Skip to content

Termometer yang sesuai untuk anak anda

Termometer merupakan salah satu alat yang selalu dibeli terutamanya yang baru sahaja bergelar ibubapa. Ia adalah salah satu alat yang sangat berguna ketika anak anda sedang mengalami demam.

Ikuti perkongsian daripada Dr Muhammad Uwais Al Qorni yang merupakan salah satu pegawai perubatan yang berkhidmat di Klinik APM Pakar Wanita, Kota Tinggi, Johor berkenaan dengan jenis termometer yang sesuai untuk anak anda.

Cerita Doc Uwais di kliniknya

Hari ini di kawasan klinik doc seharian hujan tidak henti-henti. Makanya doc sudah menantikan kebanjiran anak-anak yang akan demam dan selesema.



Tepat sangkaan doc,tak lama kemudian wife doc pon message beritahu anak doc yang bongsu pon sudah demam di rumah. Doc pon sekali lagi terperanjat. Dahla anak doc yang ni baru baik demam sawan.

Selalunya, setiap kali selesai konsultasi untuk setiap pesakit, terutama yang doc lihat sebagai new parent, doc akan cepat-cepat nasihatkan untuk membeli termometer.

Kerap doc mendapat pertanyaan sebegini, “Perlu ke membeli thermometer? Anak saya bukan selalunya sakit pon kan?!”

ARTIKEL BERKAITAN: demam

Kenapa setiap ibubapa perlu ada termometer?

Baiklah, mengikut pengalaman doc, mengapa doc amat menyarankan agar setiap ibu bapa membeli termometer?

  1. Anak kecil terutamanya bayi sudah semestinya belum mampu untuk memberitahu bahawa mereka sedang sakit. Kadangkala terdapat beberapa kes demam panas yang terlampau tinggi sehingga menyebabkan demam sawan terjadi kerana faktor kurang kepekaan kita terhadap suhu anak-anak.
  2. Dengan penentuan suhu yang tepat, anda dapat menentukan ubat yang sesuai untuk diberikan kepada si kecil anda (contoh : samaada ubat demam makan iaitu syrup, atau ubat demam bontot iaitu suppositories).
  3. Para doktor amat bergantung kepada rekod suhu badan anak anda. Jika anak anda sering demam dan selesema, kadangkala sukar untuk menentukan samaada anak anda selesema biasa atau demam panas. Disebabkan ini, dengan menggunakan thermometer, anda dapat membantu para doctor di luar sana untuk mendapatkan riwayat penyakit anak anda dan memberikan preskripsi ubat yang betul.


Oleh itu, hari ini doc kongsi tips untuk memilih dan membeli Thermometer yang betul. Terdapat beberapa jenis thermometer berada di pasaran. Pada mulanya, doc pon sendiri terkeliru dan memilih untuk membeli yang paling murah. Tapi selepas beberapa kali membeli Thermometer dan akhirnya menjadi thermometer pakai buang, doc buat keputusan untuk membeli yang lebih baik dan berkualiti.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jenis-jenis Termometer

1. Thermometer digital

Thermometer jenis ini paling banyak digunakan. Ianya murah, dan terdapat pelbagai jenis. Ia boleh digunakan samaada dalam mulut, ketiak atau punggung.

Jika anda membeli thermometer jenis ini , pastikan anda tidak menggunakannya di ketiak. Kerana suhu ketiak adalah paling tidak tepat. Suhu di punggung adalah paling tepat untuk jenis ini, terutamanya untuk kanak-kanak berumur 3 bulan hingga umur 3 tahun.

Kanak-kanak yang melepasi 3tahun biasanya sudah pandai memberikan kerjasama, oleh itu, anda boleh memeriksa suhu mereka melalui bawah lidah, dan menutup mulut sepanjang masa suhu diambil.

Jangan lupa labelkan thermometer yang anda gunakan untuk suhu punggung dan suhu mulut supaya tidak tertukar, anda tidak mahu tersalah pakai thermometer yang punggung masuk ke mulut anda kan? Hehehe

Kelebihan thermometer jenis ini :

  • Dapat digunakan di banyak tempat, iaitu ketiak, mulut dan punggung, suhu dapat diambil bawah masa seminit. Kebanyakkannya dalam tempoh 10 saat saja.
  • Sesuai untuk setiap peringkat usia, bayi baru lahir, kanak-kanak mahupun dewasa

Kekurangan thermometer jenis ini :

  • Kebanyakan ibu bapa yang baru pertama kali mendapat bayi mungkin tidak biasa menggunakannya di dalam punggung dan tersumbat lebih dalam dari yang sepatutnya
  • Harus menunggu sehingga sekurang-kurangya 15minit selepas makan atau minum air panas atau sejuk kerana dapat mempengaruhi suhu yang diambil melalui mulut
  • Untuk mereka yang hidungnya tersumbat, kesukaran untuk menutup mulut berterusan mungkin menyebabkan kesukaran mendapatkan suhu yang tepat apatah lagi jika anak anda masih mentah dan terkinja-kinja

2. Thermometer digital telinga

Thermometer ini menggunakan sinaran inframerah untuk menyukat suhu dari dalam saluran pendengaran.



Kelebihan thermometer jenis ini :

  • Jika diletakkan dengan betul, thermometer ini amat selesa dipakai oleh samaada orang dewasa atau kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 6bulan ke atas sahaja, dan orang dewasa

Kekurangan thermometer jenis ini :

  • Tidak digalakkan untuk bayi baru lahir
  • Tahi telinga atau saluran pendengaran yang bengkok mungkin mengganggu ketepatan suhu.
  • Harus menarik sedikit cuping telinga ke belakang bagi kanak-kanak untuk meluruskan saluran pendengaran bagi mendapat suhu tepat

3. Thermometer temporal artery

Thermometer ini juga dipanggil thermometer dahi. Ia juga menggunakan sinaran inframerah untuk menentukur suhu di dahi, terutamanya di kawasan yang diselaputi saluran darah temporal (dahi dan sebahagian kawasan atas telinga)

Kelebihan thermometer ini:

  • Cara yang sangat mudah dan cepat untuk menyukat suhu seseorang
  • Boleh digunakan untuk semua peringkat usia termasuk bayi baru lahir. Walaupon mengikut kajian, untuk bayi baru lahir, thermometer paling tepat adalah menggunakan suhu punggung,tapi thermometer ini adalah alternative terbaik selain thermemoter punggung.

Kekurangan thermometer ini : 

  • Mungkin lebih mahal sedikit berbanding yang lain.
  • Dahi yang basah selepas dimandikan atau ditampal “kool fever” mungkin tidak memberikan bacaan yang tepat

4. Thermometer mercury

Pada masa dulu, thermometer ini sangat popular kerana dapat menyukat suhu dengan cepat tanpa perlu menggunakan bateri.

Tapi kini, thermometer ini adalah tidak lagi digunakan kerana jika ia pecah, boleh menyebabkan pembebasan wasap merkuri yang amat berbahaya.

Jika anda terlihat di mana-mana tempat yang masih menggunakan thermometer jenis ini, segera menghubungi kontraktor kebersihan tempat anda untuk mengetahui di manakah anda boleh melupuskan thermometer tersebut.



Bagaimana menentukan suhu?

Bila anda sudah membeli thermometer, bagaimana pula dengan suhunya?

Ok begini, secara umumnya :

Suhu badan normal manusia adalah daripada 36.9 – 37.4’C

Suhu badan demam suhu rendah (dedar) adalah daripada 37.5 – 37.9’C. Pada tahap suhu begini, anda boleh sahaja mendapatkan ubat demam dari farmasi atau cukup dengan menyejukkan badan pesakit dengan memberi minum banyak air, dan mandi jerlum.

Suhu badan demam panas yang perlu berjumpa doctor adalah 38.0’C dan ke atas.

Jika anda mendapati suhu badan anak anda melebihi 38.5’C, dan anda pernah mendapatkan ubat punggung yang sesuai dengan anak anda daripada sudut usia dan dose, segeralah menyumbat ubat tersebut ke dalam punggung anak anda sebelum berjumpa doctor.

Kesimpulan dan pilihan saya?

Jadi, berdasarkan kelebihan dan cara penggunaan yang doc terangkan di atas, pada pendapat peribadi doc, belilah thermometer dahi. Walaupon mahal sedikit, tapi alah membeli menang memakai.

Walaubagaimanapon, terpulang lah kepada keselesaan dan ketebalan dompet individu. Baru-baru ni kenalan doc ada menunjukkan pada doc thermometer dahi yang agak berpatutan harganya jika dibeli secara atas talian.



Mungkin anda boleh cuba juga meninjau-ninjau harga di farmasi berdekatan anda dan di laman web tertentu seperti Lazada, 11 street dsb bagi membuat perbandingan dari sudut harga, kualiti dan ketahanan.

Jangan berlengah untuk yang tersayang!

P/S : Doc memang tak jual thermometer. So, i dont have any preferences untuk jenama thermometer tertentu, Tolong jangan PM/DM doc berkenaan thermometer mana yang bagus untuk dibeli.

Artikel disumbang oleh Dr Muhammad Uwais Al-Qorni dari Klinik APM Pakar Wanita, Kota Tinggi

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + eleven =