Skip to content

Sindrom patah hati boleh meningkatkan risiko kanser

Putus cinta, kehilangan orang yang tersayang, tekanan hidup yang teruk boleh menyebabkan satu sindrom yang dikenali sebagai sindrom patah hati.

Dahulunya kita menganggap patah hati ini adalah lebih kepada fasa untuk seseorang itu menyesuaikan diri dan menerima apa yang berlaku pada dirinya dan perkara ini adalah normal.

Tetapi jika tekanan perasaan terhadap masalah tersebut adalah sangat tinggi, ia boleh berubah daripada masalah perasaan kepada masalah kesihatan dan memberi kesan kepada jantung anda.



Sindrom ini dikenali sebagai Sindrom Patah hati(Broken heart syndrome) ataupun dalam istilah perubatannya adalah Takotsubo syndrome.

Nama ini diambil daripada perkataan Jepun yang membawa maksud “Perangkap Sotong” dan perkara ini ditemui oleh Dr Hikaru Sato pada tahun 1991. Pada ketika itu, Dr Sato mendapati pesakit ini mempunyai pembesaran abnormal pada ventrikel kiri jantung. Bentuknya sama seperti perangkap sotong bagi orang Jepun.

Dan ia boleh berlaku pada semua golongan terutamanya mereka yang mengalami tekanan hidup yang sangat teruk. Tekanan tersebut menyebabkan badan menghasilkan hormon tekanan seperti adrenaline menyebabkan jantung dipam dengan lebih kuat. Hasilnya jantung sebelah kiri membesar disebabkan bahagian kiri jantung mempunyai otot yang lebih besar berbanding bahagian jantung yang lain.

Pesakit juga selalunya akan mempunyai simptom yang sama seperti serangan sakit jantung iaitu sakit dada dan sesak nafas. Tetapi apabila penyiasatan telah dibuat, ternyata ia bukan disebabkan serangan sakit jantung.

Sindrom Patah hati ini pada mulanya dikaitkan dengan masalah jantung sahaja. Tetapi kajian terbaru mendapati ia boleh meningkatkan risiko kanser pada seseorang jika dia pernah mempunyai sejarah masalah tersebut.



Kajian terbaru ini melibat 1600 orang peserta yang mempunyai sejarah Sindrom Patah Hati. Majoriti daripada pesakit tersebut mempunyai peningkatan risiko kanser yang banyak kata Dr Templin yang merupakan salah seorang pengkaji dalam kajian tersebut.

“Sebagai contoh bagi wanita yang berumur dibawah 44 tahun selalunya mempunyai risiko kanser sebanyak 0.4%. Tetapi mereka yang mempunyai sindrom patah hati ini meningkatkan risiko tersebut kepada 8%. Bagi mereka yang berumur 45 -64 tahun pula mempunyai risiko sebanyak 2% untuk menghadapi kanser.. Tetapi dalam masalah ini, ia meningkat pada hampir 22%.”

Kanser yang selalu dihadapi oleh mereka adalah kanser payudara, kanser usus, kanser paru-paru dan juga kanser kulit.

Mengikut kajian sebelum ini, terdapat pelbagai punca kepada kanser dan salah satunya adalah stress yang melampau. Mungkin kajian ini telah menjadi buktu untuk menguatkan bahawa salah satu punca kepada kanser adalah stress yang terlalu teruk.

Kesimpulan

Sindrom Patah Hati bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada jantung. Tetapi ia juga dapat meningkatkan risiko untuk berlakunya kanser.

Akhir kata, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau dan hilang ataupun lari, boleh cari yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − three =