Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menyebabkan simptom yang sama. Ianya adalah:

Penyiasatan

Beberapa penyiasatan boleh dibuat untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai jangkitan kuman pada saluran kencing ataupun tidak. Spesimen yang selalu diambil daripada pesakit adalah air kencingnya.

Specimen air kencing yang bagus adalah apabila seseorang itu mengambilnya secara ‘mid-stream’. Ia boleh diambil dengan cara sesorang itu mula buang air terlebih dahulu dan spesimen itu di ambil pada aliran air bahagian tengah.

Ini kerana jika seseorang itu terus kencing di dalam bekas, spesimen itu akan tercemar dengan bakteria yang berada pada bahagian hujung salur air kencing.

1. Urine full examination and microscopic examination(UFEME)

Ujian ini merupakan salah satu ujian yang selalu dibuat di klinik kesihatan untuk melihat kandungan air kencing. Dalam ujian ini ia dapat menentukan sama ada air kencing tersebut mempunyai protein, gula, sel darah putih, sel darah merah, pH, nitrate dan beberapa perkara lagi.

Bagi pesakit kencing kotor, selalunya kencing mereka mesti mempunyai sel darah putih dan kehadiran kompaun nitrate. Kadang-kadang terdapat juga kehadiran sedikit sel darah merah dalam air kencing tersebut.

Jika air kencing tersebut mempunyai keputusan seperti diatas, bermaksud seseorang itu sedang mengalami kencing kotor.

2. Urine culture

Dalam siasatan ini, air kencing pesakit akan di ambil dan dikultur(culture). Ia bermaksud bakteria di dalam air kencing tersebut akan cuba dibiakkan. Apabila ia telah membiak, bakteria tersebut akan diuji pada beberapa jenis bahan dan antibiotik.

Kemudian, struktur nya juga akan dilihat dibawah mikroskop. Setelah mendapat keputusan semua ujian diatas, barulah jenis bakteria dapat diketahui dan antibiotik yang sesuai dapat ditentukan.

Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan sebelum spesimen air kencing seseorang itu dibuat’urine culture’. Ianya seperti pesakit yang kerap mengalami kencing kotor, mereka yang tidak sembuh selepas pengambilan antibiotik dan beberapa kriteria yang lain

3. Siasatan lain

Terdapat juga siasatan lain yang boleh dijalankan seperti Full Blood Count dan Renal Profile.

Full blood count adalah ujian darah untuk melihat bilangan darah. Dalam pesakit kencing kotor yang mempunyai simptom, selalunya sel darah putih akan lebih tinggi daripada biasa

Renal profile pula ujian darah untuk melihat fungsi buah pinggang. Ini kerana jangkitan kuman yang merebak ke bahagian buah pinggang boleh menyebabkan fungsinya terganggu.

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit yang mengalami jangkitan kuman pada tempat buang air kecil. Ianya adalah:

  • Orhcitis: Jangkitan kuman pada testis
  • Pyelonephritis: Jangkitan kuman pada buah pinggang
  • Sepsis: Jangkitan kuman yang merebak dalam darah. Ia juga dikenali sebagai urosepsis

Rawatan Kencing Kotor

Penggunaan antibiotik mampu mengurangkan simptom dan menyembuhkan pesakit dalam waktu beberapa hari. Akan tetapi, ia juga boleh menyebabkan kerintangan kepada antibiotik tersebut.

Bermaksud bakteria tersebut menjadi kebal dan tidak dapat dibunuh oleh antibiotik tersebut. Ia merupakan respons normal bakteria untuk melindungi dirinya.

Oleh sebab itu, penggunaan antibiotik hanyalah perlu diberikan kepada mereka yang memerlukan sahaja.

Penggunaan antibiotik

Terdapat beberapa pesakit sahaja yang perlu diberikan antibiotik

  • Pesakit yang mempunyai simptom kencing kotor
  • Pesakit yang tidak mempunyai simptom kencing kotor tetapi sedang mengandung

Bagi pesakit yang tidak mempunyai simptom tetapi ujian air kencing membuktikan ia mempunyai kencing kotor, antibiotik tidak perlu diberikan. Pesakit hanya perlu minum air dengan lebih banyak supaya bakteria tersebut dapat disingkirkan melalui air kencing.

Oleh itu, minumlah air selalu untuk mengurangkan kebarangkalian menghidapi kencing kotor terutamanya mereka yang sedang mengandung

Penggunaan ubat untuk mengalkalikan air kencing

Pesakit juga selalunya akan diberikan ubat untuk mengalkalikan air kencing. Ia bertujuan untuk merencat perkembangan bakteria dalam air kencing.

 

Rujukan:

  1. Gupta K, Hooton TM, Naber KG, et al. International clinical practice guidelines for the treatment of acute uncomplicated cystitis and pyelonephritis in women: A 2010 update by the Infectious Diseases Society of America and the European Society for Microbiology and Infectious Diseases. Clin Infect Dis. 2011 Mar. 52(5):e103-20
  2. Wagenlehner FM, Schmiemann G, Hoyme U, Fünfstück R, Hummers-Pradier E, Kaase M, et al. [National S3 guideline on uncomplicated urinary tract infection: recommendations for treatment and management of uncomplicated community-acquired bacterial urinary tract infections in adult patients]. Urologe A. 2011 Feb. 50(2):153-69.
  3. Abrahamian FM, Moran GJ, Talan DA. Urinary tract infections in the emergency department. Infect Dis Clin North Am. 2008 Mar. 22(1):73-87, vi.
  4. Little P, Turner S, Rumsby K, Warner G, Moore M, Lowes JA, et al. Dipsticks and diagnostic algorithms in urinary tract infection: development and validation, randomised trial, economic analysis, observational cohort and qualitative study. Health Technol Assess. 2009 Mar. 13(19):iii-iv, ix-xi, 1-73.
  5. Lane DR, Takhar SS. Diagnosis and management of urinary tract infection and pyelonephritis. Emerg Med Clin North Am. 2011 Aug. 29(3):539-52