Skip to content

Testis Bengkak: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah testis bengkak beserta rawatannya?

Artikel ini akan membincangkan dengan ringkas dan lengkap berkenaan masalah testis bengkak ini berserta rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Apakah itu Testis Bengkak?
  3. Punca Testis Bengkak
  4. Golongan yang berisiko
  5. Simptom Testis Bengkak
  6. Bilakah perlu berjumpa doktor?
  7. Cara mengenal pasti punca
  8. Komplikasi
  9. Diagnosa lain
  10. Rawatan dan Pencegahan

Pengenalan


Bagi orang lelaki, mereka mempunyai organ kemaluan yang terdiri daripada penis dan buah zakar. Buah zakar atau nama lainnya testis adalah organ kemaluan yang sangat penting bagi penghasilan sel sperma dan hormon yang dinamakan sebagai testosteron. Kebiasaannya testis bagi seorang lelaki mempunyai dua biji testis dan testis ini dilindungi oleh lapisan kulit yang dinamakan sebagai skrotum (kantung telur). 



Jika berlaku apa-apa perkara yang aneh di bahagian kemaluan lelaki, seharusnya mereka akan berasa risau, kerana itu merupakan ‘aset’ yang sangat penting bagi seorang lelaki. Mungkin ada beberapa keadaan, testis tu akan berasa senak secara tiba-tiba dibahagian bawah abdomen, mungkin juga akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat, atau boleh jadi juga saiz testis itu besar daripada keadaan biasa.

Masalah-masalah dan penyakit yang berlaku dibahagian testis jika tidak dirawat dengan segera, dibimbangi akan memberi kesan yang besar seperti kemandulan, sakit yang kronik atau lebih bahaya boleh membawa kepada kematian.

Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan mengenai satu penyakit yang berlaku kepada golongan lelaki, iaitu orchitis. 

Apakah itu Testis Bengkak (Orchitis)?


Orchitis  atau telur bengkak adalah masalah keradangan yang berlaku kepada salah satu atau kedua-dua testis dan menyebabkan testis itu membengkak dan membesar. Keradangan yang berlaku dibahagian testis ini selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria atau virus.

Walaupun orchitis ini hanya berlaku di bahagian testis sahaja, tetapi kesan kepada keradangan ini boleh juga menyebabkan penyakit yang lain seperti epididimitis (keradangan yang berlaku pada jaringan meliputi testis, dinamakan sebagai epididimis). Epididimis adalah saluran tiub yang menyimpan sperma dan menghubungkan testis kepada vas deferens.



Jika ini berlaku ia dipanggil sebagai epididymo-orchitis. Rasa sakit di bahagian testis selalunya yang berlaku disebabkan oleh orchitis.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Testis Bengkak


Seperti mana yang disebutkan, punca utama telur bengkak ini berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus kepada testis. Tetapi, apakah yang menyebabkan jangkitan ini boleh berlaku?

1. Jangkitan Bakteria

Kebiasaannya, jangkitan bakteria ini berlaku apabila terdapat juga jangkitan di bahagian epididimis yang menyebabkan epididymitis. Epididymitis ini berlaku disebabkan oleh jangkitan yang berlaku dibahagian urethra atau pundi kencing. Jadi apabila berlaku jangkitan pada pundi kencing, ia boleh menyebabkan jangkitan di bahagian epididimis, dan seterusnya menyebabkan orchitis (telur bengkak).

Terdapat beberapa jenis bakteria yang telah dikenal pasti seperti Escherichia coli, Staphylococcus, Streptococcus, Gonorrhea dan Syphilis.

2. Jangkitan Virus

Orchitis ini juga boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan virus, yang mana dikenali sebagai Mumps Virus. Mumps atau beguk berlaku disebabkan oleh jangkitan virus, dan komplikasi daripada beguk ini boleh menyebabkan juga telur bengkak. Dan beguk ini berlaku pada golongan remaja berumur selepas tempoh kematangan. Orchitis ini berlaku bermula daripada empat ke 10 hari selepas jangkitan virus berlaku.

Golongan yang Berisiko


Bagi orang lelaki, untuk mengelakkan orchitis ini berlaku, anda perlu mengelakkan diri daripada tergolong daripada golongan yang berisiko. Golongan berisiko ini terbahagi kepada dua faktor utama, iaitu risiko disebabkan penularan jangkitan secara tidak seksual (non sexually transmitted) atau penularan jangkitan disebabkan seksual (sexually transmitted).



Faktor risiko disebabkan penularan jangkitan secara tidak seksual:

  • Tiada imuniti terhadap mumps virus.
  • Jangkitan pada pundi saluran kencing secara berulang.
  • Rawatan pembedahan yang melibatkan organ kemaluan atau saluran kencing.
  • Dilahirkan dalam keadaan yang tidak normal dibahagian saluran kencing.

Faktor risiko disebabkan penularan jangkitan secara seksual:

  • Pasangan seksual yang ramai.
  • Mempunyai hubungan kelamin dengan pasangan yang mempunyai penyakit kelamin.
  • Melakukan hubungan kelamin tanpa menggunakan kondom.
  • Mempunyai sejarah penyakit kelamin.

Tanda mengalami Telur Bengkak


Rasa sakit di bahagian testis dan pangkal paha antara tanda awal anda mengalami orchitis. Antara tanda anda mengalami orchitis atau telur bengkak ialah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Bilakah perlu berjumpa doktor?


Jika anda mengalami rasa sakit dibahagian telur dan pangkal paha secara tiba-tiba, sebaiknya anda pergi berjumpa doktor dengan kadar segera. Selepas pemeriksaan dilakukan, jika keadaan semakin membimbangkan doktor akan melakukan rawatan yang segera. Jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan.

Cara mengenal pasti punca


Mengenal pasti punca kepada telur bengkak ini sangat penting untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku. Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, telur bengkak dan mendatangkan kesakitan mungkin perlukan penyiasatan yang lebih terperinci daripada doktor.

Doktor yang merawat anda akan bertanyakan kepada anda sejarah rawatan yang anda terima dan simptom yang anda hadapi. Mereka akan melakukan pemeriksaan secara fizikal untuk menentukan kadar keradangan yang berlaku.

  • Ultrasound: Ujian pengimejan melalui ultrasound akan digunakan untuk membezakan di antara ochitis dan testicular torsion (kilasan testis), dan juga untuk mengenal pasti kemungkinan keadaan yang lebih buruk berlaku.
  • Pemeriksaan rektus: Doktor akan melakukan pemeriksaan prostat jika jangkitan mula merebak ke prostat.
  • Ujian air kencing: Ujian air kencing juga akan dilakukan untuk pemeriksaan makmal dan mengenal pasti jika pesakit mempunyai penyakit Sexual Transmitted Disease (STD).
  • Ujian darah: Digunakan untuk ujian HIV dan penyakit Syphilis.

Komplikasi yang Boleh Berlaku


Komplikasi yang akan berlaku jika telur bengkak ini semakin teruk:



  • Testicular atrophy: Telur mula untuk mengecut dan mengecil.
  • Scrotal abscess: Skrotum yang melapisi telur akan bernanah.
  • Kemandulan: Kemandulan berlaku kerana kurang penghasilan hormon testosteron.

Diagnosa lain


Adakah anda tahu bahawa bukan semua telur bengkak dan sakit itu dikategorikan sebagai orchitis. Telur bengkak juga membawa kepada diagnosa yang lain. Terdapat beberapa diagnosa lain (Differential Diagnosis) yang mungkin boleh menjadikan seseorang itu perlu kepada pemeriksaan yang selanjutnya:

Rawatan dan Pecegahan Testis Bengkak


Untuk kaedah pencegahan daripada berlakunya telur bengkak ini, anda boleh melakukan seperti berikut:

  • Dapatkan imunisasi untuk penyakit beguk (Mumps).
  • Mengamalkan hubungan kelamin secara selamat (secara sah).

1. Elakkan Seks Bebas

Perbuatan seks bebas dan hubungan kelamin secara haram sangatlah tidak digalakkan kerana ia memberikan mudharat dan kesan yang besar kepada faktor sosial. Perkara ini boleh menyebabkan masalah testis bengkak dan juga penyakit kelamin yang lain seperti sifilis, HIV dan sebagainya.

2. Rawatan Antibiotik

Bagi rawatan yang akan diberikan oleh doktor apabila pesakit sudah di diagnosa mengalami orchitis adalah dengan mengambil ubat antibiotik. Antibiotik diperlukan untuk merawat jangkitan kuman dan mengelakkan jangkitan daripada terus merebak.

3. Ubat Tahan Sakit

Ubat tahan sakit jenis anti-keradangan juga akan diberikan untuk mengurangkan kesakitan seperti Ibuprofen, Naproxen dan Acetaminophen.



4. Tuam Ais

Namun, telur bengkak ini juga boleh dirawat secara rawatan di rumah (home remedies) sahaja, jika keadaan tidak serius. Meletakkan pek ais dengan dibungkuskan bersama kain nipis selama 15-20 minit untuk beberapa hari di bahagian telur mampu untuk mengurangkan kebengkakan dan sakit.

5. Dimasukkan ke dalam Wad

Jika anda mengalami demam panas, rasa loya, muntah-muntah anda disarankan untuk ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan antibiotik yang disuntik terus ke dalam salur darah.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah, selalunya telur bengkak ini akan sembuh dengan mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan, tetapi jika keadaan tidak mula baik, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Webmd – Facts about testicles
  2. Mayoclinic – Orchitis
  3. Healthline – Orchitis
Advertisements

2 thoughts on “Testis Bengkak: Punca, Simptom dan Rawatan”

  1. Saya nak tanya sy menghadapi masalah testis kanan bengkak…ia bukan sahaja bengkak malahan susah untuk sy berjalan dan melakukan aktiviti..yg kedua disebabkan bemgkak itu juga,urat perut belah kanan sy terasa kejang/tegang…Apa yg boleh sy lakukan?…agak malu untuk buat appointment dgn doc..

    1. Selalunya testis bengkak ini disebabkan jangkitan kuman. Tetapi ia juga boleh disebabkan angin pasang. Kedua2 perkara ini perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui punca sebenar. Kalau segan jumpa doktor perempuan, request je nak jumpa Dr Lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 14 =