Ketumbit dalam masyarakat kita bermaksud pembentukan biji pada kelopak mata. Tetapi dalam istilah perubatan ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu

  1. Hordeolum: Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman pada kawasan folikel bulu mata(hordeolum luaran) ataupun kalenjar meibomian(hordeolum dalaman) yang terletak di belakang kelopak mata. Selalunya ia menyebabkan rasa sakit dibahagian yang terlibat dan mempunyai nanah
  2. Chalazion: adalah biji pada bahagian kelopak mata dan ia tidak mempunyai rasa sakit. Ia disebabkan kalenjar dibahagian kelopak mata yang tersumbat.

SimptomĀ 

Simptom bagi pesakit ketumbit jenis hordeolum adalah:

  • Sakit pada bahagian kelopak mata yang terlibat
  • Bengkak dan kemerah-merahan
  • Boleh mengeluarkan nanah
  • Jika teruk, boleh menyebabkan jangkitan yang teruk disekeliling mata (Periorbital cellulitis)

Simptom bagi pesakit ketumbit jenis chalazion adalah:

  • Biji pada bahagian kelopak mata yang tidak sakit
  • Tidak kemerahan

Punca ketumbit

Hordeolum

Punca yang selalunya menyebabkan ketumbit jenis Hordeolum adalah disebabkan jangkitan kuman bernama staphylococcus. Ia merupakan organisma yang normal di atas kulit kita. Tetapi apabila ia mampu memasuki kawasan yang lebih sesuai, ia akan menjangkiti kawasant tersebut seperti dalam kalenjar mata

Hordeola selalunya dijumpai pada pesakit seperti

  • Kencing manis
  • Blepharitis yang kronik: Jangkitan pada kelopak mata yang lama
  • Seborrhea

Chalazion

Chalazion berlaku apabila terdapat sumbatan pada kalenjar di bahagian mata. Ianya boleh dikaitkan dengan:

  • Kebersihan bulu mata yang kurang(sebagai contoh tidak membersihkan bulu mata setelah penggunaan kosmetik)
  • Penyakit seborrheic dermatitis
  • Blepharitis yang kronik
  • Trauma kepada kelopak mata

Perlu diketahui bahawa kedua-dua jenis ketumbit ini boleh berubah kepada satu sama lain. Chalazia boleh berubah menjadi hordeola ketika mana dijangkiti kuman. Manakala, hordeola pula boleh menjadi chalazia apabila nanah yang ada di dalam kalenjar tidak dibawa keluar hingga menyebabkan ia tersumbat dan menjadi chalazia pula.

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang menunjukkan simptom yang sama. Ianya adalah:

  • Konjunktivitis
  • Melanoma dibahagian konjunktiva
  • Papiloma di bahagian kelopak mata
  • Molluscum conatgiosum
  • Periorbital cellulitis

Rawatan ketumbit

Rawatan diantara kedua-dua jenis ketumbit ini adalah lebih kurang sama.

Pertamanya bulu mata perlulah dibersihkan dengan sabun pencuci yang tidak memedihkan mata. Ia berfungsi untuk menghilangkan sumbatan pada kalenjar tersebut.

Kemudian guna tuala yang dibasahkan dengan air suam. Pastikan air tersebut tidak terlalu panas hingga menyebabkan melecur. Oleh itu, kena rasa guna tangan terlebih dahulu. Kemudian tekan tuala tersebut dibahagian ketumbit untuk mengeluarkan nanah ataupun bahan di dalam kalenjar tersebut.

Pesakit juga boleh menggunakan sudu untuk diletakkan pada bahagian mata. Tetapi ia perlu direndamkan di dalam air suam terlebih dahulu.

Kemudian gunakan antibiotik dalam bentuk titisan. Disebabkan antibiotik ini hanya boleh diberikan oleh doktor, maka jika anda menghadapi masalah ini, anda perlu berjumpa dengan doktor atau perawat kesihatan terlebih dahulu.

Jika masalah tersebut masih ada, pesakit perlulah jumpa doktor semula untuk rawatan selanjutnya. Sedikit belahan pada kelopak mata mungkin dilakukan untuk mengeluarkan bahan yang terkandung dalam kalenjar.

Jika maklumat ini bermanfaat, sila like page TheDiagnosa.

Rujukan:

  1. Barza M, Baum J. Ocular infections. Med Clin North Am. 1983 Jan. 67(1):131-52.
  2. Brafman AH. Styes: a curious chain. Br J Gen Pract. 1992 Dec. 42(365):537-8.
  3. Briner AM. Treatment of common eyelid cysts. Aust Fam Physician. 1987 Jun. 16(6):828, 830.
  4. Lederman C, Miller M. Hordeola and chalazia. Pediatr Rev. 1999 Aug. 20(8):283-4.
Categories: Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *