19/09/2020

The Diagnosa

Dapatkan Tips kesihatan dan penjelasan kepada penyakit anda disini

rawatan resdung

Rawatan Resdung: Jenis Ubat dan Penggunaannya

Resdung dalam istilah perubatan dikenali sebagai Allergy Rhinitis. Ia berkaitan dengan masalah allergy ataupun Alahan. Rawatan resdung yang dilakukan adalah lebih kepada rawatan alahan. Selalunya Rawatan resdung melibatkan penggunaan ubat untuk mengurangkan simptom resdung dan juga mengelakkan daripada serangan resdung itu terjadi.

Apakah Simptom Resdung?

Simptom Resdung adalah:

4 simptom ini adalah ciri-ciri tipikal bagi seseorang yang mengalami resdung. Selalunya simptom ini berlaku diwaktu sejuk dan pada awal pagi. Ia menjadi teruk apabila terdedah dengan bahan yang pesakit alah.

Selain daripada itu, pesakit juga mungkin akan mempunyai simptom

  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Gatal dan berair mata
  • Rasa letih

Rawatan resdung

Adalah lebih baik untuk mengelakkan bahan-bahan yang akan menyebabkan seseorang itu mengalami serangan resdung. Bahan-bahan tersebut bergantung kepada setiap individu. Tetapi selalunya pesakit akan senang alah pada habuk, hama, bulu haiwan peliharaan dan apa-apa yang berdebu.

Kadang-kadang makanan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami serangan resdung.

Beberapa ubat yang boleh diambil untuk masalah ini adalah:

1. Ubat antihistamin

Ubat ini selalunya berbentuk tablet ataupn sirap. Ia digunakan untuk melawan ataupun mengurangkan simptom alahan yang berlaku.

Beberapa contoh ubat ini adalah seperti chlorpheniramine, loratidine dan cetrizine.

2. Ubat untuk hidung tersumbat(decongestants)

Ubat ini untuk mengecutkan saluran darah pada lubang hidung supaya penghasilan hingus semakin berkurangan. Dengan itu, ia mengurangkan simptom hidung tersumbat.

Ubat tablet yang selalu digunakan adalah pseudoephedrine. Ubat ini selalunya akan mempunyai kombinasi dengan ubat antihistamin

Selain daripada itu ada ubat titis dalam lubang hidung seperti oxymetazoline. Penggunaan ubat ini memerlukan pesakit untuk berjumpa doktor. Kerana ia mempunyai kesan sampingannya sendiri.

Ia tidak boleh digunakan lebih daripada 7 hari. Ini kerana apabila pesakit berhenti memakainya lepas 7 hari, selesema itu akan menjadi semula dengan lebih teruk.

3. Ubat semburan hidung yang terdiri daripada steroid

Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung. Tetapi ia mesti diperiksa oleh doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat ini.

Cara untuk mengelak serangan Resdung

Terdapat beberapa cara ataupun perkara yang boleh diperbuat bagi mereka yang menghadapi masalah resdung. Ia boleh mengurangkan serangan resdung itu sendiri. Beberapa cara tersebut adalah:

  • Sentiasa kemas dalam rumah untuk mengelakkan habuk yang banyak
  • Bila mengemas rumah, topeng mulut boleh dipakai untuk mengelakkan tersedut habuk
  • Tidak tidur di atas karpet
  • Bunuh lipas dirumah anda. Ini kerana najisnya akan menjadi habuk yang anda sedut. Selalunya pesakit resdung sangat alah terhadap benda ini.
  • Elakkan daripada membela haiwan perliharaan
  • Jika ingin juga membela, mandikan mereka selalu.

Bacaan lengkap berkenaan Resdung boleh rujuk link ini

Rujukan

  1. Rhinitis overview. American Academy of Allergy, Asthma and Immunology.
  2. Allergies and hay fever. American Academy of Otolaryngology — Head and Neck Surgery. http://www.entnet.org/node/1347.