Skip to content

Susah Kencing: Punca dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah susah buang air kencing?

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah ini berserta rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Anatomi Sistem urin
  3. Fisiologi
  4. Simptom Susah Kencing
  5. Punca susah buang air kencing
  6. Komplikasi
  7. Ujian Pengesanan Punca
  8. Rawatan
  9. Hukum Penggunaan Tiub air kencing ketika solat

Pengenalan


Susah kencing ialah kesukaran untuk kencing walaupun wujud keinginan untuk kencing. Masalah susah kencing boleh berlaku tidak kira jantina. Namun, golongan lelaki dikatakan mempunyai risiko 10 kali ganda untuk mendapat masalah ini berbanding golongan wanita. Dianggarkan, 7 daripada 100,000 lelaki yang berusia antara 40 ke 83 tahun mempunyai masalah susah kencing yang mana sering terjadi seiring dengan pertambahan usia. Justeru, penulisan ini akan cuba mengupas mengenai masalah susah kencing.



Masalah ini boleh dibahagikan kepada:

  • Akut (acute)
  • Kronik (chronic)
  • Akut berserta kronik (acute-on-chronic)

Apa itu air kencing?

Air kencing merupakan bahan kumbahan daripada badan yang dihasilkan menerusi sistem perkumuhan. Contoh organ dalam sistem perkumuhan ialah ginjal (buah pinggang). Darah yang mengandungi lebihan air, urea, dan garam mineral akan melalui ginjal sebelum ia ditapis dan disingkirkan sebagai air kencing.

Anatomi Sistem Urin


Sistem urin terdiri daripada:

  • Ginjal (buah pinggang)
  • Ureter – Saluran yang menyalurkan air kencing ke pundi kencing
  • Pundi Kencing – Tempat simpanan air kencing sebelum dikeluarkan
  • Urethra – Saluran daripada pundi kencing ke tempat keluar air kencing

Selain itu, sistem ini juga mempunyai dua otot yang dipanggil sebagai “sphincter” untuk mengawal aliran air kencing daripada pundi kencing ke uretra. “sphincter” ini terbahagi kepada dua:



Internal sphincter

Terdiri daripada smooth muscle menyebabkan manusia tidak dapat mengawal pembukaan atau penutupan salur kencing. Ia dikawal secara tidak sedar oleh otak manusia.

External sphincter

Terdiri daripada skeletal muscle menyebabkan manusia dapat mengawal proses pembukaan atau penutupan salur kencing.

Sumber gambar. Prostate.org.au

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Fisiologi kencing


Semasa proses kencing berlaku, otot di sekitar pundi kencing akan akan menekan pundi kencing mengakibatkan air kencing keluar ke salur uretra. Keinginan untuk kencing akan menyebabkan external sphincter terbuka manakala isyarat dari otak tanpa kita sedar akan menyebabkan internal sphincter turut terbuka.

Seorang manusia yang sihat menghasilkan sekitar 800ml-2000ml air kencing sehari. Warna air kencing juga memberi indikasi tahap kesihatan manusia.

Sumber gambar : Astroawani



Simptom susah buang air kencing


Simptom susah kencing ini bergantung kepada jenis masalah yang berlaku. Jika ia berlaku secara tiba-tiba iaitu akut, maka pundi kencing akan terus penuh menyebabkan sakit bahagian ari-ari yang teruk. Berlainan pula jika masalah ini disebabkan masalah yang kronik.

1. Akut (acute)

Ia berlaku secara tiba-tiba. Pesakit akan mempunyai perasaan amat ingin kencing. Namun, tidak dapat melakukannya. Ini akan mengakibatkan sakit dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen iaitu “suprapubic”. Oleh itu, pesakit dinasihatkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan untuk mengeluarkan air kencing.

2. Kronik (chronic)

Keadaan ini mengambil masa untuk berlaku dan kadang-kadang pesakit tidak mempunyai sebarang tanda. Pesakit boleh kencing seperti biasa, tidak berasa sakit namun kuantiti air kencing keluar hanya sedikit, ini menyebabkan pundi kencing membesar. Susah kencing tahap kronik boleh menyebabkan keadaan seperti:

  • Kerap kencing iaitu lebih lapan kali sehari
  • Kesukaran untuk memulakan proses kencing
  • Aliran air kencing yang lemah
  • Terasa hendak kencing walaupun baru sahaja selesai kencing
  • Perlu bangun pada waktu malam semata-mata untuk kencing
  • Mendapati ada air kencing keluar tanpa disedari terutama pada waktu malam
  • Mempunyai keinginan yang kuat untuk kencing, dan tidak dapat mengawal proses kencing dari berlaku
  • Berasa tidak selesa dan penuh pada bahagian abdomen

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca susah buang air kencing


Disebabkan struktur dan saluran air kencing diantara lelaki dan wanita adalah berbeza, maka ia juga mempunyai punca yang berbeza juga.

Lelaki



1. Salur air kencing tersumbat

Kebanyakan masalah sukar kencing dalam golongan lelaki disebabkan oleh pembesaran yang berlaku pada saiz prostat.

2. Jangkitan atau radang

  • Radang pundi kencing (cystitis)
  • Radang uretra (urethritis)
  • Radang prostat (Prostatitis)
  • Radang penis (Balanitis)

Wanita

1. Salur air kencing tersumbat

  • Mengandung
  • Kanser rahim yang menolak pundi kencing dan salur uretra
  • Rahim Jatuh (Uterus prolapse)
  • Pundi kencing longgar (Cystocele)

2. Jangkitan atau radang

  • Radang pada vagina (Vulvovaginitis)
  • Radang pundi kencing (cystitis)

Antara penyebab-penyebab lain adalah seperti:

1. Salur air kencing tersumbat



Apa sahaja yang menghalang aliran air kencing dari pundi kencing boleh mengakibatkan masalah sukar kencing. Antara penyebab saluran ini tersumbat adalah:

  • Batu karang
  • Penyempitan salur kencing (urethral stricture)
  • Tumor
  • Sembelit yang kronik
  • Darah beku pada salur air kencing
  • Objek asing yang dimasukkan ke dalam salur kencing
  • Radang pada salur kencing
  • Trauma

2. Ubatan-ubatan

  • Alcohol
  • Anticholinergic
  • Antihistamines
  • Smooth muscle relaxants
  • Antidepressant
  • Morfin

3. Masalah sistem saraf

Penyakit yang boleh merosakkan sistem saraf akan mengakibatkan kesukaran untuk kencing. Contoh penyakit tersebut adalah:

4. Pembedahan

Pembedahan menerusi bius penuh boleh mengakibatkan kesukaran kencing buat sementara waktu.

Komplikasi


Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah:

  • Kencing kotor
  • Sakit akibat pundi kencing yang penuh
  • Kerosakan pada pundi kencing dan buah pinggang. Biasa berlaku pada mereka yang menghadapi masalah susah kencing yang kronik.
  • Pembentukan batu karang
  • Kerosakan otot pundi kencing
  • Bengkak pada buah pinggang (hydronephrosis)
  • Tekanan darah tinggi

Ujian Pengesanan punca


Sebelum melakukan ujian lain, pesakit perlulah menjalani pemeriksaan fizikal terlebih dahulu untuk mengetahui punca-puncanya.



1. Pemeriksaan fizikal

Pemeriksaan abdomen

Untuk mengenal pasti sakit atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen disebabkan oleh pembesaran pundi kencing.

Pemeriksaan rectum

Untuk mengenal pasti sebarang pembesaran pada bahagian prostat atau sebarang ketulan yang mungkin wujud yang boleh mengakibatkan salur kencing tersumbat.

Pemeriksaan ini hanya dilakukan apabila pundi kencing telah dikosongkan menerusi prosedur catheterization.

Pemeriksaan neurologi

Dilakukan sekiranya terdapat masalah pada sistem saraf



2. Ujian darah

  • Full blood count: kenaikan sel darah putih petanda jangkitan
  • Ujian Fungsi buah pinggang: mengenal pasti sebarang masalah pada fungsi ginjal (buah pinggang)
  • Urinalysis dan culture/sensitivity: mengenal pasti kencing kotor (Urinary tract infection)
  • Prostate Specific Antigen (PSA): mengenal pasti masalah Benign Prostatic Hyperplasia(BPH)

3. Pengimejan:

  • X-ray pada bahagian buah pinggang dan pundi kencing (kidney, ureter, bladder)
  • Ultrasound pundi kencing
  • Ultrasound buah pinggang

Rawatan Susah Kencing


Matlamat rawatan ialah untuk mengeluarkan air kencing daripada pundi kencing. Oleh itu beberapa jenis rawatan boleh dilakukan untuk mengeluarkan air kencing tersebut serta merawat punca kepada masalah itu.

1. Penggunaan Tiub Kateter

Satu tiub akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra. Ia akan membawa semua air kencing keluar dan pesakit akan merasa lega selepas itu.

2. Cystoscope

Alat ini akan dimasukkan ke dalam salur uretra sehingga pundi kencing untuk mengeluarkan batu karang atau objek asing

3. Ubat-ubatan



Beberapa jenis ubat-ubatan boleh digunakan untuk

  • Untuk mengurangkan saiz prostat
  • Untuk membantu sphincter terbuka
  • Untuk mengembangkan salur kencing

4. Lain-lain:

  • Berhenti menggunakan ubat-ubatan yang mengakibatkan susah kencing
  • Merawat sembelit dengan ubat-ubatan
  • Merawat kencing kotor (Urinary tract infection) dengan antibiotik
  • Pembedahan
  • Transurethral resection of prostate TURP- pembuangan prostat melalui dubur.

Hukum penggunaan tiub kateter ketika solat


Dalam isu ini, jika tidak boleh dipisahkan daripada seseorang dan sentiasa bersama dengannya maka ketika itu dikira darurat dan dibolehkan. Cumanya bentuk di mana terdapat banyak atau tidak air kencing dan seboleh-bolehnya biarlah pada kadar yang kurang dengan dibuang dahulu atau ditukar dan dibersihkannya sebelum solat

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Browse’s Introduction to The Symptoms & Signs of Surgical Disease
  2. Medbear
  3. Healthline: Urinary Retention
  4. MyHEALTH: Tidak Boleh Kencing
  5. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + six =