Skip to content

Kencing Tikus (leptospirosis): Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Kencing tikus dalam istilah perubatan dipanggil sebagai penyakit leptospirosis. Ia dikaitkan dengan tikus kerana sesetengah tikus dijangkiti dengan bakteria ini dan selalunya ia merebak kepada orang lain melalui air kencing tikus tersebut. Walaubagaimanapun terdapat beberapa haiwan lagi yang boleh membawa bakteria ini dan menyebabkan jangkitan kepada manusia.

Pengenalan

Kuman yang menyebabkan penyakit kencing tikus ini adalah bakteria jenis spirochetes iaitu leptospira. Daripada bakteria leptospira inilah terhasil nama penyakit tersebut iaitu leptospirosis.

Jangkitan yang berlaku pada manusia dipanggil sebagai Zoonosis iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia. Perlu kita tahu jangkitan zoonosis yang paling tinggi di malaysia adalah jangkitan leptospirosis ini. Contoh zoonosis yang lain adalah seperti anjing gila.

Daripada Haiwan



Kuman leptospira ini boleh menjangkiti haiwan lain seperti burung, haiwan mamalia dan reptilia dan beberapa haiwan yang lain tanpa mempunyai apa-apa simptom. Akan tetapi berlainan daripada manusia, jarang bagi manusia boleh menjadi pembawa kepada bakteria ini tanpa mempunyai simptom.

Daripada Sungai

Walaupun diketahui bahawa kes ini berlaku pada kawasan yang terdedah dengan air kencing tikus, tetapi ia juga selalu berlaku apabila seseorang terlibat dengan aktiviti di dalam sungai ataupun tasik.

Di sungai atau tasik, selalunya kuman ini banyak terdapat pada gigi air. Ini kerana haiwan yang dijangkiti bakteria ini selalunya akan buang air berdekatan dengan gigi air.

Mereka yang selalu dijangkiti penyakit ini selalunya pada lingkungan umur 20 hingga 30 tahun. Ini kerana golongan inilah yang selalunya aktif bermain di kawasan sungai atau tasik.

Simptom dan Tanda Kencing Tikus

Kebanyakan simptom penyakit kencing tikus adalah sama seperti demam biasa. Simptom-simptom tersebut adalah:



Ada satu simptom yang selalunya dijumpai bagi penyakit ini. Ia adalah kelopak dalam mata yang kemerah-merahan(Conjunctval effusion). Jika pesakit mengalami jangkitan kuman yang teruk hingga memberi kesan kepada hati, selalunya pesakit akan mengalami kekuningan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Kencing Tikus

Penyakit kencing tikus berpunca daripada bakteria yang dinamakan sebagai leptospira. Ia memerlukan oksigen untuk hidup dan boleh bergerak menggunakan bulu yang halus pada hujung bakteria tersebut. Bulu tersebut dipanggil sebagai flagella.

Bakteria leptospira yang dilihat melalui mikroskop electron

Cara Jangkitan

1. Kuman dibawa oleh haiwan perumah

Kuman ini kebanyakkannya dibawa oleh haiwan mamalia sperti tikus, kucing, lembu, anjing, khinzir dan pelbagai haiwan mamalia yang lain. Tetapi haiwan mamalia utama yang menjadi perumah kepada bakteria ini adalah tikus. Ia menjadi punca utama jangkitan kencing tikus di seluruh dunia

Haiwan seperti ini dipanggil sebagian haiwan perumah kerana kebanyakannya tidak menghasilkan apa-apa simptom dah boleh hidup seperti biasa walaupun ia dijangkiti dengan kuman ini. Malah haiwan inilah yang menjadi punca merebaknya kuman ini kepada orang lain melalui air kencing yang dihasilkan oleh mereka.

Selalunya apabila haiwan ini dijangkiti dengan kuman tersebut, ia akan menetap di buah pinggang. Ia akan keluar berserta air kencing haiwan tersebut

2. Cara kuman ini menjangkiti manusia

Air kencing haiwan yang terlibat merupakan punca kepada masalah penyakit ini. Ia boleh memasuki badan manusia melalui.

  • Kulit yang melecet(abrasion)
  • Gigitan haiwan yang menjadi perumah kepada bakteria leptospira
  • Meminum air yang tercemar dengan bakteria leptospira
  • Bernafas dan menghirup udara yang mengandungi bakteria ini

Komplikasi

Kuman ini boleh memberi kesan dan merosakkan hati dan buah pinggang jika ia tidak dirawat dengan betul. Sebab itulah ada sesetengah pesakit akan mengalami kekuningan ketika mana organ hatinya sedang dirosakkan oleh kuman tersebut.



Beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh seseorang ketika mengalami penyakit ini adalah:

  • Kerosakan buah pinggang
  • Kerosakan hati
  • Keradangan ataupun jangkitan pada selaput otak(Meningitis)
  • Jangkitan pada organ pankreas(Acute Pancreatitis)
  • Keradangan ataupun jangkitan pada otot jantung(Myocarditis). Ini boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak normal dan boleh berhenti secara tiba-tiba.
  • Disseminated Intravascular Coagulopathy(DIVC): dalam masalah ini, sistem pembekuan darah mempunyai masalah dimana bahan-bahan yang perlu untuk pembekuan darah habis digunakan. Ini menyebabkan seseorang itu akan mengalami risiko pendarahan yang tinggi.

Penyakit Lain yang Berkaitan

Simptom-simptom yang terhasil disebabkan penyakit ini juga boleh merujuk kepada penyakit-penyakit lain. Ini kerana simptomnya sangat mirip dengan kebanyakan jenis penyakit seperti:

Rawatan Kencing Tikus

Rawatan pesakit adalah bergantung kepada keadaan pesakit ketika berjumpa dengan doktor. Jika pesakit dalam keadaan stabil dan tidak terlalu teruk, pesakit boleh dirawat dirumah dengan menggunakan antibiotik.

Antibiotik

Antibiotik yang selalu diberikan kepada pesakit adalah antibiotik Doxycycline dan juga amoxycillin. Ia diberi dengan tujuan untuk membunuh bakteria didalam badan pesakit.

Kemasukan Wad

Tetapi jika pesakit itu tidak stabil seperti mempunyai tekanan darah yang rendah, telah mempunyai kerosakan hati atau buah pinggang, pesakit perlulah dirawat di hospital dan dipantau secara kerap.

Antibiotik yang selalunya digunakan apabila pesakit masuk ke dalam wad adalah ceftriaxone.



Pencegahan

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Ia adalah:

  • Pastikan rumah ataupun tempat kerja bebas daripada tikus. Jika ada tikus, panggil pembunuh haiwan perosak untuk menyelesaikan masalah tersebut
  • Jika terdapat tikus ditempat kerja ataupun rumah, basuh semula bekas pinggan sebelum digunakan pada hari tersebut. Ini bertujuan untuk membersihkan sebarang air kencing tikus yang berada pada peralatan tersebut
  • Elakkan pergi ke tempat rekreasi air(sungai atau tasik) yang mempunyai sejarah pesakit yang mengalami kencing tikus
  • Jika mempunyai aktiviti air dikawasan tersebut, anda dinasihatkan untuk mengambil antibiotik sebelum melakukan aktiviti tersebut. Antibiotik yang disarankan adalah satu dose Doxycycline 200mg seminggu sebelum aktiviti air tersebut

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Palaniappan RU, Ramanujam S, Chang YF. Leptospirosis: pathogenesis, immunity, and diagnosis. Curr Opin Infect Dis. 2007 Jun. 20(3):284-92
  2. CDC. Outbreak of leptospirosis among white-water rafters–Costa Rica, 1996. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. 1997 Jun 27. 46(25):577-9.
  3. Socolovschi C, Angelakis E, Renvoisé A, Fournier PE, Marié JL, Davoust B, et al. Strikes, flooding, rats, and leptospirosis in Marseille, France. Int J Infect Dis. 2011 Oct. 15(10):e710-5.
  4. Inada R, Ido Y, Hoki R. The etiology, mode of infection, and specific therapy of Weil’s disease (spirochaetosis icterohaemorrhagica. J Exper Med. 1916. 23:377-402.
  5. Chierakul W, Tientadakul P, Suputtamongkol Y, Wuthiekanun V, Phimda K, Limpaiboon R, et al. Activation of the coagulation cascade in patients with leptospirosis. Clin Infect Dis. 2008 Jan 15. 46(2):254-60
  6. Delmas B, Jabot J, Chanareille P, Ferdynus C, Allyn J, Allou N, et al. Leptospirosis in ICU: A Retrospective Study of 134 Consecutive Admissions. Crit Care Med. 2018 Jan. 46 (1):93-99.
  7. Phimda K, Hoontrakul S, Suttinont C, Chareonwat S, Losuwanaluk K, Chueasuwanchai S, et al. Doxycycline versus azithromycin for treatment of leptospirosis and scrub typhus. Antimicrob Agents Chemother. 2007 Sep. 51(9):3259-63.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + six =