Skip to content

Nak sembuh demam selesema? Guna air garam je

Demam selesema merupakan salah satu penyakit yang sering dihadapi oleh kita dan majoritinya disebabkan jangkitan virus. Dalam setahun, 1-3 kali kita akan mengalami demam selesema yang akan membuatkan kita tidak selesa. Malah ia juga akan menjangkiti ahli keluarga kita yang lain.

Malah tiada lagi ubat yang boleh membunuh virus yang menyebabkan demam selesema ini. Oleh itu, kebanyakan rawatan demam selesema adalah lebih kepada merawat simptom yang dihadapi oleh pesakit. Jika pesakit demam, maka pesakit akan diberikan ubat demam. Jika pesakit selesema, pesakit akan diberikan ubat anti-histamin untuk mengurangkan selesema pesakit.

Kajian terbaru ini menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Ia telah diterbitkan di dalam jurnal berprestij iaitu Nature.



Dalam kajian ini pesakit akan disuruh untuk berkumur air garam yang pekat dan juga perlu menitiskan hidung mereka menggunakan air garam.

Keputusan kajian mendapati:

  • Waktu demam selesema itu dapat dikurangkan hingga kepada 2 hari sahaja
  • Dapat mengurangkan penggunaan ubat farmasi
  • Dapat mengurangkan jangkitan di dalam rumah atau orang terdekat
  • Dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik

Bagaimana air garam ini boleh membantu dalam rawatan demam selesema?

Majoriti daripada demam selesema adalah disebabkan jangkitan virus. Disebabkan itulah tiada lagi rawatan untuk benar-benar membunuh virus ini. Selalunya badan kita akan melawan jangkitan kuman tersebut hinggalah kesemua virus tersebut mati.

Penggunaan garam pula akan membantu dalam menyelesaikan demam selesema ini kerana garam mengandungi ion klorida. Sel badan pula boleh menggunakan ion klorida ini untuk menghasilkan hypochlorous acid sama seperti air chlorine. Seperti yang kita ketahui, air chlorine mempunyai sifat anti-viral yang kuat. Oleh itu, hypochlorous acid ini akan membunuh virus-virus di kawasan tersebut.

Kesimpulan

Anda boleh cuba menggunakan air garam untuk dititiskan dihidung anda dan juga berkumur dengan air garam untuk membantu dalam masalah demam selesema anda.



Jika keadaan masih lagi teruk, dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor. Bagi kanak-kanak yang kurang daripada 3 bulan jika demam, sila bawa berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.

Beli termometer di sini

Rujukan:

  1. Ramalingam, S., Graham, C., Dove, J., Morrice, L., & Sheikh, A. (2019). A pilot, open labelled, randomised controlled trial of hypertonic saline nasal irrigation and gargling for the common cold. Scientific reports, 9(1), 1015.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 4 =