Skip to content

Ubat Darah Tinggi: Jenis dan Kesan sampingan

Ubat darah tinggi merupakan salah satu ubat yang selalu diambil oleh seseorang individu di dalam masyarakat. Ini seperti yang diketahui bahawa masalah penyakit tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit yang selalu berlaku di dalam masyarakat.

Jenis jenis ubat darah tinggi

Walaubagaimanapun, pesakit perlulah mengetahui beberapa jenis ubat darah tinggi yang diambil oleh anda. Ini kerana setiap daripada ubat tersebut mempunyai kesan sampingan yang perlu diperhati oleh pesakit.

Artikel ini akan menceritakan beberapa jenis ubat darah tinggi yang selalu digunakan oleh para doktor.

1. Calcium Channel Blocker

Contoh ubat darah tinggi


Beberapa contoh ubat darah tinggi jenis Calcium Channel Blocker adalah:

  • Amlodipine
  • Felodipine
  • Nefidipine
  • Verapamil
  • Diltiazem
Cara bertindak

Ubat darah tinggi jenis ini bertindak dengan menggunakan 3 kaedah iaitu:

  • Mengurangkan pengecutan otot pada saluran darah dan menyebabkan diameter saluran tersebut bertambah. Ini akan mengurangkan tekanan pada dinding saluran darah tersebut
  • Bertindak pada otot jantung yang akan mengurangkan kekuatan otot jantung mengepam darah
  • Bertindak pada kalenjar adrenal yang akan mengurangkan penghasilan hormon aldosterone. Kurangnya hormon aldosterone akan mengurangkan penyerapan semula garam daripada buah pinggang.
Kesan sampingan

Kesan sampingan yang selalu dialami oleh mereka yang mengambil ubat ini adalah kaki menjadi bengkak air.

Masalah kaki bengkak tersebut selalunya akan pulih semula apabila penggunaan ubat ini diberhentikan atau dikurangkan dos.

Terdapat juga beberapa kesan sampingan lain yang boleh berlaku iaitu:

  • Pening kepala
  • Tekanan darah menjadi rendah
  • Denyutan nadi menjadi lambat
  • Sembelit
  • Asid Refluks

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

2. Diuretic (Ubat Darah tinggi jenis Lawas Air kencing)

Contoh ubat


Beberapa contoh ubat darah tinggi jenis diuretic adalah:

  • Hydrochlorothiazide
  • Furosemide
  • Spironolactone
  • Indapamide
Cara bertindak

Untuk ubat jenis ini, ia dibahagikan kepada beberapa jenis lagi. Tetapi secara mudahnya semua daripada ubat jenis berfungsi untuk menyingkirkan air daripada badan.

Ini akan mengurangkan tekanan pada dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah juga berkurangan.

Kesan sampingan

Terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu diketahui oleh pesakit. Ia adalah:

  • Meningkatkan kepekatan asid urik dalam badan. Ini akan menyebabkan seseorang itu boleh terkena penyakit gout ataupun lebih kerap diserang penyakit gout bagi sesiapa yang sudah menghidapnya.
  • Pening kepala
  • Mulut kering
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Otot Kejang

3. Beta Blocker

Contoh ubat

Terdapat beberapa jenis ubat beta-blocker. Ia adalah:

  • Metoprolol
  • Bisoprolol
  • Atenolol
  • Carvedilol
  • Propanolol
Cara Bertindak

Pada salur darah dan jantung kita terdapat reseptor yang dinamakan sebagai Adrenegic beta receptors dimana ia akan bertindak balas dengan hormon noradrenaline.

Di saluran darah, noradrenaline ini akan menyebabkan saluran darah mengecut menyebabkan diameter salur darah berkurangan dan tekanan semakin meningkat.

Di jantung pula, noradrenaline ini akan menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan bertambah kuat. Semakin laju dan semakin kuat jantung mengepam darah, maka tekanan darah juga akan meningkat.



Manakala, ubat beta blocker ini pula berfungsi untuk menghalang hormon noradrenaline ini daripada bertindak pada saluran darah dan jantung. Ini menyebabkan tekanan darah berkurangan.

Kesan sampingan

Terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu diketahui oleh pesakit. Ia adalah:

Pesakit yang mempunyai asma dilarang untuk mengambil ubat jenis ini kerana ia boleh menyebabkan serangan asma berlaku

4. Angiotenson Converting Enzyme Inhibitor(ACEi)

Contoh ubat ubat darah tinggi

Terdapat beberapa contoh ubat iaitu:

  • Perindopril
  • Captopril
  • Enalapril
  • Lisinopril
  • Ramipril
Cara Bertindak

Dalam badan ada satu hormon bernama angiotensin. Ia berfungsi untuk mengecutkan saluran darah, meningkatkan serapan garam di dalam buah pinggang dan beberapa fungsi lagi.

Perkara ini akan menyebabkan tekanan darah berada pada tahap yang normal. Akan tetapi pada mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, hormon ini perlu dikurangkan agar tekanan darah juga berkurangan.

Kesan sampingan

Terdapat beberapa kesan sampingan yang perlu diketahui oleh pesakit. Ia adalah:

  • Fungsi buah pinggang yang semakin merosot. Mereka yang baru sahaja diberikan ubat ini wajib diperiksa fungsi buah pinggangnya 2 minggu setelah ubat ini dimulakan. Ia kerana ada sesetengah pesakit yang mengalami masalah buah pinggang setelah ubat ini dimulakan. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengelakkan buah pinggang tersebut mengalami sebarang masalah.
  • Hyperkalemia. Dalam masalah ini, pesakit akan mengalami jumlah potassium yang terlalu tinggi di dalam darah. Komplikasinya pesakit mungkin akan mengalami rentak jantung yang tidak normal. Kemudian, ia juga boleh menyebabkan jantung berhenti dan menyebabkan kematian. Oleh sebab itu, perlunya pesakit memeriksa kandungan pottasium dalam badan 2 minggu selepas memulakan ubat ini. (Ujian fungsi buah pinggang selalunya akan termasuk pemeriksaan kandungan potassium dalam darah juga.
  • Jantung berdebar
  • Batuk yang lama
  • Pening kepala

Pembelian mesin pengukur tekanan darah

Kami telah memilih produk tersebut berdasarkan kualitinya. Walaubagaimanapun, pengguna perlu mengadu kepada penjual jika terdapat sebarang masalah. Pembelian daripada link di atas akan menjana pendapatan kepada The Diagnosa.

Ubat Darah Tinggi yang lain



Ubat AmlodipineUbat Perindopril
Ubat CaptoprilUbat Losartan
Ubat EnaprilUbat Candesartan
Ubat TelmisartanUbat Darah Tinggi

Rujukan:

  1. Williams B, Mancia G, Spiering W, et al, for the ESC Scientific Document Group. 2018 ESC/ESH guidelines for the management of arterial hypertension. Eur Heart J. 2018 Sep 1. 39 (33):3021-104
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 2 =