Skip to content

Kencing Manis : Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada kencing manis dan juga rawatannya? Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah ini berserta rawatan dan cara pencegahan.

Pengenalan

Kencing manis juga dikenali sebagai Diabetes mellitus dalam istilah perubatan. Ia merupakan salah satu penyakit metabolik kerana ia memberi kesan kepada kandungan gula di dalam darah. 

Ia berpunca daripada kegagalan sistem badan mengekalkan kandungan gula pada tahap yang normal. Maka kandungan gula dalam darah meningkat daripada aras yang normal dan keadaan ini dipanggil sebagai hiperglisemia.


Simptom dan tanda kencing manis ini selalunya akan berlaku apabila pesakit mempunyai kencing manis yang tidak terkawal. Simptom tersebut adalah:

  • Polyuria: Pesakit akan kerap membuang air kencing
  • Polydipsia: Pesakit akan sentiasa merasa haus dan mengambil air dalam kuantiti yang banyak
  • Polyphagia: Pesakit akan sentiasa rasa lapar dan asyik makan
  • Nocturia: Pesakit akan kerap bangun malam untuk buang air kencing
  • Mendapat jangkitan kuman yang teruk dan susah sembuh
  • Kaki rasa kebas
  • Tangan rasa kebas
  • Carbuncle(jangkitan kuman yang melibatkan beberapa folikel pada kulit yang membentuk nanah yang besar)


Punca Kencing Manis

Penyakit ini berpunca daripada beberapa faktor risiko. Faktor risiko tersebut adalah:

Terdapat beberapa punca dan jenis penyakit lain yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Penyakit-penyakit tersebut adalah

  • Penyalahgunaan steroid
  • Keradangan pankreas
  • Cystic fibrosis
  • Hemochromatosis
  • Pheochromocytoma
  • Glucagonoma
  • Gestational diabetes: Kencing manis ketika mengandung

Bagaimana kencing manis berlaku?

Sebelum itu para pembaca perlu tahu bahawa untuk menurunkan para gula dalam badan kita, kita memerlukan insulin. Akan tetapi bagi mereka yang mengalami kencing manis, kadar insulin atau fungsi insulin ini tergganggu.



Kencing manis berlaku disebabkan 2 perkara iaitu:

  • Kerintangan insulin(Insulin resistance): Kerintangan insulin bermaksud insulin dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya untuk menurunkan gula dalam darah. Ini selalu berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang tinggi. Berat badan berlebihan akan menyebabkan hormon leptin dirembeskan dengan lebih banyak di dalam badan dan menyebabkan hormon insulin pula tidak dapat berfungsi dengan betul.
  • Kekurangan penghasilan insulin(Insulin Deficiency): Masalah ini selalu berlaku pada mereka yang mengalami kencing manis Jenis 1. Boleh baca penerangannya di bawah ini.

Jenis kencing manis

Perlu kita tahu bahawa masalah ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu

  1. Kencing manis jenis 1(Type 1 Diabetes mellitus): Ia disebabkan sel imun badan menjadi keliru dan menyerang sel pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Ini menyebabkan pesakit tidak lagi menghasilkan hormon insulin dan kencing manis pun berlaku
  2. Kencing manis jenis 2(Type 2 Diabetes mellitus): Ia disebabkan kerintangan insulin. Selalunya mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis dan obes. Kencing manis jenis ini adalah yang paling selalu berlaku di dalam masyarakat

Bagi mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah kencing manis ataupun tidak, pesakit perlulah menjalani pemeriksaan darah untuk melihat kandungan gula dalam darah.

Jenis darah yang perlu diambil adalah darah daripada saluran vena. Ia adalah lebih tepat berbanding darah daripada saluran kapilari(Iaitu darah yang selalu diambil pada hujung jari).

Terdapat 2 pembahagian bagi pesakit ini ketika melakukan saringan kencing manis iaitu mereka yang mempunyai simptom dan mereka yang tidak mempunyai simptom.

1. Pesakit yang mempunyai simptom

Mereka yang mempunyai simptom seperti yang dikatakan di atas seperti kerap kencing, kerap rasa dahaga, selalu letih berserta bacaan gula yang tinggi, akan disahkan menghidapi penyakit ini.

Bacaan gula yang tinggi

Bacaan gula ketika puasa: Lebih 7 mmol/L
Bacaan gula ketika tidak berpuasa: 11.1 mmol/L


2. Pesakit yang tidak mempunyai simptom

Pesakit yang tidak mempunyai apa-apa simptom memerlukan bacaan gula yang tinggi sebanyak 2 kali sebelum disahkan mengalami kencing manis.

Bacaan gula ketika puasa yang melebihi 7mmol/L sebanyak 2 kali menunjukkan pesakit mempunyai kencing manis.

Oral Glucose tolerance test(OGTT)

Bagi pesakit yang mempunyai bacaan gula diantara 6.1-6.9mmol/L, pesakit perlulah menjalani ujian OGTT untuk mengesahkan sama ada pesakit mengalami kencing manis ataupun tidak.

Dalam ujian ini, pesakit akan disuruh puasa terlebih dahulu di malam hari. Kemudian, pagi tersebut darah akan diambil terlebih dahulu untuk memeriksa kandungan gula.

Selepas itu, pesakit akan disuruh minum air gula dan diminta tunggu selama 2 jam. Selepas 2 jam, darah akan diambil semula untuk memeriksa kandungan gula dalam darah.

Jika bacaan gula melebihi 11.1mmol/L, pesakit disahkan mempunyai kencing manis.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komplikasi

Komplikasi yang berlaku bagi pesakit ini adalah disebabkan kerosakan pada saluran darah. Ketika mana saluran darah tersebut rosak, ia boleh menyebabkan sumbatan salur darah di bahagian tersebut dan menyebabkan sel dikawasan itu mati.

Beberapa komplikasi yang boleh berlaku adalah:

Ujian mengesan komplikasi kencing manis

Seperti mana yang kita tahu, seseorang yang mempunyai masalah ini akan mudah terdedah kepada komplikasi seperti serangan sakit jantung, kerosakan buah pinggang, kerosakan mata dan sebagainya.



Oleh itu, terdapat pemeriksaan berkala yang perlu dilakukan oleh pesakit supaya komplikasi awal dapat dikesan dan dirawat seawal yang mungkin.

Beberapa ujian yang akan dilakukan adalah:

1. Bacaan microalbumin dalam air kencing

Terdapat sesetengah pesakit kencing manis mempunyai protein di dalam air kencingnya. Kehadiran protein dalam air kencing menunjukkan terdapat kebocoran pada buah pinggang disebabkan kencing manis tersebut.

Jika tidak dirawat ia akan merosakkan buah pinggang tersebut sedikit demi sedikit. Pada awalnya, pesakit tidak akan mempunyai apa-apa simptom dan bacaan untuk lihat fungsi buah pinggang adalah normal.

Pesakit kencing manis yang mempunyai masalah protein dalam air kencing selalunya akan diberi ubat Angiotensin-converting enzyme inhibitor(ACEi). Ini disebabkan terdapat kajian yang menunjukkan ubat ini dapat mengurangkan protein dalam air kencing jesteru melindungi buah pinggang daripada mengalami kerosakan yang teruk. Perlu diketahui bahawa Ubati ACEi ini adalah ubat darah tinggi.

2. Ujian ECG

ECG digunakan untuk memeriksa keadaan jantung sama ada mempunyai komplikasi ataupun tidak. Ini kerana sesetengah pesakit mempunyai simptom yang tidak selalunya berlaku ketika mana seseorang itu menghadapi sakit jantung.

Pesakit selalunya akan membuat ujian ini setahun sekali sahaja jika tidak mempunyai apa simptom.



3. Fundoscopy

Masalah ini boleh merosakkan saluran darah termasuk saluran darah dibahagian mata. Oleh itu, pesakit perlu menjalani pemeriksaan rutin bagi mata.

Pemeriksaan yang selalunya dilakukan adalah dengan menggunakan fundus camera dimana kamera khas digunakan untuk melihat retina mata.

4. X-ray dada

Pesakit diabetes mudah dijangkiti kuman tibi. Ini disebabkan penyakit diabtes akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah menyebabkan penyakit tibi ini senang menjangkiti mereka.

Oleh kerana itu, pesakit akan diminta untuk membuat x-ray dada setahun sekali untuk melihat keadaan paru-paru.

5. Fungsi buah pinggang

Penyakit diabetes boleh memberi kesan kepada buah pinggang. Jika gula tidak dikawal dengan baik, ia akan membebankan buah pinggang dengan gula yang banyak dan menyebabkan ia rosak sedikit demi sedikit. Sebab itulah pentingnya untuk memeriksa fungsi buah pinggang tersebut secara berkala



6. Fungsi Hati

Sesetengah pesakit ini mempunyai masalah hati dimana terdapat lemak di dalam organ tersebut. Ini boleh menjejaskan fungsi hati tersebut.

Oleh itu, sampel darah untuk memeriksa fungsi hati tersebut perlulah dibuat.


Rawatan untuk masalah ini perlulah dilakukan secara holistik dan merangkumi semua aspek. Ini kerana jika kawalan gula tidak betul, pesakit semakin lama akan mempunyai komplikasi terhadap penyakit ini.

Beberapa rawatan yang boleh dilakukan:

1. Perubahan gaya hidup

Permakanan

Pesakit selalunya akan dirujuk kepada pakar pemakanan untuk diajar cara dan jenis makanan yang sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah ini.

Makanan yang bagus dan terkawal akan dapat mengawal kandungan gula di dalam badan

Aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal yang cukup untuk badan akan menyebabkan berat badan kita berkurangan. Apabila berat badan berkurangan, insulin menjadi lebih sensitif dan lebih mampu untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk anda adalah:

  • Bersenam 5 kali seminggu atau
  • Perlu bersenam lebih daripada 150 minit dalam seminggu

2. Penggunaan ubat

Ubat ini bergantung kepada bacaan Hba1c. Hba1c adalah bacaan kawalan gula yang diambil daripada darah pesakit. Bacaan ini akan mengambarkan kawalan gula bagi 3 bulan yang lepas. Pesakit yang mempunyai bacaan gula kurang daripada 6.5% selalunya tidak memerlukan apa-apa ubat jika masalah diabetes tersebut baru dikesan. Bagi pesakit jenis ini, ia cukup dengan kaunseling permakanan.

Tetapi jika bacaan Hba1c melebih 6.5%, ubat sudah perlu untuk diberikan kepada pesakit.

Beberapa jenis ibuat yang selalunya digunakan untuk pesakit adalah:

  1. Metformin daripada kelas Biguanide
  2. Glibenclamide, Gliclazide dan Glimepiride daripada kelas sulphonylureas
  3. Acarbose daripada alpha-glucosidase
  4. Rosiglitazone daripada kelas Thiazolidinediones
  5. Sitagliptin, vildagliptin dan saxagliptin daripada kelas Dipeptidyl peptidase 4-inhibitor.

3. Penggunaan insulin

Bagi pesakit yang masih mempunyai kawalan gula yang teruk walaupun telah diberikan ubat kencing manis makan, maka solusi terkakhir adalah penggunaan insulin.

Insulin berfungsi untuk memasukkan gula daripada darah ke dalam sel. Ketika mana insulin rendah dalam badan ataupun insulin ini tidak berfungsi dengan betul, kandungan gula dalam darah akan meningkat.

Oleh sebab itulah, pesakit yang menghadapai masalah kencing manis ini juga boleh diberikan insulin.

Pesakit yang mempunyai Hba1c lebih daripada 10% perlulah diberi ubat ini untuk benar-benar mengawal kencing manis dalam badan.

Artikel yang berkaitan:

Tekanan Darah TinggiKolesterol Tinggi
Sakit JantungAngin Ahmar
Rosak Buah PinggangKatarak

Rujukan:

  1. Clinical Practice Guidelines: Management of Type 2 Diabetes Mellitus(5th Edition), Dec 2015
  2. Diagnosis and classification of diabetes mellitus. Diabetes Care. 2010 Jan. 33 Suppl 1:S62-9.
  3. U.S. Preventive Services Task Force. Screening for Type 2 Diabetes Mellitus in Adults.
  4. American Diabetes Association. Standards of medical care in diabetes–2012. Diabetes Care. 2012 Jan. 35 Suppl 1:S11-63.
  5. Report of the expert committee on the diagnosis and classification of diabetes mellitus. Diabetes Care. 2003 Jan. 26 Suppl 1:S5-20.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − 1 =