Skip to content

Kudis Buta (Scabies): Punca, Simptom dan Rawatan

Kudis buta adalah penyakit yang melibatkan satu parasit bernama Sarcoptes Scabiei dimana pesakit akan mengalami kegatalan yang teruk pada kawasan kulit yang didiami parasit tersebut. Parasit ini akan duduk dan membiak di kawasan dan menyebabkan keradangan di kawasan kulit.

Keradangan ini akan menyebabkan pesakit mengalami kegatalan dan jika tidak dirawat parasit ini akan menjangkiti kawasan kulit yang lain. Penyakit kulit ini selalu berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana pada waktu ini, mereka suka bermain tanah.

Selalunya ia mengambil masa beberapa minggu untuk pesakit sedar yang dia sedang menghadapi penyakit kudis buta ini kerana menyangka ia sama seperti penyakit kegatalan kulit yang lain.

Simptom Kudis Buta



Kudis buta ini akan menyebabkan keradangan di kawasan kulit yang terlibat dan perkara ini akan menyebabkan beberapa simptom iaitu:

  • Ruam pada beberapa kawasan kulit terutamanya kawasan celah jari dan pelipat tangan
  • Kulit akan menjadi tebal dan hitam kerana reaksi keradangan dan juga kerana kawasan tersebut selalu digaru.
  • Rasa gatal kulit yang teruk. Ia akan membuat seseorang pesakit untuk sentiasa menggaru kawasan tersebut
  • Bila dilihat dari jarak dekat, terdapat lubang kecil pada kawasan ruam petunjuk terdapat parasit scabies di dalamnya.

Ada beberapa kawasan tubuh yang suka didiami oleh parasit ini. Kawasan itu adalah:

  • Celah jari
  • Siku
  • Ketiak
  • Bahagian pergelangan tengan terutamanya bahagian bawha
  • Celah jari kaki
  • Di kawasan scrotum iaitu kulit dibahagian testis
  • Di kawasan sekeliling puting(bagi wanita)

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Kudis Buta

Masalah kudis ini berpunca daripada satu parasit iaitu Sarcoptes Scabies hominis. Parasit ini juga boleh menjangkiti haiwan perliharaan dan juga ternakan. Tetapi simptom kepada haiwan tersebut tidaklah seteruk yang berlaku pada manusia.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimana Kudis Buta menjangkiti orang lain?

Ia merebak kepada orang lain melalui sentuhan ataupun penggunaan barang-barang pesakit sebagai contoh tuala atau baju. Parasit yang berada pada barang-barang tersebut akan pergi ke orang lain yang menggunakan tuala atau baju pesakit.



Sebab itulah penyakit ini sangat mudah merebak di kawasan asrama sekolah kerana kebanyakan daripada pelajar suka menggunakan barang orang lain.

Kutu scabies akan mengorek bahagian luar kulit sahaja. Parasit ini hanya menghasilkan simptom setelah 10 minggu berada dallam kulit tersebut.

Sebab itulah, jika ia berlaku pada satu ahli dalam keluarga, maka seluruh isi rumah tersebut perlu menggunakan ubat yang sama walaupun pada ketika itu mereka tidak mempunyai apa-apa simptom.

Ini kerana seperti diatas, ia memerlukan 10 minggu untuk seseorang itu menghasilkan simptom

Individu Berisiko

Masalah kudis buta ini selalunya berlaku pada kanak-kanak dan juga mereka yang aktif melakukan seks pada mereka yang mempunyai penyakit ini.

Terdapat juga golongan yang akan mempunyai simptom yang lebih teruk daripada orang biasa. Golongan ini adalah golongan yang mempunyai masalah pada sistem imun mereka yang terdiri daripada pesakit kencing manis, kanser dan juga HIV.

Mereka yang mengalami masalah saraf dan juga kusta juga selalunya akan mengalami simptom yang teruk juga. Terdapat beberapa faktor risiko yang akan memudahkan seseorang itu menghadapi masalah ini. Ia adalah:

  • Pendapatan isi rumah yang rendah
  • Keadaan rumah yang tidak terurus
  • Kanak-kanak
  • Tempat tinggal yang kecil dan berserta penghuni yang ramai
  • Berkongsi menggunakan barangan yang sama seperti tuala dan berus
  • Tidak selalu mandi

Penyakit lain Berkaitan

Ada beberapa penyakit lain yang menunjukkan simptom yang sama seperti masalah kudis buta ini. Penyakit tersebut adalah:



Ujian Pemeriksaan

Cara untuk mengesahkan penyakit ini hanya dengan melalui pemeriksaan fizikal. Melihat daripada kawasan kulit yang mempunyai kudis tersebut berserta terowong yang terhasil daripada jangkitan parasit tersebut boleh menentukan seseorang itu mempunyai penyakit ini ataupun tidak.

Untuk ujian pengesahan, sampel daripada kulit boleh diambil untuk melihat kehadiran, telur, larva ataupun kutu itu sendiri. Tetapi ujian ini tidak selalu dibuat kecuali diagnosis kepada penyakit ini diragui. Oleh itu, ujian pengesahan ini akan membantu dalam mengesan penyakit tersebut.

Rawatan Kudis Buta

Terdapat 2 jenis rawatan yang boleh dilakukan kepada pesakit ini. Ia adalah

1. Penggunaan Losyen Khas

Kudis buta hendaklah dirawat dengan membunuh punca kepada penyakit ini iaitu parasit Sarcoptes scabiei. Ubat yang selalu digunakan adalah dengan menggunakan losyen anti-scabies iaitu:

  • Losyen Permetherin
  • Losyen Benzyl benzoate
  • Losyen Permethrin

Pesakit perlu menggunakan ubat ini sebelum tidur untuk selama beberapa hari. Ia bertujuan untuk membunuh kuman tersebut. Pada waktu pagi, pesakit boleh membasuh kawasan yang disapu losyen tersebut.

Lakukan ini selama satu minggu untuk membunuh semua parasit yang berada pada kulit pesakit. Perlu diingatkan ahli keluarga ataupun kawan-kawan pesakit juga perlu dirawat untuk mengelakkan masalah ini merebak kepada orang lain.

2. Penggunaan antibiotik

Jika kawasan ruam tersebut telah dijangkiti bakteria, pesakit perlulah mengambil antibiotik untuk membunuh bakteria dikawasan tersebut pula.

Beberapa tanda bahawa terdapat jangkitan dikawasan kudis tersebut adalah:



  • Kulit yang merah daripada biasa
  • Rasa sakit dikawasan kudis
  • Keluar nanah daripada kawasan kudis
  • Demam yang tinggi jika kawasan jangkitan tersebut besar

Faktor yang menyebabkan rawatan ini gagal

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rawatan scabies ini tidak berjaya. Ia adalah:

  • Sapuan losyen yang tidak rata dan tidak meliputi semua kawasan kulit yang terlibat
  • Sapuan yang sedikit
  • Dijangkiti semula daripada orang terdekat yang mempunyai masalah yang sama
  • Parasit mungkin telah kebal dengan ubat yang digunakan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Hay RJ. Scabies and pyodermas–diagnosis and treatment. Dermatol Ther. 2009 Nov-Dec. 22(6):466-74.
  2. Centers for Disease Control and Prevention. Parasites – Scabies
  3. Kapadia N. Dermatology. Tschudy MM, Arcara KM, eds. The Johns Hopkins Hospital: The Harriet Lane Handbook. 19th ed. Philadelphia, Pa: Mosby Elsevier; 2012. 201-25.
  4. Gilmore SJ. Control strategies for endemic childhood scabies. PLoS One. 2011 Jan 25. 6(1):e15990.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × three =