Skip to content

7 Fakta Tentang Gigi Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Apakah fakta yang perlu diketahui tengan gigi bayi? Artikel ini akan membincangkan beberapa fakta berkenaan gigi bayi yang perlu diketahui oleh ibubapa.

Pengenalan

Ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata sering sahaja mengalami masalah apabila berdepan dengan persoalan mengenai gigi si kecil ini. Ramai yang tidak tahu betapa pentingnya kesihatan dan kebersihan gigi terutama seawal bayi ini.

Kebanyakan pakar pergigian berpendapat bahawa penjagaan kesihatan mulut dan gigi bayi atau kanak-kanak hendaklah bermula sebelum gigi pertama tumbuh lagi. Justeru, ibu bapa yang bertanggungjawab harus sedar dan mengambil tahu perihal penjagaan gigi bayi baik dari segi bilangannya, jenis gigi, fungsinya, pemilihan ubat dan berus gigi serta tatacara menjaga dan membersihkan gigi. 



Gigi anak yang masih kecil juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang sama dengan orang dewasa. Gigi merupakan salah satu aset terpenting buat seorang manusia dan ibu bapa lah yang perlu membantu anak yang masih kecil. Disini, ingin saya ceritakan 7 fakta tentang gigi bayi yang ibu bapa perlu tahu.

Fakta 1 : Bila Gigi Mula Tumbuh?

Gigi manusia terdiri daripada dua jenis. Yang pertama adalah gigi susu dan keduanya adalah gigi kekal. Gigi susu akan mula tumbuh bermula 6 bulan sehingga 12 bulan. Ingat, tempoh masa gigi susu untuk tumbuh berbeza mengikut individu. Ada yang tumbuh awal, ada yang tumbuh sedikit lambat. Apabila gigi pertama anak sudah mula menumbuh, air liur yang terhasil akan kelihatan lebih banyak daripada biasa. Bayi akan mula memasukkan objek atau jari kedalam mulut mereka.

Setiap gigi tidak tumbuh dalam tempoh masa yang sama. Ada tempoh dan waktu yang tertentu untu satu-satu gigi itu keluar. Gigi bawah akan muncul dahulu dan selepas itu diikuti pula dengan gigi atas. Gigi bongsu akan mula tercabut atau tertanggal satu persatu bermula umur 6 tahun sehinggalah 12 tahun. Gigi yang tertanggal itu akan digantikan dengan gigi kekal. Gigi kekal itulah yang akan berada dalam mulut kita selamanya. Tiada lagi ganti.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Fakta 2 : Berapakah Batang Gigi Seorang Bayi?

Sepertimana yang dijelaskan tadi, bayi dan kanak-kanak mempunyai gigi susu. Bilangan gigi susu dan gigi kekal tidak sama. Gigi kekal mempunyai sebanyak 32 batang. 16 di bahagian atas dan 16 lagi di bahagian bawah manakala, gigi bongsu pula mempunyai sebanyak 20 batang gigi. 10 diatas dan 10 lagi dibawah.

10 gigi tersebut adalah terdiri daripada empat gigi seri tengah (central incisor), empat gigi seri samping (lateral incisor) dan empat gigi taring (cuspid), setiap satunya ada dua diatas dan dua dibawah. Hanya gigi geraham sahaja terdiri daripada lapan batang semuanya, empat diatas dan empat lagi dibawah. Ibu bapa hendaklah memastikan kesemua 20 batang gigi ini telah tumbuh. Sekiranya anak sudah mencecah usia tiga tahun dan gigi yang tumbuh masih belum cukup 20, mintalah pandangan daripada doktor gigi sebagai langkah awal untuk sebarang kemungkinan.

Fakta 3 : Bayi Akan Mula Menolak Makanan Keluar.



Untuk sesetengah bayi, disaat gigi mereka sudah mulai tumbuh, bayi akan mula menolak makanan. Kemungkinan disebabkan ketidakselesaan yang dialami oleh bayi tersebut. Ibu bapa boleh mula menukarkan makanan bayi kepada makanan yang berbentuk jejari. Hal ini supaya bayi boleh memegang makanan tersebut.

Ibu bapa sentiasa perlu memerhatikan dibawah dagu bayi. Ini adalah disebabkan pengeluaran air liur yang semakin banyak daripada biasa apabila gigi mula tumbuh. Pastikan ibu atau bapa lap air liur dibawah dagu si bayi untuk mengelakkan timbulnya ruam-ruam di sekitar mulut dan bahagian dagu.

Fakta 4 : Gosok Gigi Bayi Dua Kali Sehari.    

Apabila tumbuh sahaja gigi yang pertama, ibu bapa perlu menggosok gigi bayi sebanyak dua kali sehari. Ubat gigi yang digunakan mestilah ubat gigi yang berflorida. Seeloknya sekali diwaktu pagi dan sekali lagi diwaktu malam selepas makan. Hal ini kerana sisa makanan tidak dapat menghasilkan asid yang mana boleh menyebabkan kerosakan kepada gigi. Kajian telah menunjukkan sebanyak 40% bayi mempunyai rongga pada gusi mereka. Atas asbab itulah, membersihkan gigi sebaik sahaja penyusuan adalah disarankan.

Bagaimana pula kuantiti ubat gigi yang patut digunakan untuk bayi? Cukup hanya sebesar butir beras sahaja. Jangan terlalu banyak. Untuk bayi yang berumur di bawah usia setahun, tiada keperluan untuk menggunakan sebarang ubat gigi. Cukup sekadar berus gigi bayi yang bersih. Gigi bayi yang sentiasa digosok akan memastikan kesihatan gigi anak sentiasa terjamin. Apabila usia anak menjelang tiga tahun, kuantiti ubat gigi ditingkatkan sehingga sebesar saiz kacang pis. Seterusnya, ibu bapa boleh mula mengajar anak untuk ludah keluar lebihan ubat gigi selepas menggosok.

Fakta 5 : Bayi Tidak Selesa. Bagaimana Cara Menghilangkannya?

Apabila gigi bayi sudah mula tumbuh, bayi akan mula rasa tidak selesa. Si kecil akan mula bermain dengan lidah dan sebagainya. Sekiranya ibu bapa mendapati anak berada dalam keadaan sangat tidak selesa dan kelihatan terganggu, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada doktor gigi untuk diberikan ubatan seperti ibuprofen dan asetaminofen yang sesuai mengikut keperluan dalam menangani kesakitan. Kadar dos yang betul akan diberikan oleh doktor berdasarkan umur dan berat badan anak.

Selain daripada kaedah ubat-ubatan, ibu bapa jugak boleh mencuba kaedah klasik ini. Ibu atau bapa boleh cuba memberikan kain sejuk dan diletakkan pada gusi anak-anak. Selain itu, boleh juga mengurut gusi bayi dengan lembut untuk menghilangkan ketidakselesaan atau kesakitan yang dialami oleh bayi. Paling penting adalah sentiasa pastikan jari untuk mengurut gusi bayi itu berada dalam keadaan yang bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman dan sebagainya. Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan antaranya penggunaan teething rings.

Fakta 6 : Kawal Pemakanan Anak Anda.      

Punca utama kerosakan gigi ialah daripada cairan, air minuman bergas, susu ibu, susu formula dan susu lembu. Semua ini mempunyai kandungan gula yang tersembunyi. Gigi yang tidak dibersihkan dengan betul akan membentuk plak. Gula daripada makanan atau minuman di persekitaran gigi akan dicernakan oleh bakteria yang sudah berada di dalam plak lalu akan mengeluarkan asid yang seterusnya akan mengakibatkan kerosakan kepada gigi.

 Oleh itu, dinasihatkan untuk ibu bapa agar tidak membiarkan anak menghisap susu botol sepanjang hari. Hal ini kerana susu yang mengandungi cairan gula akan menyebabkan penghasilan kadar asid yang tinggi dalam mulut. Bayangkan sekiranya 24 jam kita biarkan anak kita menghisap susu. Plak yang hitam akan mula muncul seterusnya merosakkan gigi anak. Ibu bapa seharusnya menjadi individu yang bertanggungjawab untuk menghadkan pengambilan susu untuk anak.



Tips: Perlahan-perlahan ibu bapa boleh mencairkan susu itu dengan menambah air masak. Lama-kelamaan tukarkan susu dengan air masak. Itu jauh lebih baik.

Fakta 7 : Ibu Bapa Perlu Bawa Jumpa Doktor Gigi.      

Kebanyakan ibu bapa merasakan mereka hanya perlu membawa anak mereka berjumpa dengan doktor gigi hanya apabila gigi sudah rosak atau anak mereka sudah sakit gigi, bengkak dan bernanah. Sebaiknya, ibu bapa hendaklah membawa bayi seawal tumbuhnya gigi yang pertama. Jadikan pemeriksaan gigi itu rutin supaya anak tidak akan takut kepada doktor gigi apabila usianya meningkat naik.

Sepertimana juga dewasa, kita digalakkan untuk membuat pemeriksaan gigi secara berkala, seeloknya dua kali setahun. Pemeriksaan gigi yang berkala dapat mengelakkan pelbagai komplikasi dirawat dengan kadar yang segera seperti contoh plak, karang gigi, gigi berlapis, gigi tidak teratur, gigi yang berputar (rotated tooth) dan macam-macam lagi kesan yang lagi buruk sekiranya dibiarkan berlarutan.

 Selain itu, nasihat dan kata panduan akan sentiasa diberikan oleh doktor gigi dari segi cara dan teknik yang betul dalam penjagaan gigi. Pelbagai jenis rawatan untuk mempertingkat kesihatan gigi antaranya varnish florida (fluoride varnish). Doktor gigi akan meletakkan varnish florida ini pada bahagian rekahan-rekahan gigi. Ini adalah untuk mengelak plak dan gigi berlubang daripada terjadi. Tindakan kita hari ini akan menentukan kebersihan dan kesihatan gigi anak-anak kita masa hadapan.

Rujukan:

  1. Berg, J. H. (2013). Pediatric dentistry. Elsevier.
  2. Baby’s First Tooth: 7 Facts Parents Should Know. HealthyChildren.org. (n.d.). – Healthy Children
  3. Ismail, W. S. bt. W. (2017, November 22). Bagaimana Menjaga Gigi Anak Kecil Saya? PORTAL MyHEALTH.
  4. Ismail, W. S. bt. W. (2019, November 14). Tabiat yang Memudaratkan Kesihatan Mulut. PORTAL MyHEALTH.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven + ten =