Skip to content

Tekanan Darah Tinggi: Punca, Simptom dan Rawatan

Tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang selalu dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Pesakit yang mengalami masalah ini mempunyai risiko untuk mengalami penyakit yang lain seperti sakit jantung, angin ahmar dan sakit buah pinggang. Berikut adalah kandungan artikel ini:

Maksud Tekanan Darah Tinggi


Definisi Tekanan Darah Tinggi

Bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg dengan 2 kali bacaan pada waktu yang berbeza

Pesakit selalunya akan diminta untuk mencatatkan bacaan tekanan darah dalam waktu seminggu atau 2 minggu. Jika kebanyakkan bacaan tersebut melebihi 140/90mmHg, maka pesakit disahkan mengalami masalah ini.

Gaya hidup sihat adalah salah satu perkara yang perlu diamalkan oleh pesakit untuk mengelakkan tekanan darah menjadi lebih teruk. Bahkan gaya hidup sihat juga boleh menstabilkan tekanan darah anda.


Simptom Tekanan Darah Tinggi

Kebanyakan daripada pesakit darah tinggi tidak mempunyai apa-apa simptom. Simptom-simptom di atas ini hanya ada ketika mana tekanan darah terlalu tinggi

Disebabkan itu, 1/3 daripada rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka sedang menghadapi penyakit ini.Ini adalah simptom atau tanda jika pesakit mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi. Simptom tersebut adalah:



Periksa Simptom anda Di Sini


Punca Tekanan Darah Tinggi

Kebanyakan penyakit darah tinggi mempunyai pelbagai faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu mudah menghadapi penyakit darah tinggi. Faktor risiko tersebut adalah

1. Sejarah Keluarga

Mereka yang mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang mempunyai masalah ini akan mempunyai risiko yang tinggi berbanding orang lain. Ia mungkin disebabkan genetik berserta gaya hidup yang telah mereka jalani semasa kecil.

2. Kencing manis

Penyakit kencing manis boleh meningkatkan risiko seseorang itu mengalami masalah ini. Ia disebabkan penyakit diabetes ini akan memudahkan lagi kolesterol terenap pada dinding saluran darah dan menyebabkan ia menjadi keras.

Salur darah yang keras ini menyebabkan tekanan darah menjadi semakin meningkat.

3. Berat badan yang berlebihan (Obesiti)

Obesiti itu sendiri boleh menyebabkan masalah diabetes yang boleh menyebabkan masalah tekanan darah sama seperti apa yang telah diterangkan di atas.

4. Pengambilan garam yang berlebihan

Garam adalah unsur yang diperlukan oleh badan. Tetapi jika ia berlebihan ia akan menyerap air dengan lebih banyak ke dalam saluran darah. Apabila air terlalu banyak, ini akan meningkatkan tekanan pada saluran darah dan darah tinggi pun terjadi.

5. Tekanan perasaan atau stress

Jika seseorang itu stress, badan akan menghasilkan satu hormon yang dinamakan sebagai adrenalin. Hormon ini akan menyebabkan jantung berdenyut lagi laju dan saluran darah mengecut. Kedua-dua tindak balas ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat.


Punca darah tinggi yang lain

Terdapat juga beberapa punca lain yang disebabkan penyakit seperti dibawah.

1. Masalah buah pinggang

Kegagalan buah pinggang dalam menapis darah akan menyebabkan air terkumpul di dalam salur darah. Ini menyebabkan isipadu darah meningkat dan tekanan darah juga akan meningkat.

Beberapa penyakit yang menyebabkan masalah pada buah pinggang adalah:

  • Polycystic Kidney Disease
  • Saluran air kencing yang tersumbat
  • Ketumbuhan di buah pinggang

2. Masalah Pembuluh darah

Terdapat beberapa penyakit yang berkaitan dengan saluran darah dan ia menyebabkan tekanan darah meningkat. Penyakit tersebut adalah:

  • Coarctation of Aorta: dalam masalah ini, saluran aorta iaitu saluran darah yang keluar daripada jantung ini mengalami penyempitan pada satu bahagian. Ini menyebabkan tekanan darah sebelum daripada penyempitan ini lebih tinggi.
  • Keradangan Saluran Darah(Vasculitis): Boleh disebabkan penyakit autoimun
  • Masalah kolagen yang membina dinding saluran darah

3. Masalah hormon

Masalah hormon ini merupakan salah satu punca yang menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Beberapa penyakit tersebut adalah:

  • Hiperaldosteronism Primer: dalam penyakit ini hormon aldosterone akan meningkat di dalam badan. Salah satu fungsi hormon ini adalah untuk mengurangkan kehilangan air kencing daripada badan. Jika ia terlalu tinggi, isipadu air dalam badan akan meningkat menyebabkan isipadu darah meningkat seterusnya menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
  • Sindrom Cushing: Akan menyebabkan kesan yang sama seperti penyakit Hiperaldosteronism Primer
  • Pheochromocytoma: Penyakit ini akan menyebabkan kalenjar adrenal dibahagian atas buah pinggang menghasilkan hormon noradrenaline dengan kuantiti yang banyak. Ia akan menyebabkan jantung berdenyut dengan lebih cepat dan diameter salur darah menjadi semakin kecil. Kedua-dua perkara ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat.
  • Hipertiroid: Keadaan ini akan meningkatkan hormon thyroxine meningkat di dalam darah menyebabkan keadaan yang sama seperti penyakit Pheochromocytoma.

Tekanan Darah yang Terlalu Tinggi


Tekanan darah yang terlalu tinggi dikenali sebagai Hypertensive Crisis dan ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada pesakit.

Definisi Hypertensive Crisis

Bacaan tekanan darah melebihi 190/110 mmHg

Punca-punca yang boleh menyebabkan pesakit mengalami krisis tekanan darah tinggi ini adalah:

  • Berhenti ambil ubat darah tinggi
  • Angin Ahmar
  • Sakit Jantung
  • Pesakit dalam kesakitan
  • Penyakit autoimun seperti Systemic Sclerosis dan Systemic Lupus Erythematosus
  • Masalah hormon: Hipertiroid, Cushing sindrom, pheochromocytoma
  • Penyakit buah pinggang: Nephritis, kegagalan buah pinggang, lupus nephritis
  • Pre-eklampsia pada pesakit yang sedang mengandung

Komplikasi


Beberapa komplikasi yang akan dihadapi oleh pesakit adalah:

Jika ia berlaku di otak, ia akan menyebabkan angin ahmar. Jika berlaku di jantung, ia akan menyebabkan serangan sakit jantung. Jika ia berlaku di mata, pesakit mungkin akan buta.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyakit yang mempunyai simptom yang sama


Simptom-simptom tekanan darah tinggi juga sebenarnya boleh merujuk kepada beberapa penyakit yang lain. Penyakit-penyakit tersebut adalah:

  • Strok(Angin Ahmar)
  • Rosak buah pinggang
  • Serangan sakit jantung
  • Hipertiroidism
  • Systemic Lupus Erythematosus
  • Pheuchromocytoma

Ujian Pemantauan


Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi perlu melakukan beberapa ujian untuk memastikan pesakit mempunyai komplikasi ataupun tidak daripada penyakit ini.

Ujian untuk penyakit lain seperti ujian kencing manis dan bacaan kolesterol juga akan dilakukan bagi memastikan pesakit bebas daripada masalah tersebut.



Beberapa ujian yang akan dilakukan adalah:

1. Ujian air kencing (Urinalysis)

Pesakit yang mempunyai darah tinggi perlu menjalani ujian ini bagi memastikan pesakit mempunyai protein ataupun tidak di dalam air kencing.

Ini kerana pesakit yang mempunyai protein akan berisiko untuk mengalami kegagalan buah pinggang dalam masa beberapa tahun.

Pesakit yang mempunyai masalah ini selalunya akan diberikan ubat tekanan darah tinggi jenis ACEi(Boleh baca dibahagian rawatan) untuk mengurangkan bacaan protein dalam air kencing.

Pesakit yang mengalami masalah protein dalam air kencing ini juga selalunya akan mengadu air kencing berbuih.

2. Ujian Fungsi Buah Pinggang(Renal Function Test)

Pengambilan sampel darah dibuat untuk menguji fungsi buah pinggang. Ini kerana masalah ini boleh menyebabkan fungsi buah pinggang terganggu.

Dalam ujian ini, bacaan yang dilihat adalah urea dan creatinine. Semakin tinggi bacaan tersebut, ia menunjukkan pesakit mengalami kerosakan buah pinggang yang semakin teruk



3. Bacaan Kolesterol

Ujian ini digunakan untuk menentukan bacaan kolesterol dan lemak di dalam darah. Jika bacaan terlalu tinggi, pesakit akan diberikan ubat untuk menurunkan bacaan tersebut.

Ini kerana bacaan kolesterol yang tinggi akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk mengalami serangan sakit jantung dan stroke

4. Bacaan gula

Perlu diambil untuk melihat sama ada pesakit mempunyai kencing manis ataupun tidak. Ini kerana pesakit kencing manis juga akan meningkatkan risiko untuk seseorang itu terkena komplikasi..

5. Electrocardiogram (ECG)

Walaupun pesakit tidak mempunyai simptom serangan sakit jantung, ujian ECG perlu juga dilakukan secara berkala sebanyak setahun sekali untuk melihat keadaan jantung.

Ini kerana terdapat juga masalah jantung yang tidak mempunyai simptom pada mulanya. Jadi ujian ini adalah untuk saringan bagi melihat pesakit mempunyai masalah jantung ataupun tidak




Rawatan

Penyakit ini adalah penyakit kronik bermaksud pesakit perlu mengambil ubat darah tinggi secara berterusan. Hanya peratusan kecil sahaja berjaya untuk berhenti daripada mengambil ubat ini.

Jadi dinasihatkan kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjauhi diri daripada penyakit ini.

Beberapa perkara yang pesakit boleh buat adalah:

1. Amalkan gaya hidup sihat

Beberapa amalan yang boleh dibuat untuk mengurangkan tekanan darah ataupun mengelakkan tekanan darah tinggi adalah:

  • Kekal berat badan ideal. Jika anda berlebihan berat badan, anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan anda sehinggalah ia masuk ke dalam kategori berat badan yang normal
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai garam dan berlemak
  • Lakukan senaman 3 kali / minggu
  • Berhenti merokok. Nikotin dalam rokok boleh meningkatkan tekanan darah. Malah bahan di dalam rokok akan mempercepatkan pesakit hipertensi untuk mengalami komplikasi
  • Elakkan penyalahgunaan dadah
  • Kurangkan pengambilan makanan yang manis. Kerana ia boleh meningkatkan berat badan anda

2. Pengambilan ubat

Ubat darah tinggi diambil untuk mengawal tekanan darah supaya tidak melebihi bacaan 140/90mmHg.

Ini kerana tekanan darah yang sentiasa tinggi akan menyebabkan kerosakan pada salur darah dan pesakit akan semakin berisiko untuk mengalami komplikasi hipertensi

Terdapat beberapa jenis ubat darah tinggi dan ia perlu diberikan pada pesakit berdasarkan umur, pesakit mempunyai kencing manis atau tidak, ada masalah kolesterol tinggi atau tidak dan beberapa faktor yang lain.


Ubat Darah Tinggi

1. Diuretics

Ubat ini akan melawaskan air kencing dan mengurangkan isipadu air dalam badan menyebabkan tekanan darah berkurangan.

Contoh ubat adalah hydrochlorothiazide dan indapamide

2. Beta-blocker

Ubat ini dapat mengurangkan kadar denyutan jantung. Oleh itu, ia akan mengurangkan tekanan darah juga.

Contoh ubat adalah metoprolol, atenolol, bisoprolol dan propanolol

3. Angiotensin converting enzyme inhibitor (ACEi)

Ubat ini akan merencat angiotensin converting enzyme yang sepatutnya menghasilkan hormon angiotensin. Hormon angiotensin ini pula akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Dengan merencat fungsi enzim tersebut, hormon angiotensin akan berkurangan dan tekanan darah juga akan berkurangan juga.

Contoh ubat adalah captopril, perindopril dan enalapril.

4. Angiotensin Receptor Blocker (ARB)

Contoh ubat adalah losartan, telmisartan, irbesartan dan valsartan.

5. Calcium channel blocker

Contoh ubat adalah felodipine, amlodipine, nifedipine dan verapamil

Mesin pengukur tekanan darah

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Chobanian AV, Bakris GL, Black HR, Cushman WC, Green LA, Izzo JL Jr, et al. Seventh report of the Joint National Committee on Prevention, Detection, Evaluation, and Treatment of High Blood Pressure. Hypertension. 2003 Dec. 42(6):1206-52.
  2. Clinical Practice Guidelines: Management of Hypertension(4th edition). Ministry of Health Malaysia
  3. Institute for Clinical Systems Improvement (ICSI). Hypertension diagnosis and treatment. Bloomington, Minn: Institute for Clinical Systems Improvement (ICSI); 2010.
  4. Katakam R, Brukamp K, Townsend RR. What is the proper workup of a patient with hypertension?. Cleve Clin J Med. 2008 Sep. 75(9):663-72.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 5 =