Skip to content

Selsema: Punca, Simptom dan Cara Merawat

Semua orang pasti pernah mengalami selsema. Bahkan, bagi sesetengah orang, selsema merupakan perkara normal bagi mereka kerana mereka terlalu kerap menghidapi masalah ini. Adakah selesema sesuatu yang tidak perlu dirisaukan atau ia sebenarnya sesuatu yang serius?

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah berserta punca dan cara-cara untuk merawatnya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca
  3. Cara Merawat Selsema

Pengenalan


Selsema atau hidung berair merupakan suatu keadaan di mana terdapat lelehan mukus keluar daripada hidung. Ia biasanya terjadi di waktu cuaca sejuk, di tempat yang berdebu ataupun apabila kita terdedah kepada virus ataupun alergi.



Penghasilan mukus dalam hidung merupakan sesuatu yang normal. Ia dihasilkan oleh lapisan mukosa yang ada di saluran pernafasan. Terdapat cilia di saluran pernafasan kita yang bertanggungjawab memerangkap bendasing yang ada dalam udara yang kita sedut. Lapisan mukus dan cilia inilah yang melindungi system pernafasan kita daripada terdedah kepada bendasing tadi. Mukus ini juga mengandungi antibodi dan enzim yang akan melawan dan membunuh virus dan bakteria yang mungkin terkandung di  dalam udara yang kita sedut.

Mukus ini akan mengalir bersama bendasing yang telah diperangkap tadi ke dalam tekak dan seterusnya masuk ke dalam perut dan dihancurkan oleh asid di dalam perut.  Kadang kadang, mukus ini juga dikeluarkan dari badan melalui kahak dan hingus.

Apabila cuaca sejuk, proses ini berlaku dengan perlahan menyebabkan mukus ini terkumpul dalam hidung dan mengalir keluar.

Punca Selsema


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah selesema. Ia adalah:

1. Alergi(Alahan)



Alergi hidung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic Rhinitis (resdung). Ia adalah penyebab biasa terjadinya selesema. Antara pencetus masalah ini adalah debu, bulu haiwan, debunga dan habuk permaidani. Selain selesema, alergi juga menyebabkan bersin, sakit kepala dan sakit tekak. Ia terjadi apabila debu yang disedut ke dalam hidung meradangkan hidung dan menyebabkan terjadinya banyak penghasilan mukus.

Bagi mengatasi masalah alergi hidung ini, jauhkan diri anda daripada perkara yang boleh mencetuskannya. Anda juga boleh mendapatkan ubat anti radang di farmasi bagi meredakan selesema.

2. Jangkitan virus

Terdapat pelbagai jenis virus yang menyebabkan selesema. Kumpulan virus ini dipanggil virus respiratori. Kerap kali, tanda tandanya lebih kurang sama. Selesema merupakan tanda yang terjadi pada hampir semua virus tadi. Jangkitan juga boleh sembuh  sendiri ataupun menjadi serius dan perlu dimasukkan ke hospital. Antara simptom lainnya ialah batuk, sakit tekak dan lesu. Dalam jangkitan yang lebih serius, anda mungkin akan mengalami sakit badan dan demam.

Dalam kebanyakan jangkitan virus, anda akan sembuh dalam masa beberapa hari ke seminggu. Dapatkan rehat yang secukupnya dan pastikan anda minum air yang banyak. Pada masa yang sama, bagi meredakan simptom lain, anda boleh mendapatkan ubat anti radang dari farmasi. Bagi jangkitan virus yang lebih serius, anda mungkin memerlukan lebih dari itu seperti antibiotic jadi anda dinasihatkan untuk ke hospital.

3. Sinusitis

Sinusitis adalah jangkitan dalam ruang sinus iaitu ruang di sekitar mata, hidung dan mulut. Ia terjadi sebagai komplikasi kepada jangkitan virus yang berlarutan. Apabila ruang sinus ini menjadi radang, ia akan mencetuskan pertambahan penghasilkan mucus. Antara simptom lainnya adalah sakit kepala, hidung tersumbat dan sakit di sekitar muka.

Ini adalah sejenis keadaan yang berbahaya kerana jangkitan ini boleh merebak ke otak kerana ruangan ini bersambung dengan pangkal otak. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan seperti antibiotic, ubat tahan sakit dan ubat steroid bagi mengawal radang.



4. Ubatan

Terdapat sesetengah ubat yang boleh mencetuskan selesema. Antaranya ialah:

  • Sesetengah ubat anti radang seperti aspirin dan ibuprofen
  • Ubat anti depresi
  • Ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi

Ambil tahu kesan sampingan ubatan yang anda ambil. Memandangkan kesan sampingan selesema bukanlah sesuatu yang serius, anda mungkin tidak perlu menukar ubatan anda. Doktor akan memberikan anda ubat anti radang jenis titik hidung.

5. Perubahan hormon

Dalam sesetengah keadaan terutamanya wanita, perubahan yang terjadi ketika proses akil baligh dan ketika datang bulan juga boleh memberi kesan kepada penghasilan mukus. Ini juga boleh terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang.

Anda boleh melegakan selesema anda dengan ubat anti radang dari farmasi. Bagi wanita hamil yang kerap mengalami selesema sepanjang kehamilan, bincang dengan doktor anda mengenai ubat anti radang yang selamat digunakan. Kebiasaannya, selesema akan hilang setelah kehamilan berakhir.

6. Perubahan cuaca

Cuaca yang ekstrem seperti terlalu panas atau terlalu sejuk, cuaca berjerebu  dan berasap juga boleh mencetuskan selesema. Cuaca sebegini boleh menyebabkan lapisan mukosa hidung menjadi kering dan menyebabkan radang dan menghasilkan banyak mukus.



Bagi mengatasinya, pakai penutup hidung dan mulut jika keadaan cuaca terlalu ekstrem bagi mengekalkan kelembapan di dalam hidung. Jika berada dalam kawasan dipenuhi asap seperti kawasan dipenuhi asap rokok, jauhkan diri anda dan pakai penutup hidung dan mulut.

7. Anatomi hidung

Anda mungkin mempunyai ketumbuhan dalam hidung yang menyebabkan radang kepada lapisan mukosa hidung. Apabila radang terjadi, penghasilan mukus meningkat dan menyebabkan selesema. Antara tanda tanda ketumbuhan lain ialah kurang deria bau, berdengkur dan sakit kepala. Jangan risau kerana ketumbuhan ini tidak berbahaya dan boleh dirawat dengan ubat spray anti radang untuk mengecutkan ketumbuhan tersebut. Jika ketumbuhan bersaiz besar, anda mungkin memerlukan pembedahan kecil.

Jika seseorang itu mempunyai ruang dalam hidung yang sempit kerana septum yang tidak sama, ia juga boleh menyebabkan terjadinya radang dan selesema. Septum yang tidak sama ini boleh terjadi secara semula jadi dari lahir ataupun kesan kecederaan pada hidung. Apabila septum tidak sama, ruangan dalam hidung juga menjadi tidak seimbang. Ini boleh menyebabkan jangkitan yang berulang dan inflamasi kronik. Doktor akan memberi ubat anti  radang jenis spray bagi mengawal simptom. Jika keadaan berlarutan, anda mungkin memerlukan pembedahan kecil bagi membaiki septum.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara untuk merawat Selsema


Kebiasannya, selesema anda akan reda dengan sendirinya dan dengan bantuan ubat anti radang. Amalkan perkara berikut bagi mempercepatkan proses  penyembuhan:

1. Ubat selsema(Anti-histamin)

Ubat selsema ini akan merencat fungsi histamin. Histamin ini berfungsi untuk menyebabkan pengembangan salur darah dibahagian hidung menyebabka selsema berlaku. Jika fungsinya direncatkan, maka hidung pun akan kurang menghasilkan mukus.

Ubat yang selalu digunakan adalah loratadine dan Cetrizine



2. Ubat tersumbat hidung (decongestant)

Ubat ini berfungsi untuk mengecutkan salur darah di bahagian hidung. Ini menyebabkan kurangnya darah pergi ke bahagian hidung dan penghasilan mukus/selsema itu pun berkurangan.

Ubat ini selalunya mempunyai kombinasi dengan ubat anti-histamine. Sebagai contoh Clarinase iaitu kombinasi loratadine(anti-histamin) dan pseudoepidherine(Decongestant)

3. Ubat Titik hidung

Ubat ini selalunya adalah air garam yang berfungsi untuk mencairkan mukus supaya ia senang dikeluarkan oleh pesakit. Selalunya ubat ini diberikan kepada pesakit kurang daripada 2 tahun

4. Rehat yang secukupnya

Rehat yang secukupnya dan minum air yang banyak. Banyakkan makan buahan yang mengandungi vitamin C seperti oren bagi membantu sistem imunisasi badan. Ada kajian yang mengatakan Vitamin C ini membantu dalam masalah selesema dan ada juga kajian yang mengatakan ia tidak membantu

5. Mesin Pelembab udara



Gunakan pelembap udara di dalam rumah bagi mengekalkan kelembapan udara dan menjamin kualiti udara. Ia juga berfungsi untuk menapis bendasing yang terdapat dalam udara.

6. Elakkan pencetus alergi

Cuba kenal pasti perkara yang menyebabkan reaksi alahan berlaku dan elakkan perkara tersebut

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Runny nose. Cleve and Clinic

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − eight =