Skip to content

Tekanan Darah Rendah: Punca, Simptom dan Rawatan

Tekanan Darah Rendah yang tidak mempunyai apa-apa simptom mungkin sesuatu yang normal bagi seseorang. Ia mungkin bacaan yang biasa bagi dirinya.

Tetapi jika tekanan darah tersebut lebih rendah daripada bacaan normalnya, pesakit mungkin akan menghadapi beberapa simptom seperti pening kepala dan pengsan. Bahkan jika ia terlalu rendah dan tidak mendapatkan rawatan, pesakit boleh kehilangan nyawa.

Julat tekanan darah yang normal adalah diantara bacaan 90/60 mmHg sehingga 140/90mmHg. Jika tekanan darah kurang daripada bacaan itu, maka pesakit akan mengalami masalah ini. Tetapi jika ia lebih daripada julat tersebut pula pesakit dikatakan mengalami tekanan darah tinggi pula.



Penting untuk mengetahui punca kepada masalah tekanan darah rendah ketika mana masalah tersebut menghasilkan simptom yang teruk. Ia boleh berpunca daripada badan yang kehilangan banyak air hinggalah kepada masalah perubatan.

Mesin pengukur tekanan darah

Apakah simptom dan tanda tekanan darah rendah?

Ada daripada individu yang tidak mempunyai apa-apa simptom walaupun tekanan darahnya sedikit rendah daripada bacaan yang normal. Ini mungkin disebabkan memang bacaan untuk tekanan darah sebelum ini mempunyai bacaan yang rendah.

Bacaan yang rendah ini selalunya terdapat pada kaum wanita dan juga orang yang kurus.

Jika bacaan tersebut terlalu rendah, ia akan menyebabkan beberapa simptom. Simptom ini terhasil disebabkan kekurangan aliran darah di dalam badan. Simptom-simptom tersebut adalah:

Jika seseorang itu sedang mengalami tekanan darah yang terlalu rendah, pesakit itu dikatakan sedang mengalami renjatan(Shock). Pesakit seperti ini akan mempunyai tanda-tanda seperti:

  • Bernafas dengan laju
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk
  • Muka dan tangan pucat
  • Degupan jantung akan menjadi laju daripada biasa
  • Pengsan


Periksa Simptom anda Di Sini

Apakah punca kepada masalah tekanan darah rendah?

Masalah tekanan darah rendah yang tidak mendatangkan apa-apa simptom adalah sesuatu yang tidak dirisaukan oleh para doktor. Beberapa punca yang menyebabkan tekanan darah rendah bagi golongan ini adalah:

  • Kurus
  • Perempuan
  • Keturunan

Jadi jangan risau jika tekanan darah anda rendah. Yang paling penting tiada simptom yang dikatakan di atas. Lagipun tekanan darah rendah adalah sesuatu perkara yang memerlukan rawatan yang segera. Mudah kata, nyawa anda boleh melayang jika betul anda mengalami masalah ini.

Beberapa punca sebenar yang boleh menyebabkan tekanan anda menjadi terlalu rendah adalah:

1. Masalah jantung

Jantung berfungsi untuk mengepam darah keseluruh bahagian badan. Organ inilah yang menyebabkan tekanan darah terhasil. Jika organ ini mengalami masalah, ia akan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah. Beberapa penyakit yang menyebabkan masalah pada jantung adalah:

  • Serangan sakit jantung
  • Injap jantung bermasalah
  • Jantung berdenyut dengan tidak normal
  • Lemah Jantung
  • Keradangan pada otot jantung(Myocarditis)

2. Masalah endokrin

Sistem endokrin adalah sistem yang melibatkan penghasilan hormon di dalam badan dan ia boleh mempengaruhi pelbagai organ di dalam badan termasuk jantung, buah pinggang dan sebagainya.

Beberapa masalah yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah disebabkan masalah endokrin adalah:

  • Diabetic Ketoacidosis: Penyakit mempunyai masalah kencing manis dan gula dalam darah adalah sangat tinggi. Ini menyebabkan pesakit kencing terlalu banyak dan badan menjadi kering dan kekurangan air. Perkara ini menyebabkan isipadu darah berkurangan jesteru mengurangkan tekanan darah.
  • Addison’s disease: Dalam penyakit ini pesakit tidak menghasilkan hormon yang cukup untuk mengekalkan kandungan garam di dalam darah. Ini menyebabkan air banyak disingkirkan melalui air kencing.
  • Terdapat beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan kesan yang sama.

3. Tubuh kurang air(Dehydration)

Masalah yang menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit boleh membuatkan seseorang itu kekurangan air di dalam badan. Terutamanya jika pesakit tidak boleh minum air disebabkan asyik muntah.



Masalah ini akan menyebabkan isipadu darah semakin kurang dan tekanan darah juga menjadi kurang.

4. Pendarahan

Pendarahan yang teruk juga akan menyebabkan isipadu darah menjadi berkurangan. Bagi pesakit seperti ini, darah yang hilang perlulah diganti dengan darah semula.

5. Jangkitan kuman yang teruk(Sepsis)

Jika kuman telah memasuki darah, ia boleh menyebabkan satu keadaan yang dinamakan sebagai sepsis. Jika tidak dirawat dengan cepat, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah dan keadaan ini dipanggil sebagai Septic Shock dan boleh membawa kepada maut. Jangkitan yang boleh berlaku dengan teruk adalah jangkitan paru-paru, jangkitan pada kulit(cellulitis), jangkitan pada tempat buang air kencing/Kencing kotor dan banyak lagi.

6. Alahan yang teruk(Anaphylaxis)

Alahan yang biasa seperti ruam yang tumbuh di kulit adalah sesuatu yang tidak dirasaukan. Akan tetapi ada keadaan dimana alahan itu menjadi teruk dimana ia akan menyebabkan salur darah dalam badan mengembang. Ini menyebabkan tekanan pada dinding salur darah semakin rendah dan darah sukar untuk dipam ke seluruh badan.

7. Pengambilan ubat

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh merendahkan tekanan darah. Selalunya ubat untuk tekanan darah tinggi boleh merendahkan tekanan darah.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah faktor risiko untuk menghadapi perkara ini?

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu lebih mudah menghadapi tekanan darah rendah adalah:

  • Pesakit yang berumur: Mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun akan lebih mudah menghadapi perkara ini kerana keadaan jantung. Pesakit yang berumur 65 tahun mungkin sudah mempunyai pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan: Pesakit yang mengambil ubat tekanan darah lebih berisiko untuk mengalami masalah ini.
  • Penyakit kronik: Mereka yang sedang menghadapi penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan pernah mengalami serangan sakit jantung adalah berisiko untuk mengalami perkara ini.

Apakah ujian yang perlu dilakukan untuk mengetahui punca masalah ini?

Terdapat beberapa jenis ujian yang akan dilakukan untuk mengetahui punca kepada masalah tekanan darah ini. Ujian tersebut adalah:

1. Ujian Darah

Pengambilan sampel darah diperlukan bertujuan untuk memeriksa beberapa perkara:



  • Full Blood Count(FBC): Dalam ujian FBC, ini bilangan sel darah akan dilihat. Jika bilangan sel darah merah rendah, ia mungkin menunjukkan pesakit sedang mengalami pendarahan. Jika sel darah putih tinggi pula, ia mungkin menunjukkan pesakit sedang mengalami jangkitan kuman yang teruk
  • Bacaan Gula: Untuk mengesahkan pesakit mempunyai kencing manis ataupun tidak. Jika bacaan terlalu tinggi, ia mungkin menyebabkan tekanan darah menjadi rendah
  • Bacaan Protein sel jantung: Ujian ini dilakukan jika pesakit disyaki mengalami serangan sakit jantung.

2. Ujian Elektrokardiogram

Pesakit yang disyaki mengalami sakit jantung perlulah dilakukan ujian ini. Dalam ujian ini, beberapa wayar akan dilekatkan pada badan pesakit untuk melihat gelombang jantung. Daripada situ, keadaan jantung boleh diketahui sama ada sedang mengalami serangan sakit jantung ataupun tidak

3. X-ray

Seseorang yang baru sahaja mengalami kemalangan dan mempunyai tekanan darah rendah, perlulah membuat beberapa jenis x-ray kerana patah dibahagian tersebut boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

X-ray yang selalu dibuat adalah x-ray bahagian dada dan pelvis. Pendarahan pada kedua bahagian ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah

Apakah rawatan masalah tekanan darah rendah?

Pesakit yang mempunyai tekanan darah rendah, rawatannya adalah berdasarkan punca-punca yang telah dinyatakan. Punca yang berlainan memerlukan rawatan yang berlainan. Sebagai contoh:

1. Serangan sakit jantung

Sakit jantung adalah disebabkan saluran darah jantung yang tersumbat dengan darah beku. Maka ubat pencair darah perlu diberikan untuk memecahkan darah beku tersebut supaya jantung boleh berdenyut seperti biasa.

2. Masalah pada injap jantung

Injap jantung yang tidak berfungsi dengan normal akan menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan banyak. Jika keadaan injap jantung adalah teruk, pembedahan diperlukan untuk menggantikan injap tersebut.

3. Diabetic ketoacidosis

Pesakit ini akan diberikan air yang banyak untuk menampung kekurangan air dalam badan. Insulin juga akan dimasukkan terus ke dalam salur darah untuk mengawal kandungan gula dalam darah.

4. Pendarahan

Bagi pesakit yang mengalami pendarahan yang teruk, darah diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. Kemudian punca pendarahan perlulah dikenalpasti dan pendarahan tersebut perlulah dihentikan.



5. Alahan yang teruk

Selalunya jika pesakit sudah mengalami tekanan darah rendah, suntikan adrenaline akan diberikan kepada pesakit untuk melawan alahan tersebut. Adrenaline juga dapat mengecutkan saluran darah supaya tekanan darah yang normal dapat dikekalkan.

Mesin pengukur tekanan darah

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Hypotension. National Heart, Lung, and Blood Institute.
  2. Understanding blood pressure readings. American Heart Association.
  3. Low blood pressure. American Heart Association.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − seven =