Sakit pinggang adalah merujuk kepada rasa sakit ataupun tidak selesa diantara rusuk bahagian belakang hingga ke pinggul. Ia tidak termasuk dikawasan tengah.
Selalunya ia berlaku pada sebelah bahagian pinggang sahaja dan kebanyakkan orang akan mengalami sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Kebanyakkanmasalah ini adalah sementara sahaja dan sembuh dengan sendirinya.
Akan tetapi sakit yang berterusan ataupun sakit yang terlalu kuat mungkin menunjukkan pesakit mempunyai penyakit yang serius.
Walaupun sakit dibahagian pinggang selalunya merujuk kepada masalah pada bahagian buah pinggang. Tetapi ia juga boleh disebabkan beberapa perkara yang lain. Penting untuk seseorang itu berjumpa dengan doktor jika ia mempunyai sakit yang melampau ataupun berterusan.
Punca dan penyebab Sakit Pinggang
Punca selalunya boleh disebabkan beberapa perkara. Ianya adalah:
- Batu karang
- Masalah otot
- Jangkitan pada buah pinggang
- Nanah dalam buah pinggang
- Kencing kotor (jangkitan pada tempat buang air kencing)
- Kayap
- Slipped disc
Punca dan penyebab sakit pinggang yang jarang berlaku adalah:
- Jangkitan paru-paru
- Keradangan pankreas
- Keradangan appendiks
- Keradangan usus (Inflammatory bowel disease)
Simptom dan tanda tanda yang boleh berkaitan dengan sakit pinggang
Sakit ini boleh dirasakan seperti rasa memulas ataupun seperti dicucuk. Kesakitan tersebut juga boleh datang dan pergi terutamanya yang disebabkan batu karang
Simptom dan tanda yang berkaitan dengan masalah ini adalah:
- Ruam dibahagian belakang – Selalunya disebabkan kayap
- Demam – disebabkan jangkitan kuman pada buah pinggang ataupun demam virus biasa yang menyebabkan sakit-sakit badan
- loya dan muntah
- Sembelit
- Cirit- birit
- Kencing berdarah
- Sakit bila buang air kencing
Penyiasatan untuk mengesan punca sakit pinggang
Terdapat beberapa sampel yang akan diambil dan prosedur yang akan dilakukan pada pesakit untuk mengetahui punca kepada penyakit tersebut
Sampel air kencing
Sampel air kencing adalah penting untuk mengetahui samada pesakit mengalami kencing kotor ataupun kencing berdarah. Jika pesakit mengalami kencing berdarah, mungkin disebabkan pesakit mengalami batu karang
Pengimejan
X-ray digunakan untuk mengetahui samada pesakit mempunyai batu karang ataupun tidak. Ultrasound pula digunakan untuk melihat keadaan buah pinggang dan juga kehadiran batu karang.
Rawatan Sakit Pinggang
Berehat adalah rawatan utama yang perlu diberikan kepada pesakit yang mengalami sakit yang minor terumatanya yang disebabkan masalah otot. Sakit tersebut akan pergi dengan sendirinya selepas beberapa hari
Jangkitan kuman
Sakit pinggang yang disebabkan jangkitan kuman pada buah pinggang ataupun pada saluran air kencing perlulah dirawat dengan antibiotik
Batu karang
Pesakit yang mengalami batu karang perlulah diberi ubat tahan sakit ketika diserang masalah tersebut. Pesakit juga perlu meminum air yang banyak untuk mengeluarkan batu karang itu.
Tetapi jika batu karang tersebut terlalu besar dan tidak mampu dibawa keluar, terdapat beberapa prosedur yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan batu karang tersebut.
Slipped disc
Pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan supaya tekanan pada tulang berlakang berkurangan.
Pesakit juga boleh menggunakan alat penyokong tulang belakang supaya postur badan berada dalam posisi yang betul dan tidak menyakitkan pinggang.
Cadangan alat untuk membetulkan postur badan
Cara untuk mengelak sakit pinggang
Anda boleh mengelakkan sakit pinggang dengan beberapa cara iaitu:
- Mengambil air dengan secukupnya setiap hari.
- Mengurangkan pengambilan alkohol
- Mengamalkan seks yang selamat dan kebersihan
- Mengamalkan senaman 3 kali seminggu
Rujukan:
- 3 most common causes of flank pain. (2016, January 21)
share.upmc.com/2016/01/3-most-common-causes-of-flank-pain/ - Kidney stones in adults. (2013, February)