Skip to content

Kanser Usus : Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser usus merupakan kanser ketiga yang kerap berlaku selepas kanser payudara bagi wanita. Bagi lelaki, ia adalah kanser yang berada pada tempat kedua tertinggi.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Bagaimana Kanser usus Berlaku
  3. Tanda Kanser usus
  4. Punca Kanser Usus
  5. Ujian pengesahan dan Saringan
  6. Rawatan
  7. Cara mencegah

Pengenalan

Perlu diketahui bahawa kebanyakan kanser usus (Kanser kolorektal) yang berlaku di negara ini selalunya dikesan apabila kanser tersebut telah berada pada peringkat akhir.

Disebabkan perkara tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghidap penyakit ini tidak dapat bertahan lama kerana rawatan bagi kanser yang berada pada tahap akhir adalah terhad kepada rawatan paliatif iaitu memberi keselesaan kepada pesakit sahaja.



Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan satu program sarigan kanser kolorektal(usus) untuk mengesan penyakit ini. Ia bertujuan untuk menyaring pesakit agar kanser pada tahap awal dapat dikesan dan dirawat terlebih dahulu untuk mengelakan ia semakin merebak.

Bagaimana Masalah Kanser Usus Berlaku?

Masalah ini bermula apabila terdapat perubahan yang berlaku pada genetik sel yang berada di kawasan usus. Perubahan tersebut akan menyebabkan sel membentuk polip iaitu satu unjuran yang tidak normal pada dinding usus.

Polip merupakan ketumbuhan yang terbentuk terlebih dahulu sebelum ia berubah menjadi kanser. Bila ia menjadi kanser, ia boleh merebak ke seluruh bahagian badan menyebabkan rawatan penyembuhan sukar untuk dilakukan.

Terdapat juga mereka yang berisiko untuk menghadapi masalah ini terutamanya mereka yang menghidapi masalah ‘Familial adenomatous polyposis’. 

Bagi pesakit ini, mereka akan lebih mudah menghadapi penyakit kanser kolorektal kerana usus mereka lebih mudah untuk mengalami penumbuhan polip berbanding mereka yang normal.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan tanda-tanda Kanser Usus



Beberapa simptom yang mungkin dihadapi oleh mereka yang menghadapi masalah kanser ini adalah:

  • Kekerapan buang air yang berubah-ubah. Contoh, pada bulan ini pesakit boleh buang air besar setiap hari. Tetapi pada tahun hadapannya, pesakit hanya boleh buang air besar seminggu sekali sahaja.
  • Najis berdarah
  • Asyik merasa penat
  • Muka menjadi pucat
  • Berat badan semakin berkurangan
  • Bahagian perut asyik merasa tidak selesa
  • Tenesmus: adalah simptom dimana pesakit akan rasa ingin membuang air besar walaupun tiada apa pun yang keluar.
simptom dan tanda kanser usus

Punca Kanser Usus

Pelbagai faktor yang mempengaruhi dan boleh menyebabkan sesorang itu berisiko untuk mendapat masalah kanser usus ini.

Penyakit kanser ini boleh disebabkan faktor genetik, faktor persekitaran dan juga masalah keradangan yang berlaku di bahagian usus individu yang terlibat.

Faktor genetik

Seseorang yang mempunyai masalah genetik ini akan berisiko untuk mendapat kanser usus dimasa hadapan. Masalah genetik tersebut adalah:

  • Familial adenomatous polyposis: Pesakit ini mempunyai risiko sebanyak 100% untuk menghadapi kanser ini ketika umurnya mencapai 40 tahun. Ia disebabkan dinding ususnya lebih mudah menumbuhkan polip berbanding. Polip yang dibiarkan akan bertukar kepada kanser yang ganas dan boleh merebak ke kawasan badan yang lain.
  • Heriditary Nonpolyposis Colon Cancer Syndrome: Bagi mereka yang menghadapi masalah ini, mereka juga mempunyai risiko sebanyak 40% untuk menghadapi perkara ini. Bahkan ia juga akan meningkatkan risiko seseorang itu menghadapi kanser di tempat buang air kencing dan juga kanser rahim.

Faktor Persekitaran/Diet

Terdapat kajian yang menunjukkan beberapa jenis makanan dibawah boleh meningkat risiko untuk seseorang itu mengalami kanser tersebut. Diet tersebut adalah:

  • Pengambilan daging merah yang terproses
  • Kurang serat(sayur) dalam makanan
  • Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sedikit di dalam diet

Faktor Keradangan



Terdapat 2 jenis penyakit keradangan usus yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghadapi kanser usus. 2 jenis penyakit tersebut adalah

  • Ulcerative colitis
  • Chron’s disease

Terdapat juga faktor risiko lain yang akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghadapi penyakit ini. Ia adalah:

  • Usia meningkat. Melebihi 50 tahun
  • Terdapat ahli keluarga yang mempunyai kanser
  • Obesiti
  • Merokok

Ujian Pengesahan bagi masalah ini

Pesakit yang mempunyai simptom kanser usus perlulah melakukan beberapa jenis ujian untuk mengetahui sama ada kanser usus itu wujud ataupun tidak.

Prosedur Kolonoskopi

Prosedur yang digunakan untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai kanser usus ataupun tidak adalah dengan menggunakan prosedur kolonoskop. Dimana, kamera akan dimasukkan melalui dubur untuk melihat secara keseluruhan kawasan usus besar.

Sebelum prosedur ini dilakukan, pesakit akan diminta untuk mengambil satu jenis ubat lawas buang air besar untuk mengeluarkan semua najis daripada usus besar. Ini akan memudahkan prosedur kolonoskopi dibuat dan keadaan dinding usus dapat dilihat dengan jelas.

Kawasan dinding usus yang tidak normal dan juga mempunyai polip akan diambil sampelnya melalui prosedur tersebut dan dihantar ke makmal. Sampel tersebut akan diperiksa sama ada mempunyai sel kanser ataupun tidak. Polip pula akan dibuang ketika melakukan prosedur tersebut. Ia boleh mengelakkan daripad polip tersebut berubah menjadi kanser.

Prosedur Pengimejan



Seseorang yang telah disahkan menghidapi kanser usus, perlulah dilakukan pengimejan secara menyeluruh untuk mengetahui sama ada kanser tersebut telah merebak ke tempat lain ataupun tidak.

Pengimejan yang boleh digunakan adalah seperti CT-scan, MRI dan juga Postiron Emission Tomography(PET). Setiap pengimejan ini akan ditentukan oleh doktor yang merawat pesakit tersebut.

Pengambilan Darah

Sampel darah boleh diambil untuk melihat keadaan pesakit secara amnnya. Ujian tersebut adalah:

  • Bilangan sel darah merah: Kanser usus boleh menyebabkan pendarahan yang kronik pada dinding usus. Walaupun ia tidak menyebabkan perubahan warna dalam najis, ia boleh menyebabkan sel darah merah dalam badan berkurangan.
  • Ujian Fungsi Hati: Kanser usus boleh merebak ke bahagian hati. Jika fungsi usus terjejas, ia mungkin menunjukkan bahawa kanser tersebut telah merebak ke bahagian usus.

Apakah terdapat Ujian Saringan Kanser Usus?

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan Ujian saringan Kanser Kolorektal(Usus).

Ia melibatkan individu yang berusia 50 hingga 70 tahun. Sekitar umur ini dipilih kerana kanser usus majoritinya berlaku ketika seseorang itu berumur dalam lingkungan 50-70 tahun. Dalam ujian ini, najis pesakit akan diambil dan diuji di dalam makmal. Jika terdapat darah di dalamnya, pesakit akan dirujuk ke pihak hospital untuk melakukan prosedur kolonoskopi.

Dengan melakukan ujian saringan ini, kanser ini dapat dikesan pada tahap yang lebih awal dan rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada pesakit. Malah ia juga dapat mengelakkan kanser daripada berlaku jika prosedur tersebut dapat mengesan ketumbuhan seperti polip dan membuangnya.

Rawatan Kanser usus

Terdapat beberapa jenis rawatan untuk masalah ini dan ia bergantung kepada tahapan kanser.



1. Pembedahan

Bagi kanser usus diperingkat awal, rawatan yang perlu dilakukan adalah dengan pembedahan bagi tujuan membuang kanser tersebut.  Pembedahan ini boleh dilakukan dengan cara menggunakan laparoskopik jika kanser tersebut kecil dimana kamera akan dimasukkan daripada abdomen dan satu lagi alat akan digunakan untuk memotong dan mengularkan kanser tersebut.

Tetapi jika kanser tersebut besar, abdomen pesakit perlulah dibelah dan dibuka untuk mengeluarkan kanser tersebut.

3. Rawatan Kemoterapi

Pengunaan kemoterapi akan ditentukan oleh doktor. Ia berfungsi untuk membunuh sel kanser yang masih ada di dalam badan.

2. Rawatan Paliatif

Bagi pesakit yang mengalami kanser tahap 4, rawatan yang akan diberikan kepada pesakit adalah rawatan paliatif dimana kita akan memberi keselesaan kepada pesakit. Sebagai contoh, jika pesakit muntah-muntah, ubat tahan muntah akan diberikan kepada pesakit.

Cara Untuk Mencegah

Beberapa perkara boleh dibuat untuk mengurangkan risiko untuk mengalami masalah ini. Perkara tersebut adalah”



  • Melakukan saringan Kanser Kolorektal
  • Melakukan perubahan pada gaya hidup

Anda perlulah melakukan perubahan dalam hidup anda untuk mengelakkan masalah kanser ini daripada berlaku. Ianya adalah dengan:

  • Mengurangkan berat badan
  • Sentiasa melakukan senaman supaya berat badan anda tidak berlebihan
  • Mengambil diet yang sihat. Kurangkan pengambilan daging merah yang telah diproses. Ini kerana ia boleh meningkatkan risiko kanser usus
  • Berhenti merokok
  • Berhenti mengambil alkohol

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. PDQ Adult Treatment Editorial Board. Colon Cancer Treatment–Health Professional Version. National Cancer Institute.
  2. Rex DK, Johnson DA, Anderson JC, Schoenfeld PS, Burke CA, Inadomi JM. American College of Gastroenterology guidelines for colorectal cancer screening 2009. Am J Gastroenterol. 2009 Mar. 104(3):739-50.
  3. Pala V, Sieri S, Berrino F, et al. Yogurt consumption and risk of colorectal cancer in the Italian European prospective investigation into cancer and nutrition cohort. Int J Cancer. 2011 Dec 1. 129(11):2712-9.
  4. Siegel RL, Fedewa SA, Anderson WF, Miller KD, Ma J, Rosenberg PS, et al. Colorectal Cancer Incidence Patterns in the United States, 1974–2013. J Natl Cancer Inst. 28 February 2017. 109
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 13 =