Skip to content

Penyakit Kelamin: Punca, Simptom dan Rawatan

Penyakit kelamin juga dikenali dengan penyakit bawaan seks(Sexually Transmitted Disease). Ia merupakan penyakit yang merebak melalui perlakuan seks. Kesemua jenis perlakukan seks seperti seks oral atau anal boleh menyebabkan penyakit ini merebak.

Ia tidak bermaksud kesemua jenis penyakit ini hanya boleh merebak melalui seks sahaja. Penyakit ini juga boleh merebak melalui perkongsian jarum(contoh HIV dan Hepatitis B) dan juga penyusuan ibu.

Simptom Penyakit Kelamin pada Lelaki


Terdapat beberapa simptom yang perlu diketahui iaitu:

Simptom Penyakit Kelamin pada Wanita




Beberapa simptom tersebut adalah:

  • Sakit ketika melakukan seks
  • Ulser atau bengkak pada bahagian kemaluan
  • Nanah atau cecair busuk keluar dari faraj
  • Gatal pada bahagian kemaluan

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Jenis penyakit kelamin


Ini adalah beberapa jenis penyakit kelamin yang selalu berlaku dalam masyarakat.

1. Sifilis

Sifilis merupakan jangkitan bakteria dan penyakit ini mempunyai fasa-fasanya. Jika tidak dirawat, ia boleh berakhir dengan kematian.



Simptom awal adalah ulser yang tidak sakit. Ia juga dipanggil sebagai chancre. Ia boleh berlaku pada kawasan kemaluan, pada dubur atau dalam mulut.

Kemudian, pesakit akan mengalami simptom yang lain seperti:

Jika tidak dirawat, pesakit mungkin akan mengalami

  • Hilang penglihatan
  • Hilang pendengaran
  • Sakit jantung
  • Hilang ingatan
  • Kematian

Tetapi jika dirawat awal, pesakit mempunyai kemungkinan untuk sembuh yang tinggi

2. HIV

Penyakit HIV boleh merosakkan sistem imun seseorang pesakit. Ini akan menyebabkan pesakit tersebut lebih mudah terkena jangkitan kuman dan menghadapi komplikasi daripada perkara tersebut.

Dengan rawatan zaman ini, pesakit HIV masih boleh hidup tanpa menghadapi sebarang komplikasi.

Pada fasa awal, pesakit akan mempunyai simptom sama seperti selsema iaitu:



Simptom ini selalunya berlaku dalam beberapa hari sahaja.

Masih tiada lagi ubat yang betul-betul mampu menyembuhkan penyakit ini. Ubat yang anda sekarang hanya lebih kepada mengawal penyakit tersebut supaya tidak menjadi semakin teruk.

3. Gonorrhea

Penyakit Gonorrhea juga merupakan salah satu penyakit kelamin yang selalu berlaku.

Beberapa simptom gonorrhea adalah:

  • Cecair putih kuning yang keluar dari kemaluan
  • Sakit atau tidak selesa ketika melakukan seks
  • Kerap kencing
  • Sering gatal di bahagian kemaluan
  • Sakit tekak

4. Kutu Kemaluan(kutu pubis)

Kutu kemaluan merupakan sejenis parasit yang tinggal dibahagian kemaluan dan hidup dengan menghisap darah manusia.

Beberapa simptom masalah ini adalah:



  • Gatal dibahagian kemaluan
  • Ruam dibahagian gigitan

5. Herpes

Jangkitan Herpes ini disebabkan virus Herpes Simples. Ia boleh menyebabkan ulser yang sangat pedih di bahagian kemaluan.

Penyakit ini juga boleh berlaku dibahagian mulut jika pesakit mengamalkan seks oral.

6. Human Papillomavirus(HPV)

HPV merebak melalui sentuhan kulit ke kulit. Virus ini boleh menyebabkan kanser”

Penyakit Kelamin Ketika Hamil


Penyakit Kelamin yang disebabkan jangkitan ini boleh merebak kepada bayi ketika hamil ataupun ketika bayi dilahirkan.

Sebagai contoh sifilis, ia boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan dan juga matanya boleh buta disebabkan masalah ini.

Oleh sebab itulah, di Malaysia, penyakit kelamin seperti HIV dan sifilis ini akan diperiksa terlebih dahulu di klinik kerajaan.



Ujian untuk mengesan punca


Terdapat beberapa ujian yang boleh dibuat untuk mengesan penyakit ini.

1. Kultur Calitan(Swab culture)

Dalam ujian ini, bahagian yang mengeluarkan cecair ataupun ulser akan dicalit dengan alat ini untuk mengampil sampel dibahagian tersebut.

Kemudian, sampel ini akan cuba dibiakkan di tempat khas untuk mengetahui kuman jenis apakah yang menyebabkan masalah tersebut pada pesakit.

2. Pengambilan sampel darah

Untuk mengetahui seseorang itu mengalami jangkitan sifilis ataupun tidak, pesakit boleh menjalani ujian darah untuk mengesan antibodi kepada bakteria sifilis.

3. Pap smear

Pap smear selalunya digunakan untuk mengambil sampel dibahagian pangkal rahim untuk mengesan kanser serviks.



Tetapi sampel tersebut juga boleh digunakan untuk ujian HPV.

Rawatan Penyakit Kelamin


Rawatan untuk masalah ini bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Dan rawatan ini juga memerlukan kerjasama daripada pasangan ataupun seseorang yang pernah melakukan seks dengan pesakit.

Jika tidak pasangan tersebut akan menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain.

1. Punca dari Bakteria

Jangkitan yang berasal dari bakteria seperti sifilis dan gonorrhea boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.

Antibiotik akan membunuh bakteria tersebut dan menyebabkan simptom pesakit sembuh dengan sendirinya

2. Punca dari virus

Penyakit seperti HIV dan HPV tidak boleh dirawat hingga sembuh.



Pesakit HIV selalunya perlu mengambil ubat HIV setiap hari untuk mengelakkan sistem imunnya menjadi lemah.

Manakala, Virus HPV pula perlu pemantauan untuk mengelakkan kanser.

Cara untuk mengelakkan masalah ini


Mengelakkan seks adalah cara yang paling berkesan untuk masalah ini berlaku. Akan tetapi ada beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk menghadapi masalah ini iaitu:

1. Kondom

Guna kondom ketika melakukan seks tidak kira seks oral dan sebagainya. Ia boleh melindungi daripada penyakit kelamin dan juga cara berkesan untuk mengelakkan kehamilan.

2. Suntik vaksin

Vaksin yang ada untuk mengelakkan masalah ini adalah Vaksin Hepatitis B and HPV. Jika anda mempunyai duit yang lebih, bolehlah mengambil vaksin ini untuk mengelakkan masalah tersebut.

3. Lakukan saringan sebelum melakukan seks.



Jika anda baru sahaja berkahwin atau merancang untuk berkahwin, atau akan melakukan hubungan seks dengan pasangan anda, dinasihati untuk melakukan ujian saringan terlebih dahulu terutamanya ujian HIV.

Ini akan mengelakkan diri anda menjangkiti atau dijangkiti oleh penyakit ini.

4. Berbincang dengan pasangan

Bincang dengan pasangan sama ada mempunyai simptom-simptom penyakit kelamin ataupun tidak. Jika ada, buatlah ujian terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada mempuunyai masalah ini ataupun tidak.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Mayo Clinic Staff. (2018). Sexually transmitted disease (STD) symptoms.
  2. Oral and genital herpes. (n.d.)
  3. Sexually transmitted diseases (STDs). (2018).
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + 11 =