Skip to content

Puting Sakit: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah sakit puting dan rawatannya? Artikel ini akan menerangkan berkenaan masalah ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Sakit Puting
  3. Ujian pengesanan punca
  4. Rawatan Sakit puting
  5. Kesan pada proses penyusuan
  6. Cara untuk mengelakkan sakit puting

Pengenalan


Terdapat banyak sebab boleh terjadinya sakit pada puting. Sesetengahnya adalah seringkas seperti saiz bra yang salah. Ada sebab lain lebih serius seperti kanser payudara juga boleh menyebabkan sakit pada puting.

Punca sakit puting


Antara penjelasan paling mudah mengenai sakit pada puting ialah geseran. Bra yang longgar ataupun baju yang ketat boleh menggeser pada puting yang sensitif dan menyebabkan iritasi. Jika geseran bukan puncanya, berikut merupakan keadaan lain yang boleh menyumbang:



1. Kitaran haid

Sesetengah wanita mengalami rasa sakit dan tidak selesa pada payudara mereka sebelum haid mereka bermula. Ini boleh terjadi disebabkan hormon estrogen dan progesteron yang banyak pada waktu ini, menyebabkan payudara menjadi bengkak dengan air dan membesar. Sakit dan rasa tidak selesa tadi akan hilang setelah haid bermula.

2. Kehamilan

Proses kehamilan membawa banyak perubahan pada badan. Antaranya ialah sakit pada payudara dan pergelangan kaki yang bengkak. Ini semua berpunca daripada komposisi hormon dalam badan yang berubah ubah bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. Payudara yang bengkak dan sakit merupakan antara tanda awal kehamilan. Anda juga dapat melihat seperti ada benjolan kecil di sekitar puting. Apabila kehamilan mula membesar, sakit pada payudara akan hilang.

3. Ekzema atau dermatitis.



Ciri ciri seperti kulit kering, terkopek dan biji air di sekitar puting yang sakit mungkin menandakan anda mempunyai masalah kulit (dermatitis) seperti ekzema. Ia terjadi disebabkan inflamasi yang terjadi di sekitar kulit apabila terdedah dengan bahan seperti sabun.

4. Kanser payudara.

Antara simptom kanser payudara ialah sakit pada puting, benjolan pada payudara, puting tenggelam, keluar lelehan cecair dari puting dan perubahan saiz pada payudara.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pengesanan Punca


Kebanyakan daripada masalah ini adalah berpunca daripada perkara yang tidak merbahaya seperti saiz bra yang salah, disebabkan penyusuan bayi dan akan baik dengan sendirinya. Pesakit hanya datang berjumpa doktor jika sakit tersebut berterusan ataupun mempunyai simptom yang lain seperti benjolan pada payudara, lelehan keluar dari puting dna sebagainya.

Doktor akan mendapatkan maklumat terperinci tentang sakit anda dan bertanyakan tentang kitaran haid, proses penyusuan dan sebagainya. Setelah itu, doktor akan melakukan pemeriksaan pada payudara dan puting. And juga mungkin memerlukan ujian lain seperti:

  • Mammogram iaitu ujian pengimejan yang digunakan bagi melihat struktur payudara dan puting dengan lebih jelas
  • Ultrasound, bagi melihat perubahan atau benjolan pada payudara dan mengenal pasti ciri ciri benjolan seperti keras, cystic, berisi cecair dan tanda kanser.
  • Biopsy juga mungkin diperlukan bagi melihat dengan lebih jelas dan menganalisis sampel tisu yang diambil dari payudara.

Rawatan Sakit Puting


Rawatan akan bergantung kepada punca masalah ini. Jika disebabkan oleh geseran, tukar kepada bra dan baju dengan saiz yg betul. Jika disebabkan oleh dermatitis, anda memerlukan krim steroid ataupun losyen bagi meredakan keradangan.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan tips berikut:



  • Mengambil ubat tahan sakit seperti Tylenol atau Ibuprofen dari farmasi
  • Meletakkan tuala lembab dan suam di kawasan payudara
  • Menggunakan lanolin ointment bagi mengelakkan puting terluka

Jika punca sakit pada puting anda adalah disebabkan kanser payudara, anda mungkin memerlukan rawatan berikut:

  • Pembedahan bagi membuang ketumbuhan ataupun seluruh payudara
  • Radioterapi, yang menggunakan gelombang tinggi bagi membunuh sel kanser
  • Kemoterapi iaitu menggunakan ubatan bagi membunuh sel kanser
  • Terapi hormon iaitu menggunakan rawatan yang menghalang hormon yang diperlukan oleh sel kanser untuk tumbuh
  • Targeted therapy iaitu menggunakan ubat spesifik bagi menghalang sel kanser membesar

Kesan pada proses penyusuan


Ibu yang menyusu boleh mengalami sakit pada puting apabila bayi menyusu terutama apabila bayi menghisap. Penggunaan pam bagi mengeluarkan susu juga boleh menyebabkan sakit pada puting sekiranya pam yang digunakan terlalu kuat ataupun saiz tidak sesuai.

Selain itu, dalam ibu menyusu terdapat juga keadaan lain yang boleh menyebabkan sakit pada puting seperti:

  • Mastitis iaitu jangkitan yang menyebabkan payudara menjadi bengkak, kemerahan dan sakit. Simptom lain termasuk demam. Mastitis terjadi apabila susu terkumpul di dalam kelenjar susu dan menggalakkan pembiakan bakteria. Doktor akan memberikan antibiotik bagi merawat jangkitan.
  • Mastitis yang tidak dirawat akan memyebabkan pengumpulan nanah di dalam tisu payudara dipanggila abscess. Jumpa doktor dengan segera sekiranya anda menyusu dan mempunyai sakit pada puting dan simptom lain seperti demam,bengkak pada payudara dan sakit ketika menyusu.
  • Thrush iaitu jangkitan kulat pada payudara. Ini terjadi apabila terdapat luka pada puting kerana kulit kering. Dengan jangkitan kulat, anda akan merasa sakit mencucuk sewaktu bayi menyusu. Bayi juga boleh mendapat jangkitan kulat pada mulut mereka seperti tompok putih pada lidah,lelangit dan gusi. Jangkitan kulat akan dirawat menggunakan krim anti kulat yang disapu pada puting.

Cara untuk mengelakkan sakit puting


Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Ia adalah:

1. Pakai Bra atau Baju dengan saiz yang betul

Pemakaian yang betul akan mengelakkan geseran yang berlaku diantara bra dan juga puting yang boleh menyebabkan ia luka.

2. Elakkan pengambilan kafein yang berlebihan

Pengambilan kafein yang banyak akan menyebabkan pertumbuhan cyst yang banyak dalam payudara



3. Kurangkan pengambilan garam

Sewaktu kitaran haid, badan akan lebih menyimpan air dan menyebabkan payudara membengkak begitu juga puting.

4. Bersenam

Beriadah bagi menggalakkan pembuangan air berlebihan melalui peluh

5. Pil Perancang

Bincang dengan doktor anda tentang penggunaan pil perancang yang dapat mengawal hormon yang menyebabkan sakit pada puting

6. Penyusuan yang betul

Penyusuan yang betul akan mengelakkan daripada puting luka ketika bayi menghisap puting



Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Why do my nipples hurt? – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × one =