Skip to content

Polio: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah tanda-tanda jika seseorang itu mengalami jangkitan polio?

Artikel ini akan menerangkan dengan lengkap berkenaan punca kepada masalah ini, gejala yang bakal pesakit hadapi dan rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Cara Jangkitan
  3. Simptom Polio
  4. Ujian pengesahan
  5. Rawatan
  6. Diagnosa lain
  7. Pencegahan

Saya masih ingat lagi, waktu itu saya pelajar perubatan tahun 3 di sebuah universiti tempatan. Tahun 3 adalah tahun pertama kami pergi ke wad dan berjumpa dengan pesakit sebenar. Sebelum ini, kami hanya menelaah buku dan nota. Jadi inilah masanya untuk kami semua mengaplikasikan semua yang sudah kami belajar dulu. Waktu itu saya berada di tugasan wad Pediatrik iaitu



kanak kanak selama 2 bulan. Kebanyakan kes yang saya jumpa dan sempat periksa adalah kebanyakannya kanak kanak yang mengalami masalah pernafasan seperti serangan asthma, pneumonia dan lain lain. Menjadi lumrah sebagai seorang pelajar junior, kami mempunyai hubungan yang agak rapat dengan doktor houseman berbanding doktor pakar mahupun nurse, mungkin kerana faktor umur yang tidak jauh beza.

Pagi itu seperti biasa, setelah saya sampai di wad bersama kawan kawan, kami mula meninjau sekeliling wad melihat suasana wad. Katil penuh,seperti kebiasaannya. Sementara menunggu doktor pakar datang dan memulakan ward round, kami bertanyakan pada doktor houseman yang bertugas, sekiranya ada kes menarik yang boleh kami belajar.

Agaknya memang rezeki kami hari itu, kata doktor, ada satu fresh case baru masuk ke wad, diagnosisnya polio. Apalagi, saya dan kawan kawan terus pergi ke katil pesakit berkenaan dengan semangat berkobar kobar untuk menimba ilmu. Bukan selalu dapat kes sebegitu, malah saya yakin, hari itu negara kita mungkin telah mencipta sejarah baru.

Mengapa sejarah baru ya? Buat para pembaca yang tidak tahu, negara kita sudah berjaya menghapuskan jangkitan virus ini sejak tahun 1992. Ya, ia bermakna sudah hampir 30 tahun ya negara kita bebas polio. Namun, apabila baru baru ini gempar kes outbreak polio di Filipina, ramai yang gusar kerana ia berlaku di negara jiran. Akhirnya, semua kegusaran itu terjawab apabila Malaysia mengesahkan kes pertama di negara ini setelah 28 tahun bebas polio.

Pengenalan


Polio atau poliomyelitis adalah satu jenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus polio yang menyerang sistem saraf. Kebiasaannya, kanak kanak berusia kurang 5 tahun yang mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan ini kerana sistem imunisasi mereka yang masih lemah. Setiap 1 dalam 200 jangkitan polio berakhir dengan kelumpuhan kekal.



Sejak vaksin polio diperkenalkan pada tahun 1957, kebanyakan benua di dunia telah berjaya menghapuskan jangkitan ini. Namun di negara negara bergolak seperti di Afghanistan, Pakistan dan Nigeria, penyakit ini masih tersebar.

Periksa Simptom anda Di Sini

Cara jangkitan


Polio tersebar melalui kontak dengan najis mereka yang dijangkiti. Ia juga boleh disebarkan melalui bersin dan batuk, kerana virus hidup di dalam tekak dan usus.

Mereka yang hidup di kawasan tanpa kemudahan tandas dan sistem penghapusan najis yang tidak sempurna boleh mendapat jangkitan ini melalui minum air yang dicemari najis yang mengandungi virus polio seperti yang dilihat di negara bergolak seperti Afrika Selatan.

Anda juga akan terdedah kepada virus ini sekiranya:

  • Tidak divaksin
  • Melawat kawasan yang mempunyai wabak polio
  • Tinggal dengan mereka yang dijangkiti
  • Mengendalikan spesimen makmal yang mengandungi virus

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom Jangkitan Polio


Dianggarkan sebanyak 95 hingga 99 peratus mereka yang dijangkiti virus ini tidak menunjukkan sebarang tanda ataupun asymptomatic. Ini dikenali sebagai subclinical polio. Walaupun tanpa simptom, mereka masih boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

Jangkitan ini pula boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

1. Non-paralytic polio (tanpa lumpuh)



Jenis ini tidak mendatangkan sebarang kelumpuhan kepada pesakit. Akan tetapi ia mempunyai tanda-tanda seperti.

2.  Paralytic polio (polio dengan kelumpuhan)

Jenis ini pula menyebabkan kelumpuhan terdapat pesakit kerana virus tersebut sudah menyerang bahagian sarah hingga menyebabkan saraf pesakit rosak dan tidak boleh berfungsi seperti biasa. Beberapa simptom daripada jangkitan jenis ini adalah:

  • Tanda tanda non paralytic polio
  • Otot kejang dan sakit otot
  • Anggota badan yang lemah dan seakan tidak berfungsi seperti serangan angin ahmar
  • Lumpuh secara tiba tiba, boleh terjadi dengan perlahan atau secara drastik

Tanda tanda di atas adalah disebabkan virus yang telah menyerang sistem saraf menyebabkan saraf tulang belakang dan pangkal otak menjadi lumpuh. Ia boleh berlaku dalam beberapa minggu sahaja.

Kematian boleh terjadi apabila virus tersebut menyerang saraf yang berfungsi untuk otot pernafasan di sekitar paru paru dan diagfram menyebabkan anda tidak dapat bernafas.

3. Post polio syndrome (sindrom selepas polio)

Polio boleh kembali walaupun anda telah berjaya sembuh darinya. Ia boleh terjadi dalam masa 15-40 tahun.

  • Otot dan sendi yang lemah
  • Sakit otot
  • Kelesuan
  • Otot mengecil
  • Kesukaran bernafas dan menelan
  • Masalah sukar bernafas sewaktu tidur
  • Tidak tahan cuaca sejuk
  • Otot lemah
  • Masalah ingatan dan tumpuan

Ujian Pengesahan


Doktor akan memeriksa anda dan melihat sekiranya anda mempunyai tanda tanda perubahan pada sistem saraf anda seperti otot yang lemah dan terkulai dan refleks yang berkurang. Selain itu, anda juga memerlukan ujian lain bagi mengesahkan jangkitan tersebut.



  • Ujian darah. Ini adalah ujian rutin dan berfungsi untuk melihat tanda tanda jangkitan di dalam badan melalui sel darah putih yang meningkat.
  • Ujian najis. Ini adalah untuk mengesan kehadiran virus polio di dalam najis.
  • Ujian cecair dalam otak dan tulang belakang. Ini juga bertujuan untuk mengesahkan sekiranya jangkitan sudahpun tersebar ke dalam otak.

Rawatan polio


Doktor hanya boleh merawat anda secara simptomatik dan menunggu jangkitan beransur pulih. Memandangkan masih tiada penawar yang ditemui, cara terbaik bagi merawat polio adalah dengan mencegahnya dengan vaksin.

  • Ubat tahan sakit bagi memberi kelegaan pada sakit otot
  • Ubat untuk melegakan otot yang kejang
  • Meletakkan tuala suam ataupun pad pemanasan bagi melegakan otot yang kejang
  • Alat bantuan pernafasan bagi pesakit yang mempunyai kesukaran bernafas
  • Terapi fizikal dan alat sokongan untuk membantu pesakit berdiri dan berjalan
  • Terapi fizikal dan latihan pernafasan untuk mengawal masalah pernafasan

Diagnosa lain


Terdapat beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama seperti penyakit ini. Beberapa penyakit tersebut adalah:

Cara Mencegah Jangkitan polio


Cara terbaik untuk merawat polio adalah dengan vaksin polio. Vaksin polio di Malaysia diberi secara suntikan iaitu pada usia 2, 3 dan 5 bulan. Dalam suntikan ini, ia mengandungi 4 jenis vaksin yang lain iaitu vaksin untuk melindungi daripada penyakit difteria, penyakit kancing gigi, penyakit batuk kokol dan jangkitan Haemophilus Influenza B yang boleh menyebabkan sesak nafas.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Polio – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 6 =