Wunderink RG, Waterer GW. Clinical practice. Community-acquired pneumonia. N Engl J Med. 2014 Feb 6. 370 (6):543-51
  7. Blasi F, Tarsia P. Value of short-course antimicrobial therapy in community-acquired pneumonia. Int J Antimicrob Agents. 2005 Dec. 26 Suppl 3:S148-55.
  8. Dunbar LM, Khashab MM, Kahn JB, Zadeikis N, Xiang JX, Tennenberg AM. Efficacy of 750-mg, 5-day levofloxacin in the treatment of community-acquired pneumonia caused by atypical pathogens. Curr Med Res Opin. 2004 Apr. 20(4):555-63.
  9. Nakanishi M, Yoshida Y, Takeda N, Hirana H, Horita T, Shimizu K, et al. Significance of the progression of respiratory symptoms for predicting community-acquired pneumonia in general practice. Respirology. 2010 Aug. 15(6):969-74
  10. Sumber featured image: medicalxpress.com