Skip to content

Penyakit Epilepsi: Punca, Simptom dan Rawatan

Epilepsi adalah penyakit kronik yang menyebabkan sawan yang kerap dan berulang. Ia berlaku disebabkan cetusan elektrik yang tidak terkawal di dalam otak.

Terdapat 2 jenis sawan.

  • Sawan keseluruhan (Generalized Seizure) yang mengganggu seluruh bahagian otak. Pesakit ini akan sawan yang melibatkan seluruh bahagian badan. Setelah sawan berhenti, pesakit tidak akan ingat perkara tersebut
  • Sawan tertumpu (Focal seizure) ataupun sawan sebahagian yang hanya mengganggu sebahagian daripada otak sahaja. Sebagai contoh sawan yang melibatkan deria penglihatan sahaja.

Sawan yang teruk akan menyebabkan otot menjadi kejang dan tergerak-gerak tanpa boleh dikawal selama beberapa minit.



Ada beberapa sebab yang menyebabkan sawan berlaku:

  • Demam yang tinggi
  • Kecederaan pada kepala
  • Bacaan gila dalam darah yang rendah
  • Berhenti daripada meminum alkohol

Penyakit epilepsi bukanlah penyakit yang jarang berlaku. Selalunya tiada rawatan untuk menyembuhkan sepenuhnya masalah ini tetapi ia kekerapan sawan tersebut boleh dikurangkan dengan penggunaan ubat.

Simptom dan Tanda Penyakit Epilepsi

Sawan adalah simptom utama masalah epilepsi. Simptom sawan pula bergantung kepada jenis sawan yang dihadapi oleh pesakit.

Sawan Tertumpu (Focal seizure)

1. Sawan tertumpu ringkas(Simple partial seizure)

Selalunya tidak akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri. Simptom tersebut adalah perubahan dalam deria rasa di lidah, deria bau, penglihatan, pendengaran dan juga deria sentuhan.



2. Sawan tertumpu kompleks (Complex partial seizure)

Selalunya ia akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri. Simptomnya adalah:

  • Pesakit tiba-tiba merenung tanpa berkata-kata ataupun memberi respons pada pertanyaan
  • Tiba-tiba tidak sedarkan dirr
  • Membuat gerakan yang sama berulang-ulang kali

Sawan Keseluruhan (Generalized Seizure)

Terdapat 6 jenis sawan yang melibatkan keseluruhan otak. Ia adalah

  • Absence Seizure: Ia menyebabkan seseorang itu tiba-tiba merenungkehadapan dan senyap. Terkadang pesakit juga akan mengalami mata berkedip-kedip dan mengetap bibir ketika mana sawan tersebut berlaku. Pesakit tidak akan memberikan sebarang respons ketika mana sawan tersebut berlaku. Kadang-kadang ibubapa juga tidak sedar sebenarnya anak mereka sedang mengalami jenis sawan ini kerana pesakit tidak mempunyai simptom sawan yang biasa.
  • Sawan Tonik (Tonic seizure): Pesakit selalunya akan mengalami otot yang keras
  • Sawan atonik(Atonic seizure): Otot badan terus menjadi lembik menyebabkan seseorang itu jatuh
  • Sawan klonik (Clonic seizure): Pesakit akan mengalami pergerakan yang berulang-ulang dan tersentak-sentak pada bahagian tangan dan kaki.
  • Myoclonic seizure: Sawan ini melibatkan pergerakan tangan dan kaki yang tidak terkawal.
  • Sawan Tonik-clonic: Pesakit akan mengalami otot badan yang mengeras diikuti dengan pergerakan kaki dan badan yang berulang-ulang dan tersentak-sentak. Pesakit juga mungkin akan terkencing ataupun terbuang air besar ketika sawan tersebut berlaku.

Selepas daripada sawan itu berlaku, pesakit mungkin akan tidak sedarkan diri buat beberapa minit

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah punca yang mencetuskan Sawan epilepsi?

Ada sesetengah pesakit epilepsi mengetahui apa punca yang menyebabkan sawan mereka berlaku. Akan tetapi terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sawan berlaku pada pesakit ini. Ia adalah:

  • Tidur yang kurang
  • Sedang tidak sihat ataupun demam
  • Berada dalam stress
  • Melihat lampu yang terlalu cerah
  • Kafein, alkohol
  • Makan tidak mengikut waktu

Dinasihatkan mereka yang mengalami penyakit ini mempunyai buku untuk mencatat beberapa perkara tentang sawannya. Anda boleh catatkan berkenaan tentang:

  • Hari dan waktu berlaku
  • Apakah aktiviti yang anda buat ketika itu
  • Apa yang sedang berlaku disekeliling ketika itu
  • Ada tak perubahan dalam deria rasa, bau dan penglihatan
  • Ada stress ataupun tidak ketika itu
  • Apa yang dimakan
  • Tahap kelihatan ataupun pukul berapa anda tidur pada hari tersebut

Catatan daripada buku tersebut boleh menentukan sama ada ubat yang anda ambil itu benar-benar berkesan ataupun tidak dalam menghalang sawan daripada berlaku.



Adakah penyakit epilepsi ini penyakit keturunan?

Terdapat sebanyak 500 genetik yang berkait dengan penyakit ini. Terdapat sesetengah masalah ini yang berlaku di dalam keluarga. Akan tetapi risiko untuk mendapat masalah ini secara keturunan masih rendah.
Kebanyakan ibubapa yang mempunyai epilepsi tidak mempunyai anak dengan masalah yang sama.

Terdapat beberapa masalah seperti tuberous sclerosis dan neurofibromatosis yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit epilepsi. Masalah tersebut selalunya berlaku secara keturunan.

Masalah ini tidak mengganggu kebolehan anda untuk mendapatkan anak. Tetapi terdapa beberapa jenis ubat untuk masalah ini yang boleh mengganggu bayi yang berada di dalam kandungan.

Punca Penyakit Epilepsi

6 daripada 10 orang yang mempunyai masalah ini selalunya tidak diketahui puncanya. Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan anda mengalami masalah ini. Ia adalah:

  • Trauma pada otak
  • Parut yang berlaku selapas kecedaraan pada otak
  • Strok(angin ahmar): Inilah punca penyakit epilepsi yang berlaku pada mereka yang telah berumur
  • Ketumbuhan di bahagian otak (Kanser otak)
  • Penyakit Alzheimer
  • Kekurangan oksigen di otak ketika melahirkan anak.
  • Jangkitan kuman pada otak (Meningitis ataupun encephalitis)
  • Penyakit keturunan seperti neurofibromatosis

Penyiasatan

Untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai epilepsi ataupun tidak, beberapa ujian perlu dibuat untuk mengetahui sama ada pesakit mempunyai masalah lain ataupun tidak.

Ujian darah dibuat untuk mengetahui pesakit tersebut mempunyai:

  • Jangkitan kuman
  • Fungsi hati dan buah pinggang
  • Bacaan gula dalam darah

Electroencephalogram (EEG) adalah salah satu ujian yang digunakan untuk mengesahkan seseorang itu mengalami masalah epilepsi. Elektrod akan dilekatkan pada bahagian kepala untuk melihat aktiviti gelombang elektrik di dalam otak. Mesin ini akan merakam aktiviti gelombang elektrik tersebut untuk menentukan pesakit mempunyai masalah ini ataupun tidak.

Ujian pengimejan pula dibuat untuk mengetahui punca-punca lain seperti ketumbuhan di dalam otak. Pengimejan yang boleh digunakan adalah seperti MRI dan CT-scan.



Rawatan epilepsi

Terdapat beberapa jenis rawatan yang digunakan untuk merawat mereka yang mengalami masalah ini. Rawatan tersebut adalah:

  • Ubat Anti-epilepsi: Ini adalah rawatan yang selalu digunakan oleh perawat kesihatan. U/bat ini boleh mengurangkan kekerapan sawan yang dihadapi. Sawan sesetengah pesakit boleh dihapuskan dengan penggunaan ubat ini.
  • Perangsang saraf Vagus: Alat ini diletakkan dibawah kulit pada bahagian dada yang berfungsi untuk merangsang saraf vagus yang berada dikawasan leher. Ia bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu daripada terkena sawan
  • Pembedahan otak: Otak yang terlibat menyebabkan sawan boleh dibuang dengan kaedah pembedahan.

Ubat untuk penyakit epilepsi

Rawatan yang pertama diberikan kepada pesakit selalunya adalah ubat anti-epilepsi. Ubat ini bertujuan untuk mengurangkan kekerapan dan keterukan sawan yang dihadapi. Ia tidak boleh digunakan untuk menghentikan sawan yang sedang berlaku ataupun menjadi penyembuh kepada masalah epilepsi.

Ubat ini akan diserap dalam saluran pencernaan, masuk ke dalam saluran darah dan pergi ke bahagian otak. Ia akan memberi kesan kepada neurotransmitter di dalam otak. Ini akan mengurangkan gelombang elektrik di dalam otak yang boleh menyebabkan sawan.

Beberapa jenis ubat yang selalu digunakan adalah:

  • Valproic acid
  • Lamotrigine
  • Levetiracetam
  • Carbamazepine
  • Topiramate
  • Ethosuximide

Terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku kepada pesakit:

  • Rasa letih
  • Kepala pening
  • Ruam pada kulit
  • Masalah pada memori

Terdapat juga kesan sampingan yang jarang berlaku seperti keradangan pada hati dan organ lain.

Pembedahan untuk Epilepsi. Adakah ia perlu?

Jika ubat tidak mampu mengurangkan kekerapa sawan, terdapat pilihan lain iaitu pembedahan. Pembedahan yang dibuat adalah membuang bahagian otak yang menyebabkan sawan tersebut bermula. Selalunya adalah bahagian temporal. Prosedur untuk membuang bahagian otak temporal ini dikenali sebagai Temporal Lobectomy

Terdapat beberapa kes dimana pesakit diletakkan di dalam keadaan sedar ketika mana pembedahan dilakukan. Ini membolehkan doktor berkomunikasi dengan pesakit ketika pembedahan dilakukan dan mengelakkan kerosakan kawasan otak yang mengawal penglihatan, pendengaran, percakapan dan pergerakan.



Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Adult epilepsy diet center. (n.d.).
  2. Mayo Clinic Staff. (2015, November 6). Epilepsy: Treatment.
  3. Mayo Clinic staff. (2015, November 6). Epilepsy. Symptoms and causes.
  4. Schachter, S. C., Shafer, P. O, & Sirven, J. I. (2013, August). Triggers of seizures. What is epilepsy? (2014, January).
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 2 =